STATUS : [26 Februari 2014]

1. Pembelian READY STOCK (Bahan kraf & Readymade Item) produk Inspire Design boleh dibuat di Website (Klik LINK INI atau DI ATAS)

2. Tempahan jahitan dibuka.

18 April 2014

Bantal Leher Kereta Versi Tulang

Assalamualaikum =)

Sebelum ni saya buat bentuk 4 segi je sebab customer request macam tu.
Yang ni bentuk tulang pulak ye =)


Berminat nak order? Boleh emel atau PM saya di FB Page k.


Sekian.

16 April 2014

Lagi Mini Bantal

Assalamualaikum =)

Mini Bantal lagi.. =D


Nak order boleh emel atau PM di FB PAGE k. ;)


Sekian.

07 April 2014

Deretan Si Mini Bantal ;)

Assalamualaikum =)

Kesian blog saya ni, lama benor tak menjenguk.
Bukan bizi buat keje pon, bizi main-main dengan anak je. Haippp bukan main-main, bizi mendidik anak. cewahhh..ngehee.
Saya tengok order pun melalui tab je. Nak update blog kat tab macam susah je (ataupun saya je yang tak reti).huhu..
Ok, abaikan.

Malam ni dengan penuh ketenangan, saya nak upload gambar order mini bantal tahun lepas punya. Ni yang dah siap edit sebelum saya bersalin lagi ye. Lamaa tu..hee




Ni order dari 3 orang.
Biasanya saya suka upload order sorang customer satu entry sebab kononnya nak update blog hari-hari tapi bila ada anak ni, masa terhad betul la kan. Tapi saya sangat gumbira sebab dah ada kawan. ^^

Selama saya tak update blog ni, bukannya saya tak skodeng blog-blog lain. Hahhh....tu yang terjumpa satu blog ni, memang dah lama dah saya perasan. Suka sangat niru idea orang aaih. Saya ni duk tengok, macam pernah ku lihat design bantal ni. Rupa-rupanya diri sendiri punya. huhu
Dan saya pernah jumpa komen dia kat instagram, dia tanya sorang crafter ni mana beli bla...bla...bla ni. Crafter tu jawab, ni buat sendiri, copyright (betul ke perkataan ni ek) takde jual kat luar. ngahaa...malu saya baca. Saya yang tak tanya ni pun malu tau.
Maaf la ye, saya pasti awak tau diri awak yang saya maksudkan & saya tau awak selalu masuk blog saya. ;)
Saya marah??? Emm...tak kuasalah. Orang akan kata, rezeki masing-masing. Adatlah tu berbisnes, ada persaingan. Memang betul. Tapi bila idea orang lain ditiru bulat-bulat lepas tu claim diri kreatif hakikatnya kreatif atas kekreatifan orang lain. Tak salah nak tengok kerja orang tapi kreatif kan diri tu, ubah le. Macam buat assignment, copy habis-habisan dari internet & terus print out. Of kos lah lecturer marah kan, nak copy pun agak-agakla. Sampaikan saya punya watermark (watermark lah sangat) pun dia tiru. Cett..Ok, nampak gaya saya macam dah nak start marah.. wahhhaaaa...stop sebelum gunung berapi meletusss..

Kepada korang yang nak order bantal, boleh emel saya k. Nak pm kat FB Page pon boleh.

Ok. Sekian dahulu untuk malam ni. Jumpa lagi di kesempatan lain.


Jom LIKE Page Inspire Design ^^