09 September 2011

Gambar-gambar kami dicuri. Apa kes?

Salam 11 Syawal semua. =)

Just nk luahkan apa yang saya rasa hari ni. =(
Nampaknya hari ni semangat saya down yang teramat sangat sampai tak tau nak luahkan dgn ayat apa. huhu.

Sejak kebelakangan ni memang saya jarang blogwalking ke blog bloggers lain tapi bila ada kesempatan insyaAllah saya jalan-jalan jugak walaupun sekadar jadi silent reader jek.
Hari ni kerajinan untuk blogwalking agak membara jugaklah berbanding hari-hari lepas. huhu.
tapi terbantut pasal terjumpa satu blog yang totally menggunakan gambar-gambar di blog saya untuk promote barang-barang dia.

Kenapa mesti guna gambar-gambar Inspire Design?
Saya siap tulis kat left side bar blog saya ni jangan ambil gambar di blog Inspire Design tapi seolah-olah tak mengendahkan apa yang saya dah tulis.
Setakat ni, hanya ada seorang sahaja agen dropship saya yang memang aktif dan saya masih belum berminat untuk cari agen dropshipping lain.

Silap saya jugak sebab tak letak watermark bagai.
Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai pemangsa(bolehlah guna perkataan ni),
kalau saya curi hak mangsa saya, dah tentu mangsa saya marah.
Sebab itulah, saya menganggap kalau saya tak letak watermark takde sape pun nak ambil gambar-gambar saya. Setiap penghasilan kerja kita pasti ada beza dengan orang lain.
Memang banyak blogshop yang menjual produk-produk macam ni tapi bersainglah secara sihat. Setiap blogshop pasti ada cara tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan. Itu memang lumrah dalam berniaga tak kiralah kecil atau besar.

Jadi pada anda yang dah "CURI" gambar-gambar di blog saya, berikanlah semula hak privasi saya.
Jika awak bersungguh-sungguh untuk berniaga, luangkanlah sedikit masa untuk ambil sendiri gambar-gambar produk awak. Tak susah mana pun. InsyaAllah, pasti capai redha Allah.

Buat pelanggan Inspire Design yang amat disayangi.
InsyaAllah, kami akan sentiasa memastikan produk yang kami keluarkan berkualiti setanding dengan harga yang ditawarkan. 
Kami menerima segala komen-komen dengan hati yang terbuka. 
Terima kasih kerana menyokong Inspire Design.


2 comments:

tips said...

sabarlah nak.. itulah cabaran dunia bisnes.

manis said...

betul tu tips...tapi kdg2 down jugak.. =(

Jom LIKE Page Inspire Design ^^