24 November 2011

Terbaru dari Inspire Design

Assalamualaikum semua.

Dua minggu ni memang takda update apa-apa padahal banyak produk baru nak dikeluarkan. 
Alang-alang dah nak akhir tahun ni, tunggu tahun depan jela kuarkan. huhuhu.

Menjelang hujung tahun ni, saya akan update stok-stok yang ada je dulu dan maklumat terkini yang anda perlu tahu ialah kami tidak lagi menjual secara runcit. 

Kami hanya berurusniaga untuk jualan borong sahaja selepas ini.
Walaubagaimanapun, ada beberapa item yang kami masih teruskan dengan jualan runcit iaitu headband dan akan di kemaskini kemudian.

Harap jelas ya. ;)
Terima kasih.

p/s : Jangan lupa nantikan SALE dari kami. Best punya macam sale yang dulu-dulu. ^___^

06 November 2011

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha buat semua pengunjung dan pelanggan Inspire Design.
Di kesempatan ini juga, saya mohon ribuan kemaafaan atas segala salah silap selama saya berurusan dengan anda. Kekangan masa buat saya agak kelam-kabut untuk menguruskan semuanya.

Kepada pelanggan Inspire Design yang telah membuat pembayaran sebelum hari khamis, 3hb November 2011. Order anda telah saya pos pada petang Khamis, 3hb November 2011.
Sekiranya tiada masalah, anda akan terima barang pada hari Jumaat kelmarin tetapi jika tidak, anda akan terima barang selepas cuti Hari Raya Aidiladha atas sebab barang anda kami pos selepas waktu penutupan penghantaran pos laju. Harap maaf atas kekangan ini.

Kami akan bercuti sehingga 9 November 2011 (Rabu).
Segala urusniaga akan disambung semula selepas bercuti.

SALAM AIDILADHA 

Jom LIKE Page Inspire Design ^^