31 January 2012

Felt Craft pulak...!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya ada update felt craft yang boleh dijadikan doorgift untuk sebarang majlis. Boleh jugak kalau nak jual. =D

Dah beberapa bulan jugaklah saya start buat felt craft ni tapi secara offline je sebab tak berapa yakin nak ambik order online ni. huhu..Macam-macam pikir, risau tak dapat siapkan mengikut masa yang ditetapkan tapi insyaAllah saya akan cuba memandangkan dah ada yang bertanya.



Felt Craft ni agak mahal sikitlah sebab semuanya buatan tangan kan. Semua kena ambil kira, tenaga, masa..huhu. Saya bagitau awal-awal sebab nanti ada yang komplen, saya jual mahal sangat. Tapi insyaAllah saya akan pastikan kualitinya yang baik setanding dengan harga dan design.

Buat masa ni saya keluarkan 3 bentuk dulu, iaitu bentuk love, bulat dan empat segi. Untuk versi yang ni semuanya ada bentuk hati kat tengah-tengah. Kalau ada yang nak request kosong je pun boleh. Harga pun dah tentu lain. hehe...

Harga untuk 30pcs ke bawah saya dah letakkan di e-store, so boleh terus rujuk kat sana. Untuk 50pcs ke atas, emel saya ya untuk special price!

Upss sebelum terlupa, harga yang saya paparkan kat e-store tu adalah harga borong dengan minima order 10pcs. Kalau ada sesiapa yang nak order dalam kuantiti yang sikit untuk kegunaan diri sendiri boleh emel saya jugak yup! 

Boleh pilih sama ada nak buat keychain, hp strap atau brooch.


Sekian update hari ni. Selamat cuci mata! ;)

30 January 2012

Stok untuk jualan di UTeM

Assalamualaikum w.b.t.

Saya rasa dekat 2 minggu ada 1-2 entry saya cakap pasal jualan kat UTeM...=D
Selama tu jugak sebenarnya saya siapkan stok untuk adik ipar saya jual di sana. Untuk subjek Keusahawanan katanya. Masa saya study dulu ada jugak ambik subjek ni tapi takde pulak aktiviti rasanyalah (ataupun tak ingat...kekeke), kalau ada mungkin saya jual apa agaknya..huhuhu.

Dua minggu ni jugak kerja saya packing satu-satu produk-produk yang saya keluarkan. Letihlah jugak tapi nasib baik ada anak buah yang begitu teruja nak tolong.


Ni lah anak buah yang rajin tolong, kakak & adik..kalau ada lagi sorang anak kakak saya tu lagilah meriah sesi packing-memacking..sampai gaduh-gaduh sapa nak masukkan tag dalam plastik, sapa nak masukkan brooch dalam plastik..ni lah budaknya..kalau tak ikutkan merajuk memanjang.. =D

Kat bawah ni sebahagian hasil handmade yang siap di packing dan akan dijual oleh adik ipar saya.




Sebenarnya ni sebahagian, ada banyak lagi yang saya dah siap masukkan dalam plastik lebih besar ikut jenis. Sebab tu tak larat nak packing sorang-sorang..nak muntah-muntah rasanya..hehe..bukannya apa kesemua item ni menggunakan fabrik, jadi takut kotor pulak kalau dibiar camtu jerk..

Oklah, pada student UTeM boleh dapatkan item kat atas ni daripada adik ipar saya ya. Haa...sebelum tu, adik ipar saya tu lelaki tau..ekekkeke...baru semester 2 jurusan Kejuruteraan Pembuatan kalau tak silap..huhuhu..

Ok, sekian untuk hari ni. ;)

28 January 2012

Pin Reben warna-warni

Assalamualaikum...

Sebelum tu saya mintak maaf kepada beberapa orang customer sebab lewat pos barang anda yang sepatutnya saya pos hari Khamis. Disebabkan ada kematian dan saya terus melawat ke rumah arwah. Jadi saya terpaksa tangguh untuk pos barang. Tapi alhamdulillah saya dah pos semalam iaitu hari Jumaat dan insyaAllah rasanya ada yang dah dapat pun order nya. =)

Dalam dua tiga hari ni jugak saya sibuk siapkan order lain dan kat bawah ni gambar pin reben plain warna-warni. Saje je letak gambar kat sini.. =D

Sebabnya bila dah banyak-banyak buat nampak cantik pulak..uhuhu..ni order dari seorang customer yang nakkan semuanya plain..


Ada lagi yang tak siap...kat gambar ni ada lebih kurang 50pcs. Banyak lagi color perlu ditambah, insyaAllah nanti saya masukkan lagi color-color yang menarik. ;)
Ok, sekian update hari ni.

25 January 2012

Lagi item baru...sama tapi tak serupa!

Sama tapi tak serupa??? hehe
Sebenarnya item kali ni sama jerk, Pin Reben jugak tapi saiz nya agak lebih besar dari Pin Reben saiz S dan Reben saiz XL. Jadi, saya bagi nama dia Pin Reben saiz M (Medium).hiuhiuhiu...ok tak?

Saya buat saiz ni sebab ada permintaan dari customer yang nakkan saiz sederhana, tidak terlalu besar. Kalau nak order boleh ke e-store.



Ok, sebelum tu Reben saiz XL adalah reben saiz terbesar yang saya buat. Boleh diletakkan klip atau pin. Hanya reben saiz XL sahaja yang boleh letak klip. Yang lain buat masa ni semuanya saya buat brooch sebab permintaan untuk brooch lebih tinggi dari klip. =)

23 January 2012

Proses menyiapkan doorgift

Akhirnya siap jugak doorgift tempahan perkahwinan daripada kawan saya untuk hujung minggu depan..huhu...
Pelbagai brooch siap di packing dengan cara paling simple. Dengan ada tag nama mereka di situ..

Setiap bungkus kat bawah ni ada 50pcs..dan ada lebih kurang 10 jenis brooch dan klip..



Jika anda nak order doorgift dengan tag nama anda sendiri, juga dialu-alukan..nak letak ribbon sebagai hiasan kat plastik tu pun boleh.

Tak kisahlah untuk perkahwinan, kenduri doa selamat ke atau apa-apa je majlis. Anda boleh pilih sebarang item yang ada dan cara pembungkusan.

Haa...kalau korang perasan, ada item baru kan??? yang tu nanti dulu ek...hehe.belum masuk e-store lagi..limited stock!!! Sebab tu tak berani lagi untuk open order kat online ni. InsyaAllah, nanti akan saya masukkan jugak. ;)

22 January 2012

Kerja yang belum selesai...

Assalamualaikum ... =)

Sekarang ni aktiviti saya tengah memotong kertas-kertas kat bawah ni. Tak tau nak sebut untuk apa tapi kertas yang ada nama blog saya ni tujuannya lebih sebagai tag kat packaging produk saya.

Minggu ni saya kena siapkan stok untuk jualan di UTeM..jadi pada student kat sana kalau korang nampak tag ni, maknanya saya punya la tu..=D Jangan lupa beli pulak ya!

Lepas siap potong-potong, nak packing pulak brooch dan beberapa item lain dengan tag ni. Lepas tu nak siapkan stok pin mawar saiz S yang dah habis..huhu. Sangat laju pin mawar ni berjalan..pada yang belum order tu, bolehlah order. Jangan tunggu-tunggu lagi..hehe.

Lupa pulak, pin reben saiz s pun dah nak habis stok, pada yang dah bayar tu harap sabar ye. Lepas CNY ni saya pos. ;)




Ok, selamat berhujung minggu ya dan selamat tahun baru cina jugak!

18 January 2012

Item baru tahun 2012 dah masuk!!!

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya keluarkan satu lagi item iaitu pin mawar saiz S. =D

Kenapa saiz S? sebab dia keciklah..hehehe...sebenarnya dalam perancangan saya nak buat yang besar, jadi yang ni saya buat saiz S dulu.

Nak bagitau jugak, stok ni saya dah buat sejak hujung tahun 2011 lagi. Tapi memandangkan saya kesuntukan masa, jadi saya tangguhkan dulu nak publish kat online ni. Dah dijual jugak secara offline, kat sekolah, kat kawan-kawan..pastu anak buah dengan kakak saya sekali tolong jual. Alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun saiz dia agak kecik. heee..

Harga borong saya dah letakkan kat e-store, jadi boleh ke sana untuk tengok dan teruslah order.. huhu



Ok, tu je untuk hari ni. Ada lagi produk baru, tunggu!!! ;)

Selesai sudah!!!

Alhamdulillah, saya dh siap masukkan gambar-gambar baru produk yang saya keluarkan di E-Store Inspire Design. Boleh klik kat atas blog ni untuk ke sana ya. =)

Segala order boleh dibuat di sana.

Sekarang ni saya baru siap masukkan produk-produk yang penah dikeluarkan je dulu. InsyaAllah kalau rajin, hari ni jugak saya start keluarkan produk baru. :D

Bukannya apa, dua tiga hari ni badan tak berapa sihat. Malam tadi je demam tapi alhamdulillah bangun tidur badan dah rasa sihat sikit walaupun ada lesu-lesu. huhu..

Sebelum terlupa, ada permintaan untuk saya keluarkan set peribadi. Maksudnya semua item yang saya kuarkan dibuat dalam satu pakej untuk kegunaan sendiri. InsyaAllah, saya akan buat jugak. Nanti saya beritahu sekiranya dah ada.



Oklah. Selamat membuat tempahan ya! ;)

16 January 2012

Masih dalam pembikinan



Masih lagi dalam pengubahsuaian blog. Link untuk ke e-store Inspire Design dah ada...tu jela yang mampu dibuat, tak tau nak letak kat page atas tu cmne..heheh

Kena explore lagi nak bagi cun..tapi buat masa ni rasanya oklah tu. Penat godek-godek tak jumpa pun apa yang saya nak cari. Walaupun link dah ada tapi dalam e-store tu takde pape lagi. Gambar pun tak letak lagi..huhu..

Pada pelanggan yang ingin buat tempahan, boleh berbuat demikian ya..boleh explore dulu kat blog ni. Kalau nak tanya pape, boleh emel atau sms saya.

Ok.Bye.

15 January 2012

Cek nuffnang yang pertama

Actually cek ni dah lama giler dapat, tengoklah tarikh kat cek tu.huhu. Rasanya awal tahun 2011 saya cash out dari akaun nuffnang. Tapi memandangkan cik abang kata, biar jelah dulu cek tu. So saya pun simpan jerlah.



Tapi cek ni dah selamat ditunaikan..Kelmarin duk kemas-kemas, teringat pulak cek ni tak ditunaikan. Tak pasal-pasal nanti burn pulak duit tu. Rugi wooo...sape nak bagi.hehe

Walaupun nilainya kecil bagi blogger-blogger lain yang dah top tapi jumlah ni dah cukup bermakna buat saya yang masih baby lagi dalam dunia blogging ni. Maklumlah, blog ni kan blogshop jadi takde apa sangat yang saya nak update.

Entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk tau tapi sekadar nak menyuntik semangat pada blogger ataupun owner blogshop yang belum pernah dapat hasil dari nuffnang. Nilai ni sangat kecil sebenarnya, korang boleh dapat lagi banyak andai usaha seiring dengan impian..cewahh.. =P

Terima kasih pada nuffnang. Sekarang ni tengah mengumpul lagi. Bila gaknya nak cash out dari akaun tu kan..hehehe. =P

14 January 2012

Kemaskini blog...

Blog saya ni dalam proses kemaskini..jadi jangan konfius pulak setiap kali refresh jadi lain..hehe.
Saje nak bagi blog ni nampak lebih sempoi, baru semangat sikit nak update selalu. huhu...agaknyalah..

Btw, saya dah buat e-store. Still blog jugak, belum ada domain sendiri. InsyaAllah, jika diizinkan nanti barulah tukar ke domain sendiri bila dah setel semua produk masuk kat sini. Tapi kat e-store belum ada apa-apa produk lagi. Nanti saya masukkan sikit-sikit. Sekarang ni tengah serabut nak bagi blog kemas...

Nanti saya update lagi kalau dah siap semua pembaharuan.

Sekian.

12 January 2012

SALE untuk masa terhad!!!

SALE untuk masa terhad!!!
Mulai hari ini sehingga esok iaitu hari Jumaat.


PIN BUNGA 50pcs

tamat sudah!!!! terima kasih kepada yang order ;)

termasuk kos pos ke Semenanjung.
Sabah & Sarawak tambah RM3 sahaja.


Order sekarang!!!!
Order sekarang!!!!
Order sekarang!!!! 

07 January 2012

Projek terkini

Hari ni bukan nak update produk baru tapi hanya nak bagitau yang saya masih bercuti sehingga esok..hehe. Tapi kebetulan hari ni tersangat-sangat rajin nk bukak laptop, jadi saje-saje lah nak update sepatah dua kata. (ye ye lah tu sepatah dua).

Walaupun saya cuti tapi order tetap saya pos (bagi yang ready stock sahaja). Jadi pada yang dah buat payment tu jangan risau, order anda saya dah pos.

Untuk makluman anda jugak, saya dalam perancangan nak buat satu lagi blog khas untuk produk-produk yang telah saya keluarkan dan yang akan saya keluarkan. Bukannya apa, saya sendiri pening tengok blog ni, macam bercampur-campur pulak. Kalau saya asingkan produk kat blog lain mungkin akan lebih memudahkan customer tengok-tengok kan. huhu.

Kadang-kadang tu teringin nak membebel kat blog ni pasal aktiviti seharian saya dengan projek kraf tapi risau pulak bercampur-aduk. Biasalah saya ni tak berapa suka sangat semak-samun. kui3. Ditolak pulak dengan degree kemalasan tahap melampau, jadi update jelah blog ni macam biasa.

Tengok baru mukadimah ni tapi dah panjang berjela. Tu sebab kena buat jugak ni blog lagi satu. Blog ni untuk saya membebel dan blog lagi satu khas untuk produk kraf. Mungkin makan masa sikitlah nak siapkan semua. Senang cite, nak kemaskini blog ni dan jugak facebook fan page.

Haa kat bawah ni projek terkini saya, ni tak tau dah batch ke berapa saya buat tapi kali ni jela yang rajin nak amik gambar. keh3.



Projek kali ni adalah untuk jualan di UTeM. Nak siapkan seberapa banyak yang boleh untuk adik ipar saya jual masa subjek keusahawan dia. Yang dah siap ada jugak tapi taknak publish kat blog lagi. hehe. Semuanya simple jek tapi mudah-mudahan menarik di mata semua.

Untuk pengetahuan anda jugak, stok untuk beberapa produk ready stock sekarang ni dah melambak-lambak. Best sangat!!! 
 Jadi pasni taklah kelam-kabut nak siapkan order. Alhamdulillah berkat kesabaran, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi ada jugak stok yang semakin surut..huhu. Kena tambah stok lagi. 

Oklah, sekian bebelan untuk hari ini. Jumpa lagi bila dah naik cuti nanti. yeah!!! 

bye.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^