31 January 2012

Felt Craft pulak...!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya ada update felt craft yang boleh dijadikan doorgift untuk sebarang majlis. Boleh jugak kalau nak jual. =D

Dah beberapa bulan jugaklah saya start buat felt craft ni tapi secara offline je sebab tak berapa yakin nak ambik order online ni. huhu..Macam-macam pikir, risau tak dapat siapkan mengikut masa yang ditetapkan tapi insyaAllah saya akan cuba memandangkan dah ada yang bertanya.



Felt Craft ni agak mahal sikitlah sebab semuanya buatan tangan kan. Semua kena ambil kira, tenaga, masa..huhu. Saya bagitau awal-awal sebab nanti ada yang komplen, saya jual mahal sangat. Tapi insyaAllah saya akan pastikan kualitinya yang baik setanding dengan harga dan design.

Buat masa ni saya keluarkan 3 bentuk dulu, iaitu bentuk love, bulat dan empat segi. Untuk versi yang ni semuanya ada bentuk hati kat tengah-tengah. Kalau ada yang nak request kosong je pun boleh. Harga pun dah tentu lain. hehe...

Harga untuk 30pcs ke bawah saya dah letakkan di e-store, so boleh terus rujuk kat sana. Untuk 50pcs ke atas, emel saya ya untuk special price!

Upss sebelum terlupa, harga yang saya paparkan kat e-store tu adalah harga borong dengan minima order 10pcs. Kalau ada sesiapa yang nak order dalam kuantiti yang sikit untuk kegunaan diri sendiri boleh emel saya jugak yup! 

Boleh pilih sama ada nak buat keychain, hp strap atau brooch.


Sekian update hari ni. Selamat cuci mata! ;)

5 comments:

Lydia said...

salam..klu lydia nk order byk 4 wedding bole x??

manis said...

Lydia : InsyaAllah boleh.. =) emel atau sms saya ye..

Nurul Fatin said...

salam akak..biler dibuka untuk membuat tempahan..kalau da dibuka email saya ye..saya amat memerlukan tempahan barang daripada akak..tq
huzairulfairiey@gmail.com
0145062216-nurul fatin, kota kinabalu

Nurul Fatin said...

salam akak..bila ye dibuka untuk tempahan felt craft sebab saya nak tempah untuk majlis kesyukuran.
kalau akak da open untuk tempahan boleh mesej saya, 0145062216,
kerjasama akak amat diperlukan..tq

manis said...

Nurul Fatin : akak dah emel. nanti cek k =)

Jom LIKE Page Inspire Design ^^