22 January 2012

Kerja yang belum selesai...

Assalamualaikum ... =)

Sekarang ni aktiviti saya tengah memotong kertas-kertas kat bawah ni. Tak tau nak sebut untuk apa tapi kertas yang ada nama blog saya ni tujuannya lebih sebagai tag kat packaging produk saya.

Minggu ni saya kena siapkan stok untuk jualan di UTeM..jadi pada student kat sana kalau korang nampak tag ni, maknanya saya punya la tu..=D Jangan lupa beli pulak ya!

Lepas siap potong-potong, nak packing pulak brooch dan beberapa item lain dengan tag ni. Lepas tu nak siapkan stok pin mawar saiz S yang dah habis..huhu. Sangat laju pin mawar ni berjalan..pada yang belum order tu, bolehlah order. Jangan tunggu-tunggu lagi..hehe.

Lupa pulak, pin reben saiz s pun dah nak habis stok, pada yang dah bayar tu harap sabar ye. Lepas CNY ni saya pos. ;)




Ok, selamat berhujung minggu ya dan selamat tahun baru cina jugak!

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^