07 January 2012

Projek terkini

Hari ni bukan nak update produk baru tapi hanya nak bagitau yang saya masih bercuti sehingga esok..hehe. Tapi kebetulan hari ni tersangat-sangat rajin nk bukak laptop, jadi saje-saje lah nak update sepatah dua kata. (ye ye lah tu sepatah dua).

Walaupun saya cuti tapi order tetap saya pos (bagi yang ready stock sahaja). Jadi pada yang dah buat payment tu jangan risau, order anda saya dah pos.

Untuk makluman anda jugak, saya dalam perancangan nak buat satu lagi blog khas untuk produk-produk yang telah saya keluarkan dan yang akan saya keluarkan. Bukannya apa, saya sendiri pening tengok blog ni, macam bercampur-campur pulak. Kalau saya asingkan produk kat blog lain mungkin akan lebih memudahkan customer tengok-tengok kan. huhu.

Kadang-kadang tu teringin nak membebel kat blog ni pasal aktiviti seharian saya dengan projek kraf tapi risau pulak bercampur-aduk. Biasalah saya ni tak berapa suka sangat semak-samun. kui3. Ditolak pulak dengan degree kemalasan tahap melampau, jadi update jelah blog ni macam biasa.

Tengok baru mukadimah ni tapi dah panjang berjela. Tu sebab kena buat jugak ni blog lagi satu. Blog ni untuk saya membebel dan blog lagi satu khas untuk produk kraf. Mungkin makan masa sikitlah nak siapkan semua. Senang cite, nak kemaskini blog ni dan jugak facebook fan page.

Haa kat bawah ni projek terkini saya, ni tak tau dah batch ke berapa saya buat tapi kali ni jela yang rajin nak amik gambar. keh3.



Projek kali ni adalah untuk jualan di UTeM. Nak siapkan seberapa banyak yang boleh untuk adik ipar saya jual masa subjek keusahawan dia. Yang dah siap ada jugak tapi taknak publish kat blog lagi. hehe. Semuanya simple jek tapi mudah-mudahan menarik di mata semua.

Untuk pengetahuan anda jugak, stok untuk beberapa produk ready stock sekarang ni dah melambak-lambak. Best sangat!!! 
 Jadi pasni taklah kelam-kabut nak siapkan order. Alhamdulillah berkat kesabaran, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi ada jugak stok yang semakin surut..huhu. Kena tambah stok lagi. 

Oklah, sekian bebelan untuk hari ini. Jumpa lagi bila dah naik cuti nanti. yeah!!! 

bye.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^