30 January 2012

Stok untuk jualan di UTeM

Assalamualaikum w.b.t.

Saya rasa dekat 2 minggu ada 1-2 entry saya cakap pasal jualan kat UTeM...=D
Selama tu jugak sebenarnya saya siapkan stok untuk adik ipar saya jual di sana. Untuk subjek Keusahawanan katanya. Masa saya study dulu ada jugak ambik subjek ni tapi takde pulak aktiviti rasanyalah (ataupun tak ingat...kekeke), kalau ada mungkin saya jual apa agaknya..huhuhu.

Dua minggu ni jugak kerja saya packing satu-satu produk-produk yang saya keluarkan. Letihlah jugak tapi nasib baik ada anak buah yang begitu teruja nak tolong.


Ni lah anak buah yang rajin tolong, kakak & adik..kalau ada lagi sorang anak kakak saya tu lagilah meriah sesi packing-memacking..sampai gaduh-gaduh sapa nak masukkan tag dalam plastik, sapa nak masukkan brooch dalam plastik..ni lah budaknya..kalau tak ikutkan merajuk memanjang.. =D

Kat bawah ni sebahagian hasil handmade yang siap di packing dan akan dijual oleh adik ipar saya.




Sebenarnya ni sebahagian, ada banyak lagi yang saya dah siap masukkan dalam plastik lebih besar ikut jenis. Sebab tu tak larat nak packing sorang-sorang..nak muntah-muntah rasanya..hehe..bukannya apa kesemua item ni menggunakan fabrik, jadi takut kotor pulak kalau dibiar camtu jerk..

Oklah, pada student UTeM boleh dapatkan item kat atas ni daripada adik ipar saya ya. Haa...sebelum tu, adik ipar saya tu lelaki tau..ekekkeke...baru semester 2 jurusan Kejuruteraan Pembuatan kalau tak silap..huhuhu..

Ok, sekian untuk hari ni. ;)

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah..rezeki tu kak..

manis said...

alhamdulillah, tu lah dia rezeki..
dtg masa tgh bermalas-malasan, bila rajin kureng pulak..ekekeke..

Jom LIKE Page Inspire Design ^^