29 February 2012

Wanita Aspirasiku

Assalamualaikum =)

Sebelum tu, saya mohon maaf sebab saya lambat sangat-sangat reply pertanyaan korang kat emel & facebook. Dalam 2 minggu ni saya sibuk siapkan order-order yang terbengkalai. huhuhu..lepas tu tetiba nak siapkan item untuk seminar Wanita Aspirasiku pulak. Tu yang sampai nak bukak laptop pun tak sempat. Kalau ada yang saya reply cepat tu, maksudnya saya tengah curi-curi masa untuk bukak kejap laptop.hmmm

Maafkan dakuuuu!!!

Alhamdulillah, hari ni dah setel semua order. Ada yang dah pos dan ada jugak yang masih belum.
Ok, kat bawah ni saje nak share beberapa gambar seminar Wanita Aspirasiku yang saya join hari ahad baru-baru ni. ;)




upss...ada pulak nama di situ. =D

Masa ni Prof. Dr. Muhaya sedang menyampaikan ceramahnya. Sangat teruja dengar & memang masuk ke minda.

Ni akak saya sedang sibuk sms asben dia, nak tanya camne kondisi anak-anak...ekeke. Utk pengetahuan korang jugak, kakak saya nilah yang mengait brooch yang ada kat Inspire Design ni. Saya tak pandai mengait hokey!!! huhu

tak memasal dapat hadiah pulak..errr tq team kreasi LPJ.

Gambar tak banyak pun ambik pasal saya ni bukan jenis suka sangat asyik ambik gambar jerk.huhu. Tapi yang ada sikit nilah yang saya nak kongsi. Haa untuk item yang saya sponsor, saya akan update next time yer. Sangat simple sebab perlu disiapkan dalam masa beberapa hari.

Sejak akhir-akhir ni, saya dapat banyak pertanyaan untuk buku mengait ataupun senang cakap tutorial la. Apa yang saya jawab tu memang ikhlas dan jujur yer. hehe. Saya memang tak pandai mengait plus memang tak berapa minat bab mengait-ngait ni..ekekeke. Yang mengait tu adalah kakak saya (seperti gambar di atas) dan kakak saya tu pun memang takde buku tentang mengait ni. Hanya tengok kat internet jerk. Beberapa bulan lepas ada jugak yang tanya saya kat hp tentang mengait ni tapi masa tu kredit saya expired so tak dapat reply & terus terlupa sampai sekarang. Mintak maaf sekiranya yang bertanya tu terbaca entry saya ni. Ampunnnnn!!!

Kalau saya ada masa, insyaAllah saya akan buat tutorial. Belum decide lagi nak buat tutorial apa. =D
Ok, sekian untuk hari ini. Byeee ;)

20 February 2012

Set peribadi, macam-macam ada!!!

Assalamualaikum =D

Macam yang saya bagitau kelmarin dan pagi tadi, saya keluarkan set peribadi.
Senang untuk uols yang nak beli secara runcit. Set ni semua dah ada.

Apa yang ada dalam set ini ialah pin atau brooch yang Inspire Design keluarkan. Mungkin tak semua ada tetapi saya akan masukkan stok terkini dalam set ni. Maksudnya kalau ada keluaran baru, saya akan adjust set ni supaya item baru tu dapat masuk. Jadi bila item baru semakin bertambah, tak semua item dapat dimasukkan dalam set ni. Berkemungkinan ada 1-2 item yang tak dapat dimasukkan memandangkan saya nak kekalkan harga set ni hanya pada RM40 per set. Tidak termasuk kos pos ye.


Gambar kat atas ni hanyalah contoh. Dalam set ni ada 16pcs kesemuanya.
Sape-sape yang nak beli sikit-sikit tu boleh beli set ni sebab lebih berbaloi. Penjimatan sehingga RM15 tau..
Harga biasa RM55 tapi saya bagi RM40 jerk.. =D

Maaf sebab saya tidak lagi mengeluarkan belian runcit bagi setiap item sebab kesuntukkan masa.

Sekian. Selamat meng order.  ;)

Sambung kerja balik!!!

Assalamualaikum =D

Selamat hari Isnin. Rasanya dah 3 hari tak update blog, azam sebelum ni setelah blog ni di renovate nak update hari-hari. Tapi....

Disebabkan ada beberapa kerja yang perlu disiapkan..apa lagi kalau bukan order-order korang. =D
Saya terpaksa mendiamkan diri sebab kalau tidak, memang tak siap-siap. Ni pun masih ada lagi order yang terbengkalai, ada yang masih dalam proses dan ada yang hampir siap. huhu

Mungkin ada customer yang tertunggu-tunggu saya tak bagitau apa-apa pun pasal status order korang, dah siap atau belum. Mintak maaf sangat-sangat ye, saya akan bagitau. Kalau tak bagitau tu maknanya belum siap 100%. heeee...

So, hari ni saya akan update untuk set peribadi. Tunggu edit gambar dulu baru boleh publish.

Sekian. ;)

16 February 2012

Jadi penaja...larat ke tak??

Assalamualaikum =)

Sebenarnya hari ni dalam rancangan nak update set peribadi tapi tak snap gambar lagi pulak.
Jadi postpone la ek..mana yang nak beli sikit-sikit tu, saya cadangkan amik set jerk..semua jenis ada..tunggu saya update ya!



Jadi hari ni nak membebel sikit berkaitan dengan tajuk.
Kelmarin saya decide nak menaja satu seminar atau bengkel yang akan diadakan di Grand Paragon Hotel, JB.
Seminar apa?? haa tunggu.....
Nanti saya cerita lagi.. =D

Apa yang buat saya berdebar-debar, sempat ke siapkan??kekeke
Berangan nak sponsor tapi satu hapah pun tak buat..

Hari ni keje saya memotong felt jerk, sampai nak muntah-muntah.
Sekarang ni berehat kejap sambil tengok apa perkembangan terkini dalam dunia internet. =D
Lepas ni nak sambung menjahit pulak..
Maklumlah suri rumah, kerja ikot time kita jelah kan...heee

Ok, ni sedikit peringatan buat customer saya. 

Sekiranya anda dah buat bayaran, minta jasa baik anda untuk bersabar sementara saya menyiapkan order-order anda ok. Kepada yang ingin order produk felt untuk wedding ke, kenduri ke atau apa-apa jelah, saya harap anda dapat buat keputusan dengan segera sebab takut saya tak sempat siapkan order anda mengikut masa yang anda inginkan..heee.

Sekiranya anda ingin order untuk wedding, buatlah tempahan awal sikit yer. untuk pengetahuan jugak, bulan April hingga bulan Julai saya akan jadi guru ganti lagi...mungkin awal lagi kot..jadi pada masa tu mungkin saya perlukan masa yang lebih sikit untuk siapkan segala tempahan.

Asyik jadi guru ganti jerk, bila nak dapat jadi guru tetap ni..huhuhu...sedey.. =(

Ok. tu saje untuk hari ni..

15 February 2012

Dapat kek...aci tak??

Assalamualaikum =D

Semalam petang, lepas husband balik dari keje. Tetibe dia tunjuk ke atas meja guna isyarat mata...
Dalam hati, apa pulaklah ni? tapi tengok jugak atas meja..rupa-rupanya ada roti dua ketul...kekeke..
Ingatkan beli apa tadi..

Tak lama lepas tu, siap-siap nak keluar pegi rumah makcik terpandang ada lagi satu bungkusan kecil kat tempat saya salu duk bertenggek buat kraf-kraf ni.

Nilah diaa kek nya...alahaii

Kecik je kan??? aci tak bagi kek kecik kemetot camni??? waaaa....mentang-mentanglah nak suruh kita diet, dia bagi kecik cenggini jerk...uhuhuhu

Tak makan lagi, rasanya ni bukan kek kot..macam ada marshmallow jerk..mungkin cam aiskrim..

Apapun terima kasih yang tak terhingga buat suami ku yang disayangi...terharu sangat..mungkin dah jemu dengar saya cakap hari-hari nak makan kek coklat sejak 2 minggu lepas..keke

Masih terfikir-fikir lagi nak update item apa hari ni... ;P

14 February 2012

Pin Matahari...bersinar-sinar

Assalamualaikum =)

Hari ni saya nak update handmade cotton brooch yang baru...
Waaahhh asyik hapdate je kan..

Takpe-takpe, sebenarnya senang untuk korang cuci-cuci mata kat e-store saya tu..boleh pilih mana yang berkenan =D


Pin matahari ni limited stock ye!!!
Stok tak banyak coz butang kat tengah tu dah kehabisan pulak, cari-cari tak jumpa lagi yang sama. Maybe lepas ni saya guna butang lain kut...huhu.

Sape cepat dia dapat!!!

Amaran keras : Jangan copy gambar dalam blog ni sewenang-wenangnya!

13 February 2012

Budget Doorgift

Assalamualaikum =D

Ada yang tanya saya, doorgift yang budget ada tak?
Jadi saya buat macam gambar kat bawah ni.
Tapi ni baru satu design. Esok-esok saya masukkan lagi design lain-lain.


Hari ni berangan nak buat macam-macam bentuk felt..entah buat ke tidak tak tau lah..
Berangan je lebih buatnya tak..huhuhu..

Ok, sekian untuk hari ini.

12 February 2012

Lagi aktiviti suka-suka nak cuba...

Assalamualaikum... =)

Apa aktiviti korang hujung minggu ni?
Aktiviti saya hari ni apa pulak??
Emm macam biasa sekarang ni tengah excited nak potong-potong kain felt jadi hari ni buat bookmark untuk husband.
Tengah practice tangan gunting huruf..baru berjaya potong satu jenis font..kena try yang lain pulak lepas ni..heee...



Kira oklah kan, percubaan saya..perasan cantik jerk..takde orang puji jadi kita kena puji diri sendiri.. =P


Tu le dia bookmark yang saya buat untuk husband saya...mungkin dia boleh guna untuk letak kat buku rekod mengajar dia...sebab tu jerk buku yang dia selalu bawak ke hulu-hilir. Buku teks jarang sekali nampak dia bawak apatah lagi buku yang lain-lain..sekarang kan mengajar guna lcd jerk..huhu..

Bunga tu sekadar penambah rasa. Tak taulah dia suke ke tak ada bunga secoet kat hujung tu...hohoho..

11 February 2012

Bunga-bungaan lagi....

Assalamualaikum =)

Selamat hari sabtu.. =D Ada sape-sape yang sekolah hari ni?
Kat Johor ni kebanyakkan sekolah, bersekolah seperti biasa sebab ganti cuti Maulid nabi hari tu. Tempat lain tak taulah pulak..

Jadi, hari ni macam biasalah. Gambar pun dah edit, apalagi bolehlah terus update.
Kali ni headband, lama dah tak buat headband...kat bawah ni pun sebenarnya bunga-bunganya dah siap lama cuma nak lekatkan kat headbandnya jer tak buat-buat. Macam bizi sangat jerk..


Untuk headband, saya keluarkan untuk runcit sekali. Kalau nak beli satu-satu bolehlah ke e-store saya ye..harga berpatutan. =D
Kalau nak bulk order pun boleh...minima sedozen jerk ataupun 12pcs. Harga boleh emel saya.

Sebelum terlupa, bunga yang ada kat headband ni ada 3 kuntum.. satu kuntum kat tengah-tengah tu saiznya agar besar sikit. Nampak tak..nampak tak??? 

Ok, itu saje untuk hari ni. Kalau berkenan boleh terus order, pi jenguk kat e-store untuk code. ;)

10 February 2012

Order dari Wan

Assalamualaikum =)

Order kat bawah ni sebenarnya dah selamat sampai pada tuannya...hari ni saya baru nak update kat sini.



Wan mahukan 5 biji brooch bentuk bulat, 5 biji keychain love dan 10 biji keychain bentuk bulat..
Terima kasih Wan. Mudah-mudahan puas hati dengan hasil tangan saya. =)

09 February 2012

Bunga Rozet

Assalamualaikum =)

Kali ni saya update bunga rozet ataupun bunga dada yang selalu orang pakai untuk kenduri kawin. Biasanya tuan rumah bagi orang kendarat pakai..tul tak??hehe. Saya ni bukan ingat apa istilah-istilah orang masa kenduri ni..tapi yang penting kali ni saya nak update tentang bunga rozet...

Tapi untuk corak kat bawah ni tak banyak, hanya ada 60pcs sahaja. Rasanya tak dapat buat lagi coz kain polka dot tu dah takde...huhu..

Mengikut pemikiran saya, bunga rozet ni tak banyak sangat nak digunakan..ye ke tak? huhu...tak pasti..tapi saya packing kan 30pcs setiap paket jadi hanya ada 2 paket jer la...

Jadi sape-sape yang tema dia biru, putih biru...bolehlah order ye. Lepas pakai untuk kenduri, diorang boleh guna terus untuk pegi jalan-jalan. Tak membazir tau!!



Duit saya tak sediakan ye tapi kalau nak saya buatkan boleh bagitau...nak order??? Boleh tengok harga kat e-store dan boleh isi form yang ada kat sana. peaceee!!! ;)

Hasil kerastangan anak buah & kakak ku...

Haa ni dia sambungan dari entry sebelum ni...boleh KLIK SINI untuk baca.

Ni le dia hasil kerastangan kakak & anak buah saya.. =D


Ada 5 jenis kesemuanya...mari kita tengok sape yang buat...


Haa..2 ekor angry bird ni kakak saya yang buat...sebiji dia buat sampai pukul 1 pagi... yang 2 biji lagi dia baut dari pagi sampai tengahari..kekekek...bentuk love tu adalah lebihan dari hp strap yang saya buat sebelum ni..

Dah takde idea tu, apa-apa je dia rembat...tu pun bila dah buat nampak kecik pulak love nya, jadi kakak saya tambah lagi satu biji...dah siap-siap jahit rupa-rupanya kakak saya tak joinkan tali antara 2 biji love tu, sabor ajelah...hehe. Terpaksalah cari inisiatif lain, tambah dawai kat tali tu..nampak tak???


Yang ni pulak hasil kerastangan anak buah saya yang berumur 14 tahun...jenuh nak tunggu dia kuarkan idea buat donut..semua dia nak buat..


Car charm ni tak siap lagi..memandangkan saya dah gantung kat kereta, kakak saya pun berkenan..saya suruh dia buat sendiri...tapi tak sempat siapkan coz dia dah nak balik umah dia...jadi saya bekalkan jela apa yang patut..pandai-pandai dia la nak siapkan..huhu.

Sebagai mengakhiri entry ni, saya nak maklumkan bahawa.....jeng3
v
v
v
Saya belum bersedia terima tempahan untuk bentuk-bentuk yang pelik-pelik contohnya angry bird kat atas tu..saya tak berani sebab takut tak cantik..maklumlah saya budak baru nak belajar.hehehe

Ok, jumpa lagi.

08 February 2012

Aktiviti cuti Maulidur rasul & thaipusam

Assalamualaikum =)

Kat bawah ni gambar aktiviti saya dengan kakak dan anak buah saya...lepas balik dari dari picnic kat Batu Layar, malam-malam tu sempat pulak diorang nak suruh ajar buat felt craft.

Dahlah mata ngantuk...tersengguk-sengguk le cikgu ngajar anak murid..hehehe...tapi gambar kat bawah ni, gambar keesokkannya..malam tu memang takde masa lah nak amik gambar bagai..mata dah panas-panas tahan ngantuk.

Yang kakak dengan anak dia sanggup bersengkang mata sampai pukul 1 pagi nak siapkan sekor angry bird..huhu


Tu dia budaknya..takleh nak letak penuh pulak gambar ni pasal maklumlah kat rumah, free hair masing-masing..hehe. Mak saya kat sebelah kanan pun sama-sama ajar anak buah saya macam mana nak jahit, kakak saya pulak pening-pening tengok anak dia.. dari malam sampai ke pagi, tak sudah-sudah cakap nak buat bentuk tu, nak buat bentuk ni..buatnya tak jugak..

Akhirnya dia pilih nak buat donut..haa sukatilah. janji siap..huhu...penat nak tunggu dia buat.. berjam-jam lamanya..tapi tahniah ucu ucapkan sebab berjaya jugak buat donut yang macam tayar pancit tu..ahaha.

Buat keje bersepah giler, tu nasib baik dah dikemaskan sikit mejanya..kalau tidak masyaAllah...tak tau nak kata..huhu


Tangan domok-domok tengah belajar jahit dari mak saya...sambil-sambil masak tengahari mak saya sempat lagi ajar cucu dia jahit..heee..

Hasil kerastangan diorang nanti saya upload, belum edit lagi.. peacee!!!

Picnic di Batu Layar

Hari sabtu kelmarin, dengan tak berapa nak rancang saya, husband,bonda & ayahanda dan family kakak pergi picnic di Batu Layar Kota Tinggi...

Lepas solat Asar terus gerak, lambat keluar rumah lambatlah sampai sana. Jauh jugak perjalanan hampir sejam. huhu...



Masa ni air surut lagi...dalam 5 - 10 minit, air dah mula naik...


Baru-baru sampai, tak mandi pun... hehe


Biasalah kan, tak kira siapa kalau dah kat pantai mesti nak tulis nama lah, apalah..errr tak semua orang kut...


Bonda dan kakak saya duk tengok dari atas jerk...maklumlah mak-mak ni malas nak main kotor-kotor..hihi

Tu jela gambar yang dapat dikongsi...antara banyak-banyak pantai kat Kota Tinggi ni, rasanya paling best Batu Layar coz banyak batu-batu...jadi sekeliling batu tu air tak dalam sangat...budak-budak kecik boleh mandi kat kawasan batu-batu tu...tapi kitorang tak mandi, ayahanda / atok tak bagi...heeee...

Dalam pukul 6.45 petang gerak balik, ayahanda cadang nak singgah masjid baru kat mana ntah nak solat maghrib tapi cancel dan terus balik lalu jalan dari Pengerang..jauhhhhh...sampai rumah pukul 7.50 lebih kurang, mandi, solat maghrib & terus keluar lagi untuk isi perot pulak...huhu..lapar tak terkata...

06 February 2012

Lagi bunga kait..meh tengok!!

Assalamualaikum =)

Ada yang keje ke hari ni?? hehe...
Hari ni saya update untuk Pin Rose Crochet saiz S. Macam biasa if nak order, boleh tengok-tengok dulu kat e-store saya ye. ;)


ok..tu jerk gambarnya..heheh..
Selamat bercuti!!!

04 February 2012

Penyelesaian kepada masalah kekeliruan...


Assalamualaikum =)

Saya mintak maaf sekiranya anda keliru dengan cara saya menulis harga di setiap item di e-store saya.
Disebabkan kekeliruan ini, saya harus menjelaskan sekali lagi bahawa buat masa sekarang saya tidak lagi menjual item yang ada secara runcit atas sebab-sebab tertentu. Mungkin akan datang saya jual runcit lagi.

Semua harga yang dinyatakan di dalam e-store saya adalah harga borong mengikut kuantiti minima.
Saya bagi contoh ya..

Harga borong bagi Pin Reben:

30pcs - 49pcs = RM1.10/pc
50pcs - 299pcs = RM1.00/pc
300pcs & ke atas = RM0.90/pc

Ini bermaksud, untuk mendapatkan harga borong anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 30pcs dan ke atas. Sekiranya anda order 1pc - 29pcs, order anda akan dikira dengan harga runcit iaitu RM2 untuk sebiji.

Anda hanya akan dapat harga borong jika anda order 30pcs dan ke atas sahaja.

Ok, faham tak??hehe...saya mintak maaf sebab mungkin anda keliru. Sebab saya pun takde tulis apa-apa statement kat e-store yang saya tidak menjual runcit lagi. Saya dah update e-store supaya anda tidak keliru untuk membuat tempahan. peaceee!!!

03 February 2012

Cuti pos seMalaysia...

Assalamualaikum. =)
Semua dah tau kan, ahad ni Maulidurrasul, kemudian hari Thaipusam jadi segala penghantaran order-order tidak akan berlaku sepanjang cuti ni.

Walaupun cuti tapi saya tetap terima order cuma order je saya pos lepas naik cuti nanti yep. Pada yang dah bayar kelmarin dan semalam, saya dah pos tadi. Memandangkan esok Pos Malaysia tak bekerja, anda akan terima barang lepas naik cuti.

Sekali lagi walaupun..walaupun cuti, saya akan update lagi beberapa item untuk anda order. heee...haa, ada jugak order yang saya tak dapat siapkan lagi..naik cuti thaipusam nanti saya pos, insyaAllah. =D


Sekian.

01 February 2012

Car Charm

Assalamualaikum w.b.t.

Car charm ni sebenarnya milik saya. Dah lama teringin nak buat pastu letak kat kereta tapi tak tercapai-capai. Akhirnya siap jugak kelmarin. Dah gantung pun kat kereta. =D


Ada huruf di situ mewakili nama saya. Baru belajar potong huruf jadi nampak kurang kemas sikitlah. Nak kena practice banyak kali baru cantik kut. huhu...



Yang ni dah siap jahit..simple je bahagian huruf ni. Kalau dah serabut nanti tak nampak pulak namaku itu.^___^



Orait, dah siap gantung dah.. rasa bangga jer bila dah tergantung tu..ngeh3...



Haaa...yang ni bahagian belakang. Ada bunga...kos untuk sebiji RM3, sangat simple ye. Kalau korang nak order, boleh jugak. Untuk car charm ni bagilah dia panjang-panjang sikit kan barulah nampak..hehehe jadi minima 3 biji, nak panjang lagi pun boleh. Tapi saya belum pakar lagi tau, insyaAllah saya akan cuba perbaiki cacat cela. =)



Sekian update hari ni.
Selamat Mencuci Mata!

Jom LIKE Page Inspire Design ^^