08 February 2012

Aktiviti cuti Maulidur rasul & thaipusam

Assalamualaikum =)

Kat bawah ni gambar aktiviti saya dengan kakak dan anak buah saya...lepas balik dari dari picnic kat Batu Layar, malam-malam tu sempat pulak diorang nak suruh ajar buat felt craft.

Dahlah mata ngantuk...tersengguk-sengguk le cikgu ngajar anak murid..hehehe...tapi gambar kat bawah ni, gambar keesokkannya..malam tu memang takde masa lah nak amik gambar bagai..mata dah panas-panas tahan ngantuk.

Yang kakak dengan anak dia sanggup bersengkang mata sampai pukul 1 pagi nak siapkan sekor angry bird..huhu


Tu dia budaknya..takleh nak letak penuh pulak gambar ni pasal maklumlah kat rumah, free hair masing-masing..hehe. Mak saya kat sebelah kanan pun sama-sama ajar anak buah saya macam mana nak jahit, kakak saya pulak pening-pening tengok anak dia.. dari malam sampai ke pagi, tak sudah-sudah cakap nak buat bentuk tu, nak buat bentuk ni..buatnya tak jugak..

Akhirnya dia pilih nak buat donut..haa sukatilah. janji siap..huhu...penat nak tunggu dia buat.. berjam-jam lamanya..tapi tahniah ucu ucapkan sebab berjaya jugak buat donut yang macam tayar pancit tu..ahaha.

Buat keje bersepah giler, tu nasib baik dah dikemaskan sikit mejanya..kalau tidak masyaAllah...tak tau nak kata..huhu


Tangan domok-domok tengah belajar jahit dari mak saya...sambil-sambil masak tengahari mak saya sempat lagi ajar cucu dia jahit..heee..

Hasil kerastangan diorang nanti saya upload, belum edit lagi.. peacee!!!

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^