29 February 2012

Wanita Aspirasiku

Assalamualaikum =)

Sebelum tu, saya mohon maaf sebab saya lambat sangat-sangat reply pertanyaan korang kat emel & facebook. Dalam 2 minggu ni saya sibuk siapkan order-order yang terbengkalai. huhuhu..lepas tu tetiba nak siapkan item untuk seminar Wanita Aspirasiku pulak. Tu yang sampai nak bukak laptop pun tak sempat. Kalau ada yang saya reply cepat tu, maksudnya saya tengah curi-curi masa untuk bukak kejap laptop.hmmm

Maafkan dakuuuu!!!

Alhamdulillah, hari ni dah setel semua order. Ada yang dah pos dan ada jugak yang masih belum.
Ok, kat bawah ni saje nak share beberapa gambar seminar Wanita Aspirasiku yang saya join hari ahad baru-baru ni. ;)




upss...ada pulak nama di situ. =D

Masa ni Prof. Dr. Muhaya sedang menyampaikan ceramahnya. Sangat teruja dengar & memang masuk ke minda.

Ni akak saya sedang sibuk sms asben dia, nak tanya camne kondisi anak-anak...ekeke. Utk pengetahuan korang jugak, kakak saya nilah yang mengait brooch yang ada kat Inspire Design ni. Saya tak pandai mengait hokey!!! huhu

tak memasal dapat hadiah pulak..errr tq team kreasi LPJ.

Gambar tak banyak pun ambik pasal saya ni bukan jenis suka sangat asyik ambik gambar jerk.huhu. Tapi yang ada sikit nilah yang saya nak kongsi. Haa untuk item yang saya sponsor, saya akan update next time yer. Sangat simple sebab perlu disiapkan dalam masa beberapa hari.

Sejak akhir-akhir ni, saya dapat banyak pertanyaan untuk buku mengait ataupun senang cakap tutorial la. Apa yang saya jawab tu memang ikhlas dan jujur yer. hehe. Saya memang tak pandai mengait plus memang tak berapa minat bab mengait-ngait ni..ekekeke. Yang mengait tu adalah kakak saya (seperti gambar di atas) dan kakak saya tu pun memang takde buku tentang mengait ni. Hanya tengok kat internet jerk. Beberapa bulan lepas ada jugak yang tanya saya kat hp tentang mengait ni tapi masa tu kredit saya expired so tak dapat reply & terus terlupa sampai sekarang. Mintak maaf sekiranya yang bertanya tu terbaca entry saya ni. Ampunnnnn!!!

Kalau saya ada masa, insyaAllah saya akan buat tutorial. Belum decide lagi nak buat tutorial apa. =D
Ok, sekian untuk hari ini. Byeee ;)

1 comment:

ketikketok said...

Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Jom LIKE Page Inspire Design ^^