29 March 2012

Si Bulat Ladybug

Assalamualaikum =)

Saya dah siapkan 7 biji ladybug...keke
Sungguh bolat okeh!
Banyak taik lalat pulak tuh.
Mata pun ada yang juling-juling air sikit.
Saya takde guna mata yang dah siap tapi saya buat sendiri. Saya tak tau apa nak sebut nama mata yang tinggal tampal je tu, bukan tak ada tapi saiz nye cenonet sangat. Belum cari yang besar lagi. 

Color biru terkurang gemok, yang lain gemok sikit tapi belum obes lagi..huahuahua...

Yang sekor terasing color oren tu saya buat klip rambut. Nak pakai sendiri kononnya tapi sayang pulak, tak jadilah.hehehe.

 
Ok, yang ni bahagian belakang untuk color oren tadi. Saya guna snap clip..
Kalau nak order boleh contact saya okeh! ;)

Jom baca entry terbaru kat personal blog saya tentang obesiti. Klik sini Kurang Tidur Undang Obesiti???

28 March 2012

Aktiviti : Bolat oh bolat dalam hujan

Assalamualaikum =)

Apalah tajuk kat atas tu kan..keke
Sebenarnya saya tak pandai sangat nak buat tajuk..tu yang jadi ntah apa-apa.

Nak cerita pasal hari ni yang tak banyak pengisian...errr..hari-hari sebelum ni pun sama jugak..keke


Dalam duk update personal blog, saya buat ladybug...
Motip tunjuk laptop sebab nak bagitau hari ni saya rajin update personal blog sambil tu buat ladybug..hehe
Semalam siap mms gambar kat kakak, dia cakap comel, bulat jerk..
Memang pun, saya tengok rasa nak gelak..ada ke kumbang bolat macam ni..kekeke
Itu yang jadi tajuk bolat oh bolat...
Dalam hujan pulak sebab time buat entry ni tengah hujan kat luar..keke


Lepas ni kalau dah siap banyak-banyak nak tengok, ok ke tak..kalau ok baru boleh amik order...hohoho..

Hari ni en.husband masih cuti chicken pox, hari isnin lepas dah sekolah tapi member dia cakap belum baik sepenuhnya so teruslah ambik mc lagi..lama okeh, sambung cuti dari cuti sekolah hari tu..now dah dekat 3 minggu kat umah jek..huhu
Bila dah ada kat rumah ni sibuk pulak dia tanya dah update ke ladybug bulat tu???

Ohh en.husband saya ni memang support habis tentang kraf yang saya buat, dia akan jadi quality control(QC) merangkap Supervisor sekali..kalau dia tak suke, ada aje dia komen. Sibuk kan? kekeke
Tapi besttt..i lap u lebeh lah... =P

Sekian.

27 March 2012

Bintang-bintang berkerlipan

Assalamualaikum =)

Hari ni saya masukkan bentuk bintang pulak.
Boleh buat keychain, hp strap atau brooch. Terpulang pada korang. ;)


Seronok sangat buat bentuk bintang ni..
Alaaa mula-mula seronoklah kan, bentuk baru..cuba dah lama-lama nanti. jemu jugak tengok bentuk sama jek..hehe

Comel tak..comel tak??
Bagi saya yang kuat perasan ni, rasanya dah comel dah ni..kekeke

Saya tak jumpa lagi crafter buat design macam ni walaupun ianya sangat simple..kalau anda seorang crafter & nak tiru design ni, sila beri kredit ke blog saya okeh!!!

Walaupun ada produk saya buat macam sama je dengan orang lain tapi ianya tetap ada perbezaan pada saya. Kalau boleh saya taknak tiru bulat-bulat apa yang orang lain buat sebab setiap orang ada daya kreativiti yang berbeza. Betul tak?

Ok, sape-sape yang berkenan boleh order ye. ;)

25 March 2012

Promosi hebat : Harga borong best kasi clear!!!

Assalamualaikum =)

Salam petang ahad.
Pagi tadi saya cakap nak buat Sale kan.
Ni dia sale nya.
Bukan clear stock sebab dah tak nak jual tapi ni stok terperam sejak hujung tahun lepas.
Saya taknak simpan lama-lama disebabkan nak masukkan stok baru.
Jangan salah faham pulak ye, semua item dalam sale ni masih elok, tak rosak pun.


Saya kumpulkan 2/3 dari stok yang ada untuk sale berkelompok ni..Ada pulak sale berkelompok..huhu. Sale ni hanya untuk sesiapa yang nak beli dengan kuantiti 1500pcs sahaja.
Kat gambar ni ada lebih kurang 1200pcs, lagi 300pcs tak bungkus lagi..

Saya buat macam ni sebab sejak bulan Februari saya terima pertanyaan, bukanlah ramai tapi agak ramai jugak tentang pembelian borong untuk 1000pcs ke atas. Mereka semua nak harga yang murah tak hengat..keke.
Memang buat saya pening kepala sebab benda ni semuanya dibuat sendiri tapi bukanlah saya buat sorang-sorang, saya ada suruh orang lain buat jugak. Jadi nak jual dengan harga diluar jangkaan memang tak berbaloi dengan upah, tenaga dan masa yang telah diperuntukkan untuk buat semua pin/kerongsang ni.

Mula-mula saya dah lupakan tentang pertanyaan mereka-mereka tapi bila saya kemas stok-stok yang ada terkeluar mentol kat kepala. Tu yang buat macam ni..terus saya tanya diorang balik berminat tak. Ternyata mereka berminat, so korang kalau betul-betul berminat sila cepat-cepat clear payment ye, hanya ada sekotak ni jek.

Ok, selain tu. Saya nak beri keistimewaan kepada pembeli sale ni. Apa keistimewaan tu kena SMS saya. Nak tau harga sale ni pun kena SMS saya. Harga memang best ok!

Mintak maaf untuk sale ni tak boleh request untuk tolak item yang anda tak suka. Saya dah taknak pening-pening kepala. Untuk makluman, item paling banyak ialah pin bunga layer. Saya buat banyak sebab permintaan untuk pin bunga layer ni sangat tinggi.

Sape cepat dia dapat ye!!! Ohh ye, saya terima bayaran secara ansuran. 

Untuk maklumat lanjut, boleh SMS saya.
Sekian.

Cubaan membuat coin purse

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, akhirnya saya dah siapkan semua order dan dah pos semalam.
InsyaAllah, korang akan dapat hari isnin atau selasa.
Tracking number saya tak bagi lagi, kalau nak boleh mintak ye.

Hari ni nak cerita tentang cubaan membuat coin purse.
Best jugak rupanya buat coin purse ni. hehe


Semuanya saya jahit tangan jek.
Pattern inspired dari sus. hehe. Berkenan dengan pattern macam ni.
Deco saya buat polka dot. Simple je kan. Kira oklah untuk first trial..
Coin purse ni dua lapis, lapisan dalam sama color dengan color zip.



Ni bahagian belakang.
Upss..ada CMAH pulak..keke.
Nama saya le tu. Mula-mula merstilah buat untuk diri sendiri kan.
Ni kalau anak-anak buah saya tau ni, habislahhhh...mau dia mintak sorang satu. Free pulak tu, rugi-rugi..hahaha.
Untuk bahagian zip ni saya terbuat kecik, nanti buat lagi saya besarkan. Kalau tak kang, tak muat pulak nak seluk jari dalam coin purse comel ni. =D



Sebelum saya akhiri post ni, saya nak bagitau saya akan buat sale untuk pelbagai brooch dan klip. Dah beberapa hari ni saya kemas semula kotak-kotak stok produk saya. Saya kira terlalu banyak stok yang saya pegang sejak hujung tahun lepas sampai bulan ni. Jadi saya nak clear kan kotak-kotak saya tu. Harga memang kaw-kaw habis lah.

Pada yang meniaga kat uptown, downtown, pasar malam atau kat mana-mana je yang nak borong dengan kuantiti yang banyak dan murah, ini peluang baik untuk korang. Akan ada keistimewaan untuk korang lepas ni kalau korang berjaya clearkan stok saya. hehehe.. Tunggu ye.

Saya dah pening simpan stok berlebihan. Kalau dah ada kedai takpela jugak. Ni kat rumah tak boleh letak sebarang tempat, kena simpan kat stor, itu yang boleh jadi terlupa ada lagi rupenya tersimpan. Ingat dah habis. kekeke

Ok, tunggu update untuk sale.

20 March 2012

Dah masuk dah...

Assalamualaikum =)

Hari ni nak tak nak saya kena snap jugak gambar headband hari tu..lepas tu terus edit & update.
Kalau tak melambak jela kat luar tak kemas-kemas..huhu.
Now dah kemas letak dalam bekas...sedap mata tengok.
Bukan apa, kalau dah kemas dulu nanti mood nak ambik gambar hilang pasal dah kemas..
Tak tau nape perangai camni..kekeke..

Korang kalau nak tengok boleh ke e-store ok..harga pun ada kat situ.


Ni je dulu design yang ada..insyaAllah ada kesempatan nanti boleh buat lain. ;)
Actually kesihatan hari ni agak ok sikit...
Bila ok, tu yang buat keje sambil dengar lagu Diandra..kalau tak jangan harap nak dengar lagu. Boleh migrain okeh.. =P
Cuma husband bintik-bintik chicken pox tu membesar dengan sihatnya...errr nak sapu ubat kat tempat timbul-timbul tu ngeri jerk..takot meletup.

Hari ni atas permintaan husband, saya disuruh pergi cari antiviral untuk chicken pox..anyone knows???
Sapa yang pernah kena boleh bagi apa-apa nasihat atau pandangan supaya saya yang tak pernah kena ni diberi apa-apa imunisasi tak??
So kalau kena pun mungkin tak teruklah kalau dah makan apa-apa. Ke takde ek?? huhu. Risau betul ni. Percent kena 90% orang cakap.

Ok, selamat menjamu mata & salam hari selasa. =D

19 March 2012

Keychain & hp strap

Assalamualaikum =)

Sejak post yang lepas iaitu tentang headband saya masih lagi belum masukkan gambar-gambar headband kat e-store..gambar dah ambik satu-satu, sekali edit langsung tak cantik. argghhh geramnyaa!!!

Nak ambik gambar balik. huhuhu..jadi lambat lagilah nak upload. Leceh betol!!
Arini update order dari customer jela.


Mix keychain & hp strap..

Uols semua..boring kan tengok design ni jerk?
Sabar ye bukan taknak masukkan design lain tapi setiap kali nak buat ade aje order..hehe.
Pastu selalu terbabas dari due date...

Saya ni tak tau dengan peel diri sendiri sebab tak suke update benda kalau hanya ada sebiji jek..waaawaawa..saya suka update bila dah buat banyak-banyakkkkkk...baru rasa teruja. Husband selalu cakap, buatlah sebiji dulu lepas tu update. Nanti buat lagi, suka sangat buat banyak-banyak baru nak update. Tapi saya tak suka macam tu. Ntah kenapa peel macam ni. Actually dah ada sebiji untuk design-design baru yang saya nak masukkan tapi taknak update lagi. Bajet baguslah kan buat banyak-banyak baru update..huhuhu. Tapi masalahnya nak buat banyak-banyak tu makan masa. Tu yang asyik delay je nak update. Kesian kat korang yang tunggu tu. Sabar yer.

Tak taulah kenapa, hari tu dah macam nak demam..
Sekarang ni dah seminggu perut meragam jerk..pun rasa nak demam.
Tambah pulak husband kena chicken pox, kena bawak dia pegi klinik amik mc bagai.
Lepas tu tolong sapukan ubat kat badan & macam-macam lagilah. Jaga orang sakit katakan.hehe.

Jadi buat order pun slow..harap anda memahami keadaan saya. Walaupun sekarang ni saya surirumah tapi kerja tetap ada. Lepas ni kalau keje, tak taulah apa jadi. Lagi kecoh badan ni buat hal. Macam orang tua pulak dah, sikit-sikit sakit. Agaknya sebab kurang bersenam. hohoho...so korang jangan lupa bersenam okeh.

Rasanya beberapa orang customer, saya pernah cakap tak sihat. Bukan saya mengelak nak siapkan order dengan segera tapi memang kesihatan badan saya ni tak menentu. Nak kata peknen tak pulak..hehe..tapi doakan ye saya peknen cepat-cepat. Sayu hati tengok member semua dah ada anak-anak. ermmmm...

Oklah, sekian untuk hari ni.

15 March 2012

Headband pelbagai bentuk

Assalamualaikum =)

Dua minggu lepas saya buat headband..mula-mula buat untuk pakai sendiri jerk. hehehe...
Nak bajet comel kat umah depan en.husband, tetibe en.husband kata dia suke pulak saya pakai headband cenggini tambah pulak pakai gaun kembang-kembang gitu...
waaa...terus excited buat banyak-banyak...kekeke..

Jadi hari ni saya upload gambar headband yang saya buat dalam hari yang meng"excited"kan saya tu...
Tapi saya tak letak lagi kat e-store tau...

Untuk headband ni boleh beli satu-satu ye..
Nanti dah masukkan kat e-store bolehlah beli untuk anak-anak, kalau nak pakai sendiri pun boleh..yang free hair boleh pakai gitu jerk, kalau yang pakai tudung boleh melaram kat rumah tak pun pakai dengan tudung, nampak comel jerk.. =P 
 


Saya guna headband plastik jenis halus ni sebab dia boleh merenggang dengan bebasnya, kepala tak sakit. Sesuai untuk pelbagai saiz kepala, dari budak kecik sampailah kita yang dah tak berapa tua ni...huhuhu.

Design akan ditambah dari semasa ke semasa.

Nak borong?? sangatlah boleh. =D
Emel saya ye.

Ok, sekian.

12 March 2012

Keychain & hp strap : Koleksi purple, pink dan biru

Assalamualaikum =)

Tiga empat hari ni malas betul nak bukak laptop update bagai..huhu. Cuaca sejuk + hujan jerk, nak buat apa pun jadi malas. Tidur je sedap... =D

Oklah, hari ni saje nak bagi cuci-cuci mata sikit kat korang. Macam biasa keychain & hp strap lagi..tapi kali ni gabungan warna nya hanya ada 3 sahaja iaitu purple, pink dan biru. Customer ni bagi 3 color ni jek, jadi saya cuba combine kan 3 color tu.



Kat belakangnya ada huruf..saya guna felt color putih supaya tak mencemarkan 3 color permintaan customer.. =D

ok, sekian sahaja untuk hari ni.

08 March 2012

Simple Car Charm

Assalamualaikum :)

Update ringkas lagi..
Kat bawah ni adalah order dari sorang customer..car charm/ gantungan kereta (mengikut bahasa indonesia).

Bahagian belakang ada letak nama customer sendiri & satu lagi mungkin bf/tunang/suami kot..hehe

Bahagian depan ada bunga..ehh tak kisahlah huruf kat belakang atau bunga kat depan, sebenarnya bila dah gantung 2-2 boleh jadi depan atau belakang.. :D

Untuk nama perempuan saya ada guna felt color pink, kalau betullah tekaan saya yg 4 biji tu untuk lelaki saya memang tak letak color pink sebab sesetengah lelaki tak suke color pink. Suke-suke saya je! hehe...
Tapi kalau en.husband saya, dia memang tak kisah kalau ada color pink. Kemeja kerja dia pun ada color pink,kebanyakkannya ada unsur-unsur pink. Makin suke adalah dia pakai color pink..heeee.

Ok..sampai sini saja. Bye.

05 March 2012

Order lagi...keychain & brooch

Assalamualaikum :)

Update ringkas hari ni. Order yang dah selamat sampai pada tuannya.





25pcs keychain dan 5pcs brooch. Keychain/hp strap seperti gambar kat atas ni boleh dijadikan doorgift juga ye. Sesiapa yang ada budget agak rendah boleh pilih yang ni. :D

03 March 2012

Bookmark yang comel...hehe

Assalamualaikum =)
Salam hari sabtu.

Hari ni saya update bookmark, produk baru le kononnya. hehe

 Bookmark ni paling simple & sesuai bagi yang budget agak ciput untuk doorgift. =D
Tak boleh letak nama untuk design ni sebab takde tempat.

Yang ni pun simple tapi batang aiskrim warna-warni. Colorful!!
Boleh letak nama kat batang aiskrim. ;)

Bookmark ni dijahit dengan felt dibahagian batang aiskrim. 
Boleh letak nama jugak kat batang aiskrim tu. =)

Harga korang boleh tengok kat e-store ye. Boleh je nak order dalam kuantiti yang sikit. Apa-apa emel saya k. ;)

Bye.

02 March 2012

Simple bookmark

Assalamualaikum.. =D
Salam hari jumaat semua.

Kat bawah ni adalah bookmark yang saya maksudkan dari entry yang sebelum ni. Klik SINI untuk baca entry lepas.



Haa ni lah gunanya label yang saya buat tu..simple jek kan.

Bookmark ni ada besar & ada kecik. Comel tak bunga tu? =D

Sekian update hari ni. Bye.

01 March 2012

Label buat sendiri...hehe

Assalamualaikum =)

Cepatnya masa berlalu, rasanya baru melepasi hari Ahad tetibe dah hari ni dah hari Khamis pulak. Pantas betul kan?

Minggu lepas saya ada buat label untuk item yang saya nak sponsor kat seminar Wanita Aspirasiku. Boleh klik SINI untuk cerita tentang Wanita Aspirasiku.

Buat sendiri jer label ni memandangkan semuanya nak disiapkan dengan pantas. hehe..jadi gunalah printer en.asben yang power root tu.. =P




Benda yang sama tapi dari sudut yang berbeza..hehehehe. Boring kan??

Apa guna label ni??
haaa...next entry saya cerita lagi. Rasa tak best pulak kalau entry panjang-panjang.
Ehh terlupa, ada pulak tulisan book mark tu kan. Haa untuk book mark sebenarnya..hehehe. Kantoii!
Gambar book mark kendian yerk dan saya akan terus update item untuk masuk e-store. Sape-sape yang berkenan leh la order nanti. =D

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^