25 March 2012

Cubaan membuat coin purse

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, akhirnya saya dah siapkan semua order dan dah pos semalam.
InsyaAllah, korang akan dapat hari isnin atau selasa.
Tracking number saya tak bagi lagi, kalau nak boleh mintak ye.

Hari ni nak cerita tentang cubaan membuat coin purse.
Best jugak rupanya buat coin purse ni. hehe


Semuanya saya jahit tangan jek.
Pattern inspired dari sus. hehe. Berkenan dengan pattern macam ni.
Deco saya buat polka dot. Simple je kan. Kira oklah untuk first trial..
Coin purse ni dua lapis, lapisan dalam sama color dengan color zip.



Ni bahagian belakang.
Upss..ada CMAH pulak..keke.
Nama saya le tu. Mula-mula merstilah buat untuk diri sendiri kan.
Ni kalau anak-anak buah saya tau ni, habislahhhh...mau dia mintak sorang satu. Free pulak tu, rugi-rugi..hahaha.
Untuk bahagian zip ni saya terbuat kecik, nanti buat lagi saya besarkan. Kalau tak kang, tak muat pulak nak seluk jari dalam coin purse comel ni. =D



Sebelum saya akhiri post ni, saya nak bagitau saya akan buat sale untuk pelbagai brooch dan klip. Dah beberapa hari ni saya kemas semula kotak-kotak stok produk saya. Saya kira terlalu banyak stok yang saya pegang sejak hujung tahun lepas sampai bulan ni. Jadi saya nak clear kan kotak-kotak saya tu. Harga memang kaw-kaw habis lah.

Pada yang meniaga kat uptown, downtown, pasar malam atau kat mana-mana je yang nak borong dengan kuantiti yang banyak dan murah, ini peluang baik untuk korang. Akan ada keistimewaan untuk korang lepas ni kalau korang berjaya clearkan stok saya. hehehe.. Tunggu ye.

Saya dah pening simpan stok berlebihan. Kalau dah ada kedai takpela jugak. Ni kat rumah tak boleh letak sebarang tempat, kena simpan kat stor, itu yang boleh jadi terlupa ada lagi rupenya tersimpan. Ingat dah habis. kekeke

Ok, tunggu update untuk sale.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^