25 March 2012

Promosi hebat : Harga borong best kasi clear!!!

Assalamualaikum =)

Salam petang ahad.
Pagi tadi saya cakap nak buat Sale kan.
Ni dia sale nya.
Bukan clear stock sebab dah tak nak jual tapi ni stok terperam sejak hujung tahun lepas.
Saya taknak simpan lama-lama disebabkan nak masukkan stok baru.
Jangan salah faham pulak ye, semua item dalam sale ni masih elok, tak rosak pun.


Saya kumpulkan 2/3 dari stok yang ada untuk sale berkelompok ni..Ada pulak sale berkelompok..huhu. Sale ni hanya untuk sesiapa yang nak beli dengan kuantiti 1500pcs sahaja.
Kat gambar ni ada lebih kurang 1200pcs, lagi 300pcs tak bungkus lagi..

Saya buat macam ni sebab sejak bulan Februari saya terima pertanyaan, bukanlah ramai tapi agak ramai jugak tentang pembelian borong untuk 1000pcs ke atas. Mereka semua nak harga yang murah tak hengat..keke.
Memang buat saya pening kepala sebab benda ni semuanya dibuat sendiri tapi bukanlah saya buat sorang-sorang, saya ada suruh orang lain buat jugak. Jadi nak jual dengan harga diluar jangkaan memang tak berbaloi dengan upah, tenaga dan masa yang telah diperuntukkan untuk buat semua pin/kerongsang ni.

Mula-mula saya dah lupakan tentang pertanyaan mereka-mereka tapi bila saya kemas stok-stok yang ada terkeluar mentol kat kepala. Tu yang buat macam ni..terus saya tanya diorang balik berminat tak. Ternyata mereka berminat, so korang kalau betul-betul berminat sila cepat-cepat clear payment ye, hanya ada sekotak ni jek.

Ok, selain tu. Saya nak beri keistimewaan kepada pembeli sale ni. Apa keistimewaan tu kena SMS saya. Nak tau harga sale ni pun kena SMS saya. Harga memang best ok!

Mintak maaf untuk sale ni tak boleh request untuk tolak item yang anda tak suka. Saya dah taknak pening-pening kepala. Untuk makluman, item paling banyak ialah pin bunga layer. Saya buat banyak sebab permintaan untuk pin bunga layer ni sangat tinggi.

Sape cepat dia dapat ye!!! Ohh ye, saya terima bayaran secara ansuran. 

Untuk maklumat lanjut, boleh SMS saya.
Sekian.

2 comments:

muhd.ikmal said...

Harga kain yang banyak 3 tu berapa satu

manis said...

muhd ikmal..
boleh rujuk di website ya www.inspiredesign.com.my :)

Jom LIKE Page Inspire Design ^^