30 April 2012

Warna-warni Menghiasi Hari-hari Ku

Assalamualaikum =)

Dah seminggu saya tak update apa-apa kat blog mahupun FB.
Nak kata terlalu sibuk tu tidaklah tapi tangan ni tak henti-henti pegang jarum.
Bab tercucuk-cucuk tu memang dah biasa. =D

Jantung pulak berdegup-degup.
Risau sangat tak dapat siapkan tempahan yang ada.
Seriously, memang berdebar-debar...
Alhamdulillah hari ni dah boleh tarik nafas lega sikit. Tapi sikit jela..huhu

Ada member saya, dah dekat 3 minggu duk tanya, order aku dah siap belum..kesian dia..
sabar ye nida, hari ni aku buat untuk kau..huhu

Kat bawah ni order daripada kakak saya untuk bufday anak dia.
Saya buat campur-campur dalam 50pcs.
Semuanya keychain.


Bentuk-bentuk yang simple. Itu je yang terpikir masa tu.hehe

 Stokin.....

 Kalau nak angkat periuk panas, jangan lupa guna glove ni ye.. =D

 Bintang tak berapa nak gemerlapan...keke

Rama-rama.....

Buah warna-warni...buah epal boleh, ciku boleh...err apa-apa jela...

3 bentuk yang tak pernah saya buat sebelum ni dah pun saya letak kat katalog / e-store ye.

Selamat Hari Pekerja esok ye. owhh hari ni mungkin ramai yang ambik cuti kan...wahhh lamalah cuti.. =D

16 April 2012

Stokin Warna-Warni : Boleh Pakai Tapi Tak Boleh Sarung...Ehhh Camne tu???

Assalamualaikum =)

Last week sambil siapkan order saya curi-curi buat stokin.
Bukan stokin betol-betol...ni stokin tipu jerk..

Haa nilah dia rupanya..sekali tengok dah macam rupa boot bawak pegi ladang pun ye..kan?
Dua kali tengok macam stokin krismas...
3 kali tengok macam stokin MSSM...ehhh???
Alaahhh tak kisahlah..janji perasan cute sudahhh.. =P



Orait..kalau berminat boleh order..segala details boleh tengok kat e-store. ;)

Daaaa...

15 April 2012

3 in 1 : Order-order yang mari...huhu

Assalamualaikum =D

Rasanya tak pernah saya update malam-malam macam ni.
Waktu-waktu gini biasanya dah turuuuu...tau tak turu tu ape? Turu tu tidur lah..ekekeke. TURU tu ye dalam bahasa Jawa. =P
Saya memang keturunan JAWA.      o__X

Kat bawah ni saya update sikit order dari customer.
Kebanyakkan yang saya tunjuk semuanya tentang produk felt kan?
Yang order pin dari kain cotton jangan kecik hati ye..huhu..(macamlah ada yang kecik hati kan)..
Stok untuk pin dari kain cotton terlalu banyak pada saya, sampai juling-juling bijik mata tengok. Jadi tak daya lah nak ambik gambar "dia" lagi. Cukup-cukuplah saya dah siap-siap packing 30pcs, 50pcs,100pcs.
Sekarang ni tengah demam felt pulak.
Esok-esok rajin saya update balik bunga-bunga cotton tu ye. ;)

Bunga-bunga Kemboja


Ni order dari Huda. Huda nak mix color. Saya ni tak pandai sangat mainkan warna, tak taulah ok ke tak gabungan warna tu. Harap-harap Huda suka lah..huhu. Huda maafkan kekurangan akak ye. =(

Kumbang bulat pink ni pulak order dari satu on9shop. Actually saya tak amik order sebiji-sebiji tapi kesian pulak jadi saya buatkanlah sebijik untuk beliau. Thanx ya dik ;)

 Yang ni antara contoh budget doorgift ya!


Order dari Nadia. Beliau mahu letak huruf N & K iaitu nama beliau & suaminya.
Design ni saya buat untuk customer yang ada budget rendah tapi bila Nadia order letak huruf depan belakang, saya rasa ni dah tak budget lagi dah..ekekeke..
Apa pun terima kasih sangat-sangat pada Nadia sebab sudi tunggu saya siapkan order beliau walaupun ada penangguhan waktu tu.
Masa buat order Nadia, rasa cute sangat-sangat sebab ada nama suami isteri kan. Saya pun tak pernah customize benda-benda ni untuk saya & suami. hehehe...Nak bagi sape ye kalau dah buat??

Oklah, sampai sini dulu. InsyaAllah lagi 2-3 hari saya nak update lagi benda yang pada saya cute. =P

10 April 2012

Terbang Tinggi-tinggi Si Butterfly 3D

Assalamualaikum =)

Macam biasa setiap kali post entry mesti nak update item baru..wink* wink*
Kali ni saya buat versi 3D..cewahh!

3D sangatlah kan?
Kira bolehlah...


Bahagian depan saya jahit back stitch..yeke? tak tau apa nama jahitan ni..kekeke. Belasah jela. Malas nak google untuk mengesahkan..keke
Nampak macam jahitan mesin. Banyak kali jahit, mula-mula selekeh jek tapi "practice make perfect".
Bila banyak kali jahit lama-lama boleh seimbang jarak antara jahitan. Sebenarnya takdelah kemas sangat pon ='(. huhu


Okeh, yang ni bahagian belakang. Badan butterfly ni gemok tau!
Saya rasa badannya letak kat bahagian depan/atas tapi disebabkan saya nak nampakkan kepaknya dengan jahitan yang bajet kemas tu jadi saya letak badan butterfly kat belakang. Tu pasallah saya kata 3D (agaknyalah).

Sangat sesuai untuk dijadikan keychain, hp strap, nak gantung kat kereta pun boleh tapi keciklah. Nanti saya buat yang besar punya! Yang ni saiz anggaran sebesar tapak tangan wanita dewasa. =D

Untuk 5 biji seperti gambar di atas, boleh tengok code kat e-store kalau nak order yer. Boleh beli seunit sebab ready stock.

Opsss AWAK DI SANA jangan tiru design saya ye! huhuhu.

Psstt kawan-kawan, tolong saya KLIK SINI ye! Terima kasih sangat-sangat.

Sekian.

07 April 2012

Bunga-bunga Gergasi Milik Si Gergasi

Assalamualaikum =D

Tolong Klik SINI kejap ye!

Takot tak baca tajuk??? kekeke
Sebenarnya hari ni saya update bunga besar-besar gedabak.
Sebelum ni pernah jugak saya keluarkan.

Nilah dia bunganya...
Besar-besar ye bunganya...besar sehingga satu tapak tangan.
Tapak tangan jek, tak termasuk jari-jari.. =D

Color-color yang ada kebanyakkannya color suram..apa nak sebut ye perkataan orang selalu guna sekarang. Vintage..betul tak? emmm apa-apa jela.
Pada yang suka color suram-suram bolehlah beli. ;)


Boleh beli satu-satu ye..tengok kat e-store saya untuk tengok code.

Selamat berhujung minggu! ;)

04 April 2012

Bunga-bunga Kemboja...Anggun Mekar Di Taman Hati

Assalamualaikum =)

Tajuk kat atas tu saje je, ubah sikit lagu Maya Matahari.. =D
Update hari ni biasa-biasa je takde kelainan pun.
Banyak orang lain dah jual.

Sebelum tu KLIK SINI.
Dan TEKAN SINI

Saya buat bunga kemboja ni sebab banyak sangat lebihan kain felt yang besar-besar.
Bila rajin mestilah saya buat banyak-banyak.
Err...takdelah banyak pun. Ade lah jugak... =D


Dari segi color ada plain, ada mix. 
Boleh request kalau nak color plain saja atau mix saja. Campur-campur dua-dua lagilah boleh..huhu.

Ok,sekian untuk hari ni. Nak order boleh contact saya.

Jangan lupa TENYEH SINI dan TONYOH SINI

Jom LIKE Page Inspire Design ^^