15 April 2012

3 in 1 : Order-order yang mari...huhu

Assalamualaikum =D

Rasanya tak pernah saya update malam-malam macam ni.
Waktu-waktu gini biasanya dah turuuuu...tau tak turu tu ape? Turu tu tidur lah..ekekeke. TURU tu ye dalam bahasa Jawa. =P
Saya memang keturunan JAWA.      o__X

Kat bawah ni saya update sikit order dari customer.
Kebanyakkan yang saya tunjuk semuanya tentang produk felt kan?
Yang order pin dari kain cotton jangan kecik hati ye..huhu..(macamlah ada yang kecik hati kan)..
Stok untuk pin dari kain cotton terlalu banyak pada saya, sampai juling-juling bijik mata tengok. Jadi tak daya lah nak ambik gambar "dia" lagi. Cukup-cukuplah saya dah siap-siap packing 30pcs, 50pcs,100pcs.
Sekarang ni tengah demam felt pulak.
Esok-esok rajin saya update balik bunga-bunga cotton tu ye. ;)

Bunga-bunga Kemboja


Ni order dari Huda. Huda nak mix color. Saya ni tak pandai sangat mainkan warna, tak taulah ok ke tak gabungan warna tu. Harap-harap Huda suka lah..huhu. Huda maafkan kekurangan akak ye. =(

Kumbang bulat pink ni pulak order dari satu on9shop. Actually saya tak amik order sebiji-sebiji tapi kesian pulak jadi saya buatkanlah sebijik untuk beliau. Thanx ya dik ;)

 Yang ni antara contoh budget doorgift ya!


Order dari Nadia. Beliau mahu letak huruf N & K iaitu nama beliau & suaminya.
Design ni saya buat untuk customer yang ada budget rendah tapi bila Nadia order letak huruf depan belakang, saya rasa ni dah tak budget lagi dah..ekekeke..
Apa pun terima kasih sangat-sangat pada Nadia sebab sudi tunggu saya siapkan order beliau walaupun ada penangguhan waktu tu.
Masa buat order Nadia, rasa cute sangat-sangat sebab ada nama suami isteri kan. Saya pun tak pernah customize benda-benda ni untuk saya & suami. hehehe...Nak bagi sape ye kalau dah buat??

Oklah, sampai sini dulu. InsyaAllah lagi 2-3 hari saya nak update lagi benda yang pada saya cute. =P

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^