10 April 2012

Terbang Tinggi-tinggi Si Butterfly 3D

Assalamualaikum =)

Macam biasa setiap kali post entry mesti nak update item baru..wink* wink*
Kali ni saya buat versi 3D..cewahh!

3D sangatlah kan?
Kira bolehlah...


Bahagian depan saya jahit back stitch..yeke? tak tau apa nama jahitan ni..kekeke. Belasah jela. Malas nak google untuk mengesahkan..keke
Nampak macam jahitan mesin. Banyak kali jahit, mula-mula selekeh jek tapi "practice make perfect".
Bila banyak kali jahit lama-lama boleh seimbang jarak antara jahitan. Sebenarnya takdelah kemas sangat pon ='(. huhu


Okeh, yang ni bahagian belakang. Badan butterfly ni gemok tau!
Saya rasa badannya letak kat bahagian depan/atas tapi disebabkan saya nak nampakkan kepaknya dengan jahitan yang bajet kemas tu jadi saya letak badan butterfly kat belakang. Tu pasallah saya kata 3D (agaknyalah).

Sangat sesuai untuk dijadikan keychain, hp strap, nak gantung kat kereta pun boleh tapi keciklah. Nanti saya buat yang besar punya! Yang ni saiz anggaran sebesar tapak tangan wanita dewasa. =D

Untuk 5 biji seperti gambar di atas, boleh tengok code kat e-store kalau nak order yer. Boleh beli seunit sebab ready stock.

Opsss AWAK DI SANA jangan tiru design saya ye! huhuhu.

Psstt kawan-kawan, tolong saya KLIK SINI ye! Terima kasih sangat-sangat.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^