24 May 2012

Warna-warni Yang Memukau Hati

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah rasanya internet kat rumah saya dah semakin ok...tapi sikit jela.
Emel pun kadang-kadang boleh bukak, kadang-kadang tak boleh. Facebook apetah lagi..Sabor kan ajela...
 


Kat atas ni order Wan...Ladybird lover. :)
walaupun dah terang lagi bersuluh apa yang di order oleh wan tapi disebabkan saya dah snap gambar utk setiap item jadi saya nak upload gak kat blog...huhuhu..biarlah muak pun asyik tengok benda sama jek..keke

 Bunga Kemboja

stokin ;)

Bintang-bintang berkerlipan

kumbang kembang

Haa gambar last ni adalah hasil kreativiti wan sendiri...wan cantumkan 4 ketul keychain ni jadilah car charm..huhu...ini dah kira wan lagi kreatip dari akak ni.. =D

Sekian....

18 May 2012

Wordlessssss........

Assalamualaikum =)

Hari ni takde nak update item baru pun tapi nak mintak maaf kepada anda semua.
Minggu lepas streamyx kat rumah ni di upgrade, lepas orang TM datang line internet problem. Kalau ikutkan 3 hari je lepas dia setting semua tu balik tapi ni dah dekat seminggu line internet agak mengecewakan. Nak bukak facebook & blog pun susah. Kadang-kadang boleh bukak, tak lama lepas tu tak boleh pulak. tensionnn jek!!!

Jadi, kalau ada antara korang pm kat facebook atau emel mintak maap la kalau lambat reply. Tak taulah bila masalah internet ni nak settle...konon upgraded bagi laju tapi lagi teruk, yang dulu lagi ok...huhu..mungkin baru-baru lagi memang macam tu kot..

Gambar kat bawah ni nak upload minggu lepas tapi tertangguh pulak sebab masalah internet ni. Sibuk potong-memotong. Lagi pulak saya keje sekarang, tak reti lagi nak susun jadual..


Bukan gambar best pun..keke
Sasaje nak mengupdate blog jerk...

Oklah, itu saja. Harap anda tak merungut-rungut sebab saya lambat giler reply... :)
Terima kasih.

08 May 2012

Ehhh Sama Je??? Walaupun Sama Tapi Ada Lainnya...

Assalamualaikum =)

Saya dah update pin matahari versi pertama yang lepas. Hanya ada 53biji sahaja lagi. Harga boleh refer di e-store. Ni stok akhir ye. Dah takde lagi.

Baik, seterusnya ialah gambar order dari kawan saya. Nida...sudah lama menanti giliran, akhirnya sampai jugak kat tangan dia. =D


Nilah yang Nida order...yang lain tu semua dah ready stock kecuali pin bunga kemboja je kena buat. Tu yang ambik masa nak siapkan memandangkan orang lain punya turn dah menunggu dari depan.


Pin bunga kemboja, color campur2 ada yang plain saja, ada yang mix beberapa color.

Yang ni tak payah ceritalah... =D

Sebelum saya akhiri entry ni, saya nak bagitau mulai esok saya akan mula kerja. Hanya untuk jangkamasa yang pendek, mungkin sampai bulan 7 atau raya macam tu. Jadi, proses menyiapkan order akan mengambil masa yang lebih sikit daripada biasa. Harap anda sabar menunggu. =)

Baru plan nak buat projek lain...nampaknya terpaksa ditangguhkan buat beberapa waktu..huhuhu.

Sekian untuk hari ini.

07 May 2012

Matahari Bersinar Kembali...

Assalamualaikum =)

Masih ingat lagi tak dengan pin matahari yang saya pernah keluarkan kelmarin??
Versi yang lepas sangatlah terhad sebab butang yang saya guna kat tengah-tengah bunga dah tak jumpa lagi.
Jadi sebagai alternatif, saya guna butang yang biasa saya guna kat bunga-bunga yang lain.
Tak timbul lagi masalah butang habis.huhuhu


Walaubagaimanapun, untuk versi yang lepas taklah habis terus..masih berbaki sikit. Tak pasti cukup atau tak untuk belian borong.
InsyaAllah akan saya masukkan kat e-store lepas buat kiraan..tak pasti ada bape biji lagi.. =D

Intai-intailah kat E-Store / Katalog Inspire Design ye kalau nak order. ;)

05 May 2012

Mini Bantal Busuk Lagiii...Betul-betul Busuk!!!

Assalamualaikum =)

Mini bantal busuk lagi....
Cubaan kedua...alhamdulillah lebih elok sikit daripada cubaan pertama hari tu..hee

Saya buat mini bantal busuk ni sebagai hadiah perkahwinan kawan sekolah pada 29 April 2012 kelmarin..
Suzilla Binti Abd Razak & suaminya Mohd Khairul Anuar.
Sebenarnya boleh je nak beli hadiah lain tapi tiba-tiba rasa nak bagi bantal lah...haa hadiah dari air tangan sendiri ni..tak pernah saya buat pun sebelum ni..



Awal-awal ni rasa seronok sangat jahit backstitch... =D
Asben sibuk tanya, sempat ke nak siap? Maklum majlisnya esok, petang ni baru terkedek-kedek nak buat dengan order orang yang terbengkalai lagi..mau tak neves tapi dah gatal nak bagi bantal busuk..nasib baik sempat jugak siap walaupun buat last minute..

Nampak macam mudah je kan tapi beginner macam saya ni, terhegeh-hegehlah jugak nak buatnya kan...(sekali lagi nak cakap, malu dengan tailor yang expert...huhu)


Harap kak ji suka dengan bantal busuk ni..huhuhu
Semoga kak ji dan suami kekal bahagia dunia akhirat dalam rahmat-Nya & Selamat Pengantin Baru.
Suka tengok kak ji aritu, cantik dalam persalinan gold... ;)

04 May 2012

Bunga-bunga Sakura Berguguran Di Blog Daku

Assalamualaikum =)

Hari ni ada item baru...
Pin Sakura..fresh from oven...baru siap semalam. **wink** **wink**
Stok agak terhad. =D



 
Close up sikit... =D

Untuk details boleh tengok katalog kat link E-store di atas. 
Terima kasih. ;)

03 May 2012

Saya Dah Potong...Anda Bila Lagi?? hekhek

Assalamualaikum =)

Haaa ni entry sambungan semalam ye. ;)
Baca SINI untuk entry semalam.
Gambar semalam belum potong, gambar hari ni dah siap potong.


Ada macam-macam saiz..
Yang paling besar saiz double A4.
Lepas tu saiz A4, half A4 dan yang takde saiz tu baki-baki jelah....

Akhirnya siap jugak potong semalam petang. =D
Hari ni dah boleh buat order & output baru. yeaaayy!!

Upss sekali lagi diingatkan saya tak jual kain felt ye..mintak maaf. huhu

Sekian. Selamat hari Khamis. Kejap je kan dah hari khamis...hutang puasa pun belum habis. Anda bagaimana?? (iklan euro 2012...hehhh)

02 May 2012

Potong Jangan Tak Potong

Assalamualaikum =)

Simple entry hari ini... =D


Haa...mesti korang tau kan gambar apa benda kat atas ni.
Hari tu saya beli setengah meter setiap color, tiap kali potong saya potong 1/2 dari A4 supaya mudah saya nak potong kepada bentuk-bentuk yang saya nak.
Kejap je habis..lepas tu try potong saiz A4 pulak..aihhh cepat jugak habis..bukan jual tau kain felt ni tapi buat keychain, brooch..hehe..lama-lama rasa tak suka nak potong kain felt sebab nak potong dari saiz besar ke kecik makan masa lah jugak.

Jadi penyelesaiannya saya kena potong bagi habis semua kain felt ni jadi kecik-kecik, senang sikit tinggal ambik dan potong pada bentuk-bentuk, nak simpan pun senang. Mula-mula potong saiz half A4 sebab ingat takda orang nak order..huhuhu...alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.

Sebelum saya beli dalam kuantiti yang banyak, saya beli pakej promosi yang crafter lain jual. Jadi tak payah susah-susah nak potong sebab diorang dah memang jual saiz A4. Banyak crafter jual pakej felt murah-murah. Kalau korang nak korang cari jela, mesti ada punya. ;D


Yang ni pulak foam sheet.
Saiz besar tu kena potong sendiri. Saiz A4 color biru gelap tu wording dah siap potong & terus boleh guna.
Ada pulak block numbering & alphabet tu kan..keke..
Saya masih belum fikir lagi nak buat apa dengan foam sheet ni memandangkan ada peralatan lain yang saya takde jadi kena peram dulu lah...

Jadi, hari ni kerja saya nak potong kain felt ni kepada saiz yang kecil.
Nanti saya update yang dah siap potong.. =D

Ohhh yaa..saya tak jual kain felt / foam sheet ye. =)
Entry ni saje nak cerita aktiviti saya hari ni je..hiks
Sekian.

01 May 2012

Tak Boleh Tidur?? Laa Orderlah Bantal Busuk Kat Kita...upsss

Assalamualaikum =)

Hari ni nak tunjuk benda baru yang saya baru buat & baru belajar.

Taraaaa....


Ni lah dia benda baru tu...
Baru di blog saya tapi dah lama kat blog orang lain...huhuhu
Saya namakannya MINI BANTAL BUSUK...xoxo


Untuk 1st trial, saya buat sebagai hadiah ulangtahun kelahiran anak buah saya, 29 April yang lepas..
Saiz bantal ni lebih kurang 8inch x 8inch...sebab tu saya namakan MINI.
Bantal ni khusus untuk dijadikan bantal busuk sahaja..kekeke.

Cuma untuk 1st trial ni agak tak kemaslah pasal nak pasang bias tepi tu tak pandai lagi. Buat malu je ngan tailor yang dah pro..huhuhu..

Kebanyakkan crafter buat guna kain flannel, kain felt & adik-beradiknya tapi saya guna kain cotton untuk buat sarung bantal ni. Pada saya warna putih lebih menyerlahkan warna-warni felt yang kita deco kat kain.

Ok, sebelum tu. Bantal ni terdiri daripada sarung bantal yang boleh dibuka dan dibasuh ye & bantalnya sekali. Tak mati macam tu jerk. Kalau dah kotor boleh basuh tapi cara basuh jangan pulak campak dalam washing machine. Haruslah celop-celop sudahh...keke.

Hari ni cuti Hari Pekerja. Jadi SELAMAT BERCUTI untuk anda semua.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^