05 May 2012

Mini Bantal Busuk Lagiii...Betul-betul Busuk!!!

Assalamualaikum =)

Mini bantal busuk lagi....
Cubaan kedua...alhamdulillah lebih elok sikit daripada cubaan pertama hari tu..hee

Saya buat mini bantal busuk ni sebagai hadiah perkahwinan kawan sekolah pada 29 April 2012 kelmarin..
Suzilla Binti Abd Razak & suaminya Mohd Khairul Anuar.
Sebenarnya boleh je nak beli hadiah lain tapi tiba-tiba rasa nak bagi bantal lah...haa hadiah dari air tangan sendiri ni..tak pernah saya buat pun sebelum ni..



Awal-awal ni rasa seronok sangat jahit backstitch... =D
Asben sibuk tanya, sempat ke nak siap? Maklum majlisnya esok, petang ni baru terkedek-kedek nak buat dengan order orang yang terbengkalai lagi..mau tak neves tapi dah gatal nak bagi bantal busuk..nasib baik sempat jugak siap walaupun buat last minute..

Nampak macam mudah je kan tapi beginner macam saya ni, terhegeh-hegehlah jugak nak buatnya kan...(sekali lagi nak cakap, malu dengan tailor yang expert...huhu)


Harap kak ji suka dengan bantal busuk ni..huhuhu
Semoga kak ji dan suami kekal bahagia dunia akhirat dalam rahmat-Nya & Selamat Pengantin Baru.
Suka tengok kak ji aritu, cantik dalam persalinan gold... ;)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^