02 May 2012

Potong Jangan Tak Potong

Assalamualaikum =)

Simple entry hari ini... =D


Haa...mesti korang tau kan gambar apa benda kat atas ni.
Hari tu saya beli setengah meter setiap color, tiap kali potong saya potong 1/2 dari A4 supaya mudah saya nak potong kepada bentuk-bentuk yang saya nak.
Kejap je habis..lepas tu try potong saiz A4 pulak..aihhh cepat jugak habis..bukan jual tau kain felt ni tapi buat keychain, brooch..hehe..lama-lama rasa tak suka nak potong kain felt sebab nak potong dari saiz besar ke kecik makan masa lah jugak.

Jadi penyelesaiannya saya kena potong bagi habis semua kain felt ni jadi kecik-kecik, senang sikit tinggal ambik dan potong pada bentuk-bentuk, nak simpan pun senang. Mula-mula potong saiz half A4 sebab ingat takda orang nak order..huhuhu...alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.

Sebelum saya beli dalam kuantiti yang banyak, saya beli pakej promosi yang crafter lain jual. Jadi tak payah susah-susah nak potong sebab diorang dah memang jual saiz A4. Banyak crafter jual pakej felt murah-murah. Kalau korang nak korang cari jela, mesti ada punya. ;D


Yang ni pulak foam sheet.
Saiz besar tu kena potong sendiri. Saiz A4 color biru gelap tu wording dah siap potong & terus boleh guna.
Ada pulak block numbering & alphabet tu kan..keke..
Saya masih belum fikir lagi nak buat apa dengan foam sheet ni memandangkan ada peralatan lain yang saya takde jadi kena peram dulu lah...

Jadi, hari ni kerja saya nak potong kain felt ni kepada saiz yang kecil.
Nanti saya update yang dah siap potong.. =D

Ohhh yaa..saya tak jual kain felt / foam sheet ye. =)
Entry ni saje nak cerita aktiviti saya hari ni je..hiks
Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

mana nak beli kain felt ni yer??

Jom LIKE Page Inspire Design ^^