24 June 2012

Hari Kedua Di Bazar Kota Tinggi

Assalamualaikum =)

Heee...patutnya update tiap-tiap hari tapi hari ni ngada-ngada nak buat 2 entry untuk dua hari yang berbeza. Buat kenangan di masa akan datang. huhuhu

Hari kedua di Bazar Kota Tinggi, Sabtu-23 Jun 2012.


Dapat ambik satu gambar je.
Hari kedua barang dah bertambah sikit. Nampaklah penuh meja tu tapi masih takde alas meja. Lain kalilah beli.hik..

Hari kedua lampu pun dah ada, baru beli. Hari pertama semalam tumpang cahaya orang sebelah je.kekeke..kesian customer nak tengok warna-warni dalam gelap. InsyaAllah, semua kelemahan & kekurangan akan diperbaiki hari demi hari. cewahhh..

Pagi Sabtu hari yang sama, saya ada letak sikit barang-barang kat sekolah sempena Karnival Sivik & Kewarganegaraan. Disebabkan nak penuhkan meja untuk jualan kelas, saya letak barang-barang saya sikit. Sambutan bukan main hebat lagi...syukur. =) Gambar tak dapat lagi, esok-esok dah dapat saya tempel kat sini. Sambil budak-budak beli, promote lah sikit kat diorang suruh datang booth. So malam tu adalah dua tiga orang yang datang. Alhamdulillah. Rasa berbesar hati sangat-sangat sebab student datang kat booth.

Hari semalam jugak saya rasa hampir nak pitam masa ambik wudhu kat surau Kota Tinggi. Takut betul sebab mata dah berpinar-pinar. Rasanya sebab kurang rehat, 3 ke 4 hari saya tak cukup tidur, dengan aktiviti kat sekolah lagi lepas tu balik rumah nak buat stok. Pukul 5 dah gerak nak bukak booth. Memang amat memenatkan tapi seronok dapat pengalaman macam ni. Bukan senang tau nak uruskan macam-macam kerja.huhuhu...Yang paling best dapat kenal dengan peniaga-peniaga lain. Suasana berniaga tak sama dengan suasana kat sekolah. Pengalaman yang berbeza tapi tetap menyeronokkan.

Jumpa lagi malam ni di Bazar Kota Tinggi. Warga Singapura jangan lupa datang ye. ;)
Sekian.

Jumpa Kami Di Sanaaa... Bazar Kota Tinggi

Assalamualaikum =)

Hampir seminggu saya membiarkan blog terbiar tak update.
Seminggu dua ni agak sibuk nak buat stok untuk diletakkan di booth yang bertempat di Bazar Kota Tinggi. :)
Alhamdulillah impian nak bukak booth tercapai walaupun barang tak berapa banyak pun.huhuhu...
Tanpa perancangan yang agak rapi saya mula bukak booth secara tiba-tiba. kekeke

Kat bawah ni gambar hari pertama,Jumaat- 22 Jun 2012. Takde alas meja pun. Belasah je dulu apa yang ada. Akan datang boleh tambah apa yang patut.



Suasana malam...

Hari pertama amat memberangsangkan. Puas hati sangat walaupun barang ciput bebenor.

Nak cerita sikit pasal bazar yang saya join ni, ada orang sebut Pasar Karat Kota Tinggi, ada jugak yang panggil Bazar. Tapi serius suasana macam bulan puasa. Best! Bazar Kota Tinggi mula berniaga dari pukul 6 petang hingga 12malam setiap hari tanpa henti...waaaahhh itu sangat mencabar buat saya yang barang secoet ni. Selain tu ada macam-macam lagi terutama sekali barang-barang kering, baju, beg, kasut, aksesori dan lain-lain.

Jadi sesiapa yang berada di sekitar Kota Tinggi bolehlah datang ke Pasar Karat, manalah tau boring duduk kat rumah malam-malam bolehlah jalan-jalan. Warga Singapura yang nak dapatkan produk dari Inspire Design boleh datang sini ye. Tak jauh pun kan. =D

Sekian.

18 June 2012

Cinta Hijau Si Bantal Busuk

Assalamualaikum  =)

Lagi order mini bantal busuk dari regular customer, Nadia.


Tema mini bantal busuk permintaan Nadia ialah color hijau. ;)


Mini bantal busuk ni katanya untuk diberikan sebagai hadiah perkahwinan kawan Nadia. Saya pun tak pasti bila tarikhnya.



Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada kawan Nadia. Semoga dia juga gembira dengan hadiah mini bantal busuk ni. =D

Sekian.

16 June 2012

Pink & Purple Yang Memang Cun!

Assalamualaikum =)

Kat bawah ni adalah order Anisah dari Brunei Darussalam. 



Anisah nakkan color pink & purple untuk digunakan masa hari perkahwinannya. Saya tak pasti sama ada wedding Anisah sendiri atau orang lain. Apapun terima kasih sebab sudi order dengan Inspire Design. =)
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada bakal pengantin.

Sekian.

14 June 2012

Sepit Rambut Untuk Si Cilik

Assalamualaikum =)

Dalam duk fikir-fikir nak buat apa maka terhasillah sepit rambut bunga ni hasil ciplakan dari mana pun tak taulah. Saya yakin ramai je yang buat pattern macam ni, maafkan saya kalau ianya sebijik dengan anda punya ye. >.<

Sebelum ni saya buat sepit guna kain cotton je. Sekarang ni baru 1st time buat guna kain felt. Kena gelak jela kan, orang lain dah jauh berlari ke depan, saya baru merangkak nak buat sepit guna felt.heee...takpelah. Pelan-pelan pun okeh apa. Kadang-kadang tu rasa macam-macam nak buat, nak buat itu nak buat ini sampai masa satu hape pun tak jadi. Ber"crafting" dalam mimpi jela. kuikuikui...

Sekian.

12 June 2012

Kawan Baru Saya ;)

Assalamualaikum =)

Minggu lepas saya beli plier.
Beli dengan sape lagi kalau bukan SUS. :D


Alhamdulillah, lepas ni bolehlah buat kraf guna plier ni pulak.
Rasanya macam-macam boleh buat kan?
Tengoklah nanti apa yang jadi.
Tapi paling takut, tak terjadi-jadi pulak...huhuhu


Sekian.

10 June 2012

Felt Book - Bersih Lagi Suci

Assalamualaikum =)

Sebelum cuti sekolah yang lepas, saya dapat order untuk buat scrap book menggunakan felt. Saya rasa customer saya ni student sebab dia nak buat untuk assignment.


Beliau order hari selasa dan nak saya pos hari khamis minggu tu jugak. Kepala otak jadi jem sekejap. Saya kan dah keje walaupun untuk sementara jek tapi masa free saya agak terhad. Biasanya saya buat order pelan-pelan jek, ambik masa sikitlah kan. Tapi bila fikir balik, kalau buat yang simple insyaAllah boleh. Lagipun buat cover jek. time ni macam ala-ala tamak haloba pun ye..haha. Maklumlah kena buat benda baru.


Sebagai penyelesaian, saya buat bunga besar sekuntum lepas tu hiaslah sikit dengan rama-rama. Kat rumah dapat potong bentuk-bentuk, tampal dan jahit sikit. Selebihnya saya jahit kat sekolah. Curi-curi masa sikit menjahit, kalau tak memang tak sempatlah nak siap.

Ni dia rama-ramanya...


Atas permintaan customer jugak, beliau nak tepi buku diikat dengan reben polkadot merah. Tapi saya tambah dengan reben polkadot putih.


Ni bahagian dalam buku. Saya deco sikit kat dalam. Bahagian dalam kertasnya diselang-selikan putih dan merah. Alhamdulillah, customer suka. Saya lagi suka.... =D

Sekian.

08 June 2012

Bantal Busuk Peneman Tidur Mu

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah dapat saya siapkan mini bantal busuk.
Sekarang ni trend saya ambik gambar asal boleh jek. =D


Atas permintaan customer, beliau nakkan sarung bantal warna merah. Mula-mula saya memang nak buat color putih je. Senang saya nak mix & match kan color tapi tak sampai hati pulak kata tidak, jadi saya cari jelah kain merah. Tak susah pun sebenarnya cari kain cuma saya ni tak berani nak combine kan color, takut jadi pelik.huhuhu


Saya masih lagi belajar untuk jahit sarung bantal dengan lebih baik. InsyaAllah saya akan perbaiki kelemahan yang saya fikir telah berlaku pada bantal-bantal yang pernah saya buat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan bantal pertama yang saya buat hari tu, yang sekarang ni jauh lebih baik. InsyaAllah akan datang mungkin lebih baik, siapa tahu kan? Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Cewahhh...

Sekian.

05 June 2012

Pilihan Pin Kreatif Yang Mendamaikan Hati

Assalamualaikum =)

Lagi order yang telah saya siapkan. Alhamdulillah rejeki lagi.

Ada macam-macam jenis brooch. Bagus customer ni, banyak bentuk dia pilih..heeee

Pin Bunga Kemboja...

Seperti yang saya katakan pada entry sebelum ni. Saya akan tutup order untuk pin bunga & beberapa item lain. Boleh ke ek???

Ermmm...payahnya nak buat keputusan.

03 June 2012

Pelbagai Kerongsang Buatan Tangan Untuk Digayakan

Assalamualaikum =)

Kat bawah ni ialah order-order yang telah saya terima.

 Campur pin reben, pin reben polkadot, pin matahari & pin kemboja.


 Yang ni dah lama betul tak buat, klip reben & klip bunga. Dalam jangkaan saya, saya rasa saya dah taknak terima order untuk sepit bunga & reben ni.huhuhu...

 Ni order dari salah seorang regular customer saya. Bunga ni pun rasanya macam dah tak nak kuarkan lagi je..hahahha

 ni isi di dalam plastik kat atas

ni pun isi dalam plastik kat atas tuu..

Alhamdulillah, inilah rezeki yang saya terima. Mudah-mudahan tak surut..heeee
Sebenarnya saya dah berkira-kira nak tutup order untuk beberapa item, antaranya pin bunga, klip reben & klip bunga. Banyak sebab saya perlu tutup order tapi tak payahlah saya mention kat sini apa sebabnya. Buat masa ni keputusan belum lagi diputuskan. Jadi order masih dibuka.

Sejak akhir-akhir ni saya macam dah tak cukup masa nak ambil gambar sebelum packing (padahal kerja setengah hari je pun, busy lebih konon...kuikuikui). Bila dah masuk dalam plastik barulah nak ambil gambar. Bukan apa, dah siap je terus packing dan terus asingkan ikut nama customer. Takot bercampur pulak. Ada sekali tu dah siap bungkus tetiba teringat belum ambik gambar...huuuuu letih rasa. Kalau setakat gambar-gambar yang dah biasa saya keluarkan takpe jugak tapi ni benda yang baru saya nak perkenalkan, apa lagi kalau tak mini bantal busuk tu.huhuhu...

Oklah, sampai sini saja. Sekian.

01 June 2012

Felt For Kids

Assalamualaikum =)

Mood saya kurang baik disebabkan internet ni masih tak betul lagi...tetiba terpikir, apsal tak report je kat Encik TM tuh kan..huhu

Bayangkanlah saya dah taip dengan agak panjanglah jugak tiba-tiba internet dah tak boleh connect dengan blogger.com ni...cettt...sabor jela. Gambar pun tak upload 100%...facebook pun sama, log in boleh tapi bila nak baca inbox terus disconnected. huhuhu...geram betol.

Oklah, stop pasal emosi. Kat bawah ni saya nak kongsi aktiviti yang boleh korang buat dengan anak-anak dengan menggunakan material felt. Yang ni saya buat dengan anak-anak buah. Maklum cuti sekolah, diorang baliklah rumah atok nenek. Yang saya ni memang duduk rumah mak ayah pun / atok nenek diorang.hehehe..

Tengah saya syok buat order, diorang ni menyibuk-nyibuk nak tolong. Jadi, saya bagi diorang buat hasil air tangan diorang sendiri.


Bahan-bahannya terpulang pada korang. Yang ni saya guna apa yang ada je, kain felt yang dah berzaman saya potong dan tak disentuh-sentuh lagi saya bagi kat anak-anak buah untuk diorang deco sendiri. Saya letakkan sikit butang, sepit rambut, klip kertas, ring & bahan-bahan lain. Sibuk diorang tanya, "ucu nak buat apa ni?"



Diorang dah start deco, mula-mula buat keychain lepas tu klip kertas/bookmark, akhir sekali buat sepit rambut.


Dengan bantuan ucu menampal, akhirnya siap jugak. Asyik pakai jela sepit rambut tuh.keke. Walaupun kita tengok macam kelakor rupanya tapi percayalah budak-budak akan rasa bangga dan suka sangat sebab diorang dapat hasilkan kraf hasil tangan diorang sendiri. heeee...

Ohohoho mencabar betul nak post satu entry ni, bape kali disconnected. Sabor jela...huhu..

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^