10 June 2012

Felt Book - Bersih Lagi Suci

Assalamualaikum =)

Sebelum cuti sekolah yang lepas, saya dapat order untuk buat scrap book menggunakan felt. Saya rasa customer saya ni student sebab dia nak buat untuk assignment.


Beliau order hari selasa dan nak saya pos hari khamis minggu tu jugak. Kepala otak jadi jem sekejap. Saya kan dah keje walaupun untuk sementara jek tapi masa free saya agak terhad. Biasanya saya buat order pelan-pelan jek, ambik masa sikitlah kan. Tapi bila fikir balik, kalau buat yang simple insyaAllah boleh. Lagipun buat cover jek. time ni macam ala-ala tamak haloba pun ye..haha. Maklumlah kena buat benda baru.


Sebagai penyelesaian, saya buat bunga besar sekuntum lepas tu hiaslah sikit dengan rama-rama. Kat rumah dapat potong bentuk-bentuk, tampal dan jahit sikit. Selebihnya saya jahit kat sekolah. Curi-curi masa sikit menjahit, kalau tak memang tak sempatlah nak siap.

Ni dia rama-ramanya...


Atas permintaan customer jugak, beliau nak tepi buku diikat dengan reben polkadot merah. Tapi saya tambah dengan reben polkadot putih.


Ni bahagian dalam buku. Saya deco sikit kat dalam. Bahagian dalam kertasnya diselang-selikan putih dan merah. Alhamdulillah, customer suka. Saya lagi suka.... =D

Sekian.

1 comment:

nurhaziqah_ikah said...

cantiklah. macam nk order plk

Jom LIKE Page Inspire Design ^^