24 June 2012

Jumpa Kami Di Sanaaa... Bazar Kota Tinggi

Assalamualaikum =)

Hampir seminggu saya membiarkan blog terbiar tak update.
Seminggu dua ni agak sibuk nak buat stok untuk diletakkan di booth yang bertempat di Bazar Kota Tinggi. :)
Alhamdulillah impian nak bukak booth tercapai walaupun barang tak berapa banyak pun.huhuhu...
Tanpa perancangan yang agak rapi saya mula bukak booth secara tiba-tiba. kekeke

Kat bawah ni gambar hari pertama,Jumaat- 22 Jun 2012. Takde alas meja pun. Belasah je dulu apa yang ada. Akan datang boleh tambah apa yang patut.



Suasana malam...

Hari pertama amat memberangsangkan. Puas hati sangat walaupun barang ciput bebenor.

Nak cerita sikit pasal bazar yang saya join ni, ada orang sebut Pasar Karat Kota Tinggi, ada jugak yang panggil Bazar. Tapi serius suasana macam bulan puasa. Best! Bazar Kota Tinggi mula berniaga dari pukul 6 petang hingga 12malam setiap hari tanpa henti...waaaahhh itu sangat mencabar buat saya yang barang secoet ni. Selain tu ada macam-macam lagi terutama sekali barang-barang kering, baju, beg, kasut, aksesori dan lain-lain.

Jadi sesiapa yang berada di sekitar Kota Tinggi bolehlah datang ke Pasar Karat, manalah tau boring duduk kat rumah malam-malam bolehlah jalan-jalan. Warga Singapura yang nak dapatkan produk dari Inspire Design boleh datang sini ye. Tak jauh pun kan. =D

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^