31 July 2012

Ole-ole Bulan Ramadhan...Giveaway ni, meh le join!!

Assalamualaikum =)

Hahh entry pendek...saya nak bagi hadiah ni.
Sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke-2 hari ni (31 Julai 2010), alhamdulillah.

Esok pun dalam perancangan nak bagi hadiah lagi sebab esok ulangtahun kelahiran saya dan mak saya (1 Ogos). Jangan jeles tau, kami kongsi tarikh lahir. Susah nak jumpa ni..kekekek...agaknyalah!


Cara nak join Ole-ole dari Inspire Design ni mudah je. Hanya SHARE kat FACEBOOK. Nanti saya pilih secara rawak siapa yang menang. Hadiah??Gambar  dia atas hanyalah hiasan.hee..

Joinlah ye. Maceh!

30 July 2012

Restock! ^__^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah dapat jugak saya restock beberapa item untuk minggu ni.
Takde lah banyak sangat pun. =D

Antara yang saya dapat restock :

1. Pin Rama-Rama ( Belian runcit sahaja)
2. Pin Bunga ( Borong) - ada mix & sepasang-sepasang
3. Pin Bunga Layer ( Borong) - ada mix & sepasang-sepasang

Nak muntah-muntah jugak buat benda alah ni banyak-banyak bulan puasa ni. huhu...Vick Inhaler sentiasa di sisi, asal rasa dah muak je bau vick kejap. Lepas tu sambung balik.huhuhu...

Sebelum tu saya nak bagitau untuk Pin Bunga & Pin Bunga Layer saya dah siap packing 30pcs setiap pack. Ada pack yang sepasang-sepasang, jadi ada 15pasang dalam satu pack & ada jugak saya pack mix maknanya ada yang sepasang & ada yang single. Masa order nanti bagitau nak yang sepasang atau mix ye.

Sekian.

24 July 2012

Stok Yang Tinggal =D

Assalamualaikum =)

Ahaaa...baru siap buka puasa ni. Menu ringkas hari ni bubur lambuk, donut sambal, kuih keria & sunquick..bubur lambuk ambik kat masjid, kuih beli. Air je buat sendiri.hihihi...jimat kan?

Ok ok sebenarnya saya hanya nak update stok yang tinggal, bukan nak membebel.
Ready stock item yang terkini :

1. Reben Polka Dot
2. Pin Bunga XL
3. Pin Reben saiz M
4. Pin Melur

Tempahan untuk custom made order pun saya tutup dengan rasminya hari ni.hehe..dah pening-pening kepala ni tak sampai hati menolak order. Ohhh mungkin ada yang tak tau, custom made order yang saya maksudkan ialah seperti keychain nama, mini bantal busuk..

Sekarang ni saya akan keluarkan ready stock je. Sepanjang bulan Ramadhan ni jugak saya keluarkan stok yang boleh dibeli secara runcit.

Mana-mana yang dah out of stock tu, insyaAllah jika ada kesempatan untuk saya restock 2 minggu sebelum raya akan saya update kemudian. Buat masa sekarang ni memang tak dapatlah ye. Nak setelkan tempahan yang sedia ada dulu.

Ok, sekian pengumuman penting dari saya hari ni. =)

Upss lupa pulak, saya akan update pelbagai jenis baju kat facebook page ye dalam masa terdekat ni, ada jubah, baju kurung dan lain-lain lagi. Nanti bolehlah order untuk raya ye.

Terlambat nak keluarkan baju gara-gara buat kerongsang kreatif ni. Mencabarkan jadi crafter ni. Tangan sampai sakit-sakit..asyik suh asben urut jek.hihihi...ehhh membebel pulak. Ok daaa...

Ramadhan Raya Sales : Pin Rama-Rama

Assalamualaikum =)

Hari ni keluar Pin Rama-Rama pulak...
Dulu saya pernah buat pin butterfly tapi versi lain.. ;D
Yang ni saya buat khusus untuk belian runcit sepanjang bulan Ramadhan ni, saya tak buka untuk borong dulu ye sebab kesuntukan masa nak buat. Untuk belian runcit ni pun sikit je dulu, mana yang sempat je.huhuhu


Colorful kan?
Macam brooch yang lain tu, semua colorful. Tak tau bila nak buat brooch yang ala-ala dewasa punya, pasal jiwa saya ni masih muda belia remaja(tak sedar diri!!keke)


Harga??? Boleh ke e-store saya sekarang jugak! =D
Sekian.

23 July 2012

Ramadhan Raya Sales : Pin Bunga Layer

Assalamualaikum =)

Hari ni update belian runcit untuk pin bunga layer pulak.


Belian borong untuk pin bunga layer masih dibuka sebab ready stock tapi dah tinggal sikit jugak. Sape nak cepat-cepat order ye.

Nak order sikit-sikit boleh tengok code kat e-store ye. Link ada kat atas tu ha.. =D

Maseh semua.

22 July 2012

Ramadhan Raya Sales : Pin Sakura

Assalamualaikum =)

Haa sementara tunggu buka puasa ni, saya update untuk belian runcit sepanjang Ramadhan ni. huhuhu...
Untuk pengetahuan, hanya ada beberapa item saja yang saya terima untuk belian borong sempena nak raya ni. Kalau nak tau, boleh emel atau sms saya.


Malam ni saya kuarkan pin sakura dulu.
Baru ambik gambar ni je tengahari tadi lepas tu tidur tak sedar diri..hohoho...

Nak order, boleh ke e-store tengok code ek. ;)

SELAMAT BERBUKA PUASA.

Taman Bunga Ada Di Sini

Assalamualaikum =)

Ni entry yang dah berzaman kat draft blog ni..huhu..terlupa nak post.
layan jela ek..tak ingat ntah sape yang order..ayat-ayat sebelum ni yang saya dah siap-siap reka pun dah delete..hihi..tak sesuai di update untuk hari ni..



Sejak akhir-akhir ni, saya terima banyak tempahan pin/kerongsang. Alhamdulillah. =)

PIN MATAHARI dah OUT OF STOCK ye

Jadi sekarang saya tutup order untuk pin matahari. Sekarang ni kekurangan masa nak buat stok, insyaAllah kalau ada lagi saya akan keluarkan semula. ;)

21 July 2012

Selamat Berpuasa (=

Assalamualaikum =)



Semoga Ramadhan kali lebih baik berbanding Ramadhan sebelum ini. =)

Sekian.

17 July 2012

Paling Hangat!!!

Assalamualaikum =)

Sekali lagi syukur pada Yang Maha Esa atas rezeki yang telah diberikan. Alhamdulillah.
Hari ni saya cuma nak bagitau 'top selling' produk yang saya keluarkan bagi 3-4 minggu kebelakangan ini.
Saya senaraikan di bawah mengikut urutan. Ini adalah order yang paling banyak saya terima, yang lain tu ada jugak tapi tak sebanyak yang saya senaraikan kat bawah. Tak bermakna jugak, item lain saya tak terima ye. Mana yang ada kat katalog/e-store tu insyaAllah saya sentiasa buka untuk order.


1. PIN BUNGA BULAT
2. FLAT KEYCHAIN NAMA
3. PIN BUNGA KEMBOJA
4. RAFFLESIA FELT FLOWER
5. SEPIT RAMBUT
6. PIN BUNGA LAYER

Satu je yang saya terkilan (sebenarnya tak terkilan sangat pon..kui3), bila dah siapkan order saya tak ambik gambar. Adalah jugak ambik sikit itupun asben ambik pakai kamera hp dia.huhuhu...malas giler nak ambik gambar. Tapi kalau saya letak pun jadilah macam entry sebelum ni. Balik-balik gambar tu jugak. Boring kan?

Seperkara lagi, buat bakal-bakal pelanggan (cewahhh!!!).
Semua item yang saya buat adalah hasil tangan saya sendiri, jadi tempoh untuk menyiapkan order mengambil masa lebih dari seminggu, sebulan atau lebih bergantung kepada senarai order yang saya terima ( yang telah bayar deposit / full payment).

Saya pernah ditanya oleh seorang customer bila saya cakap, saya tak dapat siapkan order dalam masa sekian-sekian. Mungkin customer ni tak biasa order online & tanya saya, "kenapa tak boleh siap cepat?? busy sangat ke???". Ohh, sesungguhnya saya dah tak tau nak jawab cemane.

Ada blogshop akan senaraikan nama customer kat blog, jadi customer boleh tau status diorang samaada dalam proses, dah siap atau belum buat lagi. Tapi saya tak rajin nak bukak blog hari-hari untuk update list order macam tu. Tu masalah saya, jadi saya hanya catat kat buku rekod saya sendiri.

Kebiasaanya untuk brooch, insyaAllah masa untuk saya siapkan tak la lama sangat berbanding keychain & bantal. Ada brooch yang ready stock, so bila-bila masa boleh pos. Jadi kesimpulannya, saya harap sangat-sangat anda faham kesulitan saya supaya tak suruh saya buat order cepat-cepat. Kalau kelam-kabut, hasil pun tak memuaskan betol tak?

Bulan puasa ni saya kira order dah melambak-lambak. Mudah-mudahan dapat siapkan selewat-lewatnya seminggu sebelum raya sebab rasanya pos ofis akan tutup awal. Jadi sekarang ni saya masih terima order lagi sekiranya anda tak kisah kalau siap selepas raya.huhuhu...sebenarnya saya nak tutup order tapi ada pulak yang tanya takde ke buat sale untuk nak raya ni. Masing-masing nak jual brooch untuk raya. InsyaAllah saya akan usahakan buat sale sempena bulan Ramadhan dan Syawal nanti & giveaway sekali, itupun sekiranya masa mengizinkan saya.

Sekian.

13 July 2012

Pin Bunga Bulat Datang Bergolek-golek

Assalamualaikum =)

Hari ni saya update pin/kerongsang baru.
Baru di Inspire Design tapi dah lapuk di blog crafter lain. kekeke...
Saya kan selalu lambat...takpe, pelan-pelan pun hokeh. ;)


Saya namakan pin/kerongsang ni sebagai Pin Bunga Bulat.
Saya dah google, ada nama bunga Bunga Bulat. Kira okehlah kan, memang bulat pun. =P

Untuk info boleh tengok di e-store ye.
Sekian.

12 July 2012

Keychain Pilihan Baru

Assalamualaikum =)

Saya dah cuba nak update blog tapi masa sangat mencemburui saya. cewahhh..
Alhamdulillah, sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai ni.
Yang gembira ada, yang sedih pun ada. Tapi mudah-mudahan apa yang berlaku ni tak memutuskan semangat saya untuk terus berjuang demi Inspire Design Enterprise.

Saya rasa seolah-olah Inspire Design telah dilahirkan semula sebab sambutan pelanggan terhadap produk Inspire Design sungguh mengejutkan saya, sama seperti dua tahun yang lepas. Mudah-mudahan sambutan ini akan terus meningkat dan meningkat seiring dengan pertambahan produk dan servis, insyaAllah.

Sepanjang kebisuan yang melanda blog saya, banyak benda yang saya dah buat secara spontan dan dirancang..huhu. Antaranya gambar kat bawah ni...


Yang kat bawah ni pulak tempahan dari pelanggan di Bazar Kota Tinggi.
Sebenarnya saya tak bukak order di bazar lagi memandangkan banyak benda saya kena selesaikan dulu.
Pada saya banyak persiapan perlu saya buat sebelum ambil tempahan dari pelanggan di booth.
Tapi sekarang ni buat sementara waktu saya stop berniaga di Bazar Kota Tinggi. Tak pasti sampai bila, insyaAllah jika ada rezEki pasti saya bukak booth lagi.

Satu perkara yang best bila bukak booth ni, banyak benda baru yang saya buat secara spontan kat booth semata-mata nak tambah macam-macam pilihan untuk pelanggan. Memang best!


Apa pun saya ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua pelanggan yang saya jumpa di booth. Sambutannya hanya Allah yang tahu. huhu.. terharu sangat-sangat!

Saya ni agak skema orangnya, jadi ayat dalam blog ni pun agak skema. Kalau ada tulis gelak-gelak tu dah macam tak kena jek.erkkk!!! Saya tak pandai melawak bila menulis.huhu...
Sekian. harap anda tidak bosan membaca. ;)

03 July 2012

Dulu Inspire Design...sekarang Inspire Design Enterprise

Assalamualaikum =)

Lama betul tak update blog. Busy sungguh kononnya. >.<

Harini update sebab nak bagitau secara rasminya Inspire Design telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama INSPIRE DESIGN ENTERPRISE.


Alhamdulillah, penantian yang ntah untuk berapa lama kini berakhir. huhuhu...jenuh nak tunggu punya ramai orang nak renew lesen la, register company baru la & macam-macam hal lagi. Tapi hari ni alhamdulillah turn saya pulak. Selesai sudah. Lepas ni boleh berniaga sesuka hati di mana-mana saja. =D

Terima kasih kepada pelanggan yang selama ini setia bersama Inspire Design sejak Februari 2010. Tanpa anda siapalah saya. InsyaAllah lepas ni akan ada produk-produk lain yang sudah dalam perancangan. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amin.

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^