12 July 2012

Keychain Pilihan Baru

Assalamualaikum =)

Saya dah cuba nak update blog tapi masa sangat mencemburui saya. cewahhh..
Alhamdulillah, sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai ni.
Yang gembira ada, yang sedih pun ada. Tapi mudah-mudahan apa yang berlaku ni tak memutuskan semangat saya untuk terus berjuang demi Inspire Design Enterprise.

Saya rasa seolah-olah Inspire Design telah dilahirkan semula sebab sambutan pelanggan terhadap produk Inspire Design sungguh mengejutkan saya, sama seperti dua tahun yang lepas. Mudah-mudahan sambutan ini akan terus meningkat dan meningkat seiring dengan pertambahan produk dan servis, insyaAllah.

Sepanjang kebisuan yang melanda blog saya, banyak benda yang saya dah buat secara spontan dan dirancang..huhu. Antaranya gambar kat bawah ni...


Yang kat bawah ni pulak tempahan dari pelanggan di Bazar Kota Tinggi.
Sebenarnya saya tak bukak order di bazar lagi memandangkan banyak benda saya kena selesaikan dulu.
Pada saya banyak persiapan perlu saya buat sebelum ambil tempahan dari pelanggan di booth.
Tapi sekarang ni buat sementara waktu saya stop berniaga di Bazar Kota Tinggi. Tak pasti sampai bila, insyaAllah jika ada rezEki pasti saya bukak booth lagi.

Satu perkara yang best bila bukak booth ni, banyak benda baru yang saya buat secara spontan kat booth semata-mata nak tambah macam-macam pilihan untuk pelanggan. Memang best!


Apa pun saya ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua pelanggan yang saya jumpa di booth. Sambutannya hanya Allah yang tahu. huhu.. terharu sangat-sangat!

Saya ni agak skema orangnya, jadi ayat dalam blog ni pun agak skema. Kalau ada tulis gelak-gelak tu dah macam tak kena jek.erkkk!!! Saya tak pandai melawak bila menulis.huhu...
Sekian. harap anda tidak bosan membaca. ;)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^