17 July 2012

Paling Hangat!!!

Assalamualaikum =)

Sekali lagi syukur pada Yang Maha Esa atas rezeki yang telah diberikan. Alhamdulillah.
Hari ni saya cuma nak bagitau 'top selling' produk yang saya keluarkan bagi 3-4 minggu kebelakangan ini.
Saya senaraikan di bawah mengikut urutan. Ini adalah order yang paling banyak saya terima, yang lain tu ada jugak tapi tak sebanyak yang saya senaraikan kat bawah. Tak bermakna jugak, item lain saya tak terima ye. Mana yang ada kat katalog/e-store tu insyaAllah saya sentiasa buka untuk order.


1. PIN BUNGA BULAT
2. FLAT KEYCHAIN NAMA
3. PIN BUNGA KEMBOJA
4. RAFFLESIA FELT FLOWER
5. SEPIT RAMBUT
6. PIN BUNGA LAYER

Satu je yang saya terkilan (sebenarnya tak terkilan sangat pon..kui3), bila dah siapkan order saya tak ambik gambar. Adalah jugak ambik sikit itupun asben ambik pakai kamera hp dia.huhuhu...malas giler nak ambik gambar. Tapi kalau saya letak pun jadilah macam entry sebelum ni. Balik-balik gambar tu jugak. Boring kan?

Seperkara lagi, buat bakal-bakal pelanggan (cewahhh!!!).
Semua item yang saya buat adalah hasil tangan saya sendiri, jadi tempoh untuk menyiapkan order mengambil masa lebih dari seminggu, sebulan atau lebih bergantung kepada senarai order yang saya terima ( yang telah bayar deposit / full payment).

Saya pernah ditanya oleh seorang customer bila saya cakap, saya tak dapat siapkan order dalam masa sekian-sekian. Mungkin customer ni tak biasa order online & tanya saya, "kenapa tak boleh siap cepat?? busy sangat ke???". Ohh, sesungguhnya saya dah tak tau nak jawab cemane.

Ada blogshop akan senaraikan nama customer kat blog, jadi customer boleh tau status diorang samaada dalam proses, dah siap atau belum buat lagi. Tapi saya tak rajin nak bukak blog hari-hari untuk update list order macam tu. Tu masalah saya, jadi saya hanya catat kat buku rekod saya sendiri.

Kebiasaanya untuk brooch, insyaAllah masa untuk saya siapkan tak la lama sangat berbanding keychain & bantal. Ada brooch yang ready stock, so bila-bila masa boleh pos. Jadi kesimpulannya, saya harap sangat-sangat anda faham kesulitan saya supaya tak suruh saya buat order cepat-cepat. Kalau kelam-kabut, hasil pun tak memuaskan betol tak?

Bulan puasa ni saya kira order dah melambak-lambak. Mudah-mudahan dapat siapkan selewat-lewatnya seminggu sebelum raya sebab rasanya pos ofis akan tutup awal. Jadi sekarang ni saya masih terima order lagi sekiranya anda tak kisah kalau siap selepas raya.huhuhu...sebenarnya saya nak tutup order tapi ada pulak yang tanya takde ke buat sale untuk nak raya ni. Masing-masing nak jual brooch untuk raya. InsyaAllah saya akan usahakan buat sale sempena bulan Ramadhan dan Syawal nanti & giveaway sekali, itupun sekiranya masa mengizinkan saya.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^