24 July 2012

Stok Yang Tinggal =D

Assalamualaikum =)

Ahaaa...baru siap buka puasa ni. Menu ringkas hari ni bubur lambuk, donut sambal, kuih keria & sunquick..bubur lambuk ambik kat masjid, kuih beli. Air je buat sendiri.hihihi...jimat kan?

Ok ok sebenarnya saya hanya nak update stok yang tinggal, bukan nak membebel.
Ready stock item yang terkini :

1. Reben Polka Dot
2. Pin Bunga XL
3. Pin Reben saiz M
4. Pin Melur

Tempahan untuk custom made order pun saya tutup dengan rasminya hari ni.hehe..dah pening-pening kepala ni tak sampai hati menolak order. Ohhh mungkin ada yang tak tau, custom made order yang saya maksudkan ialah seperti keychain nama, mini bantal busuk..

Sekarang ni saya akan keluarkan ready stock je. Sepanjang bulan Ramadhan ni jugak saya keluarkan stok yang boleh dibeli secara runcit.

Mana-mana yang dah out of stock tu, insyaAllah jika ada kesempatan untuk saya restock 2 minggu sebelum raya akan saya update kemudian. Buat masa sekarang ni memang tak dapatlah ye. Nak setelkan tempahan yang sedia ada dulu.

Ok, sekian pengumuman penting dari saya hari ni. =)

Upss lupa pulak, saya akan update pelbagai jenis baju kat facebook page ye dalam masa terdekat ni, ada jubah, baju kurung dan lain-lain lagi. Nanti bolehlah order untuk raya ye.

Terlambat nak keluarkan baju gara-gara buat kerongsang kreatif ni. Mencabarkan jadi crafter ni. Tangan sampai sakit-sakit..asyik suh asben urut jek.hihihi...ehhh membebel pulak. Ok daaa...

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^