29 August 2012

Bantal Mini Merah Menyengat

Assalamualaikum =)

Lagi bantal mini...tapi kali ni takde kain polka dot tepi.
Lepas ni pun tak letak lagi kain polka dot kat tepi bantal.huhu...



Maceh sebab order kat saya ^^.
Lepas ni bolehlah order lagi.

25 August 2012

Keychain Nama Sentuhan Kalbu

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, hari ni dah Raya ke-7. Kejap je kan?
Tahun depan ntah dapat jumpa lagi ntah tidak.

Buat masa ni, saya tak boleh nak terima tempahan custom made lagi sebab saya perlu siapkan tempahan sedia ada. Order yang ada ni pun sebenarnya dah di order sebelum raya, jadi saya perlu siapkan dulu sebelum saya buka order semula.

Dalam entry lepas saya nak cuti sampai 31hb Ogos dari ambil online order. Tapi nampaknya terpaksa tangguh lagi sebab saya kehabisan kain felt. Tulah padahnya kalau syok sangat buat sampai tak perasan kain dah habis. Nak tunggu stok baru sampai mungkin pertengahan bulan 9. Jadi sekarang ni terpaksalah saya hold dulu order yang ada & teruskan update order-order yang saya dah buat sepanjang sebulan dua ni.

Lagi satu, saya boleh pos ready stock item saja. Nanti saya update pelan-pelan kat e-store saya.

Kat bawah ni adalah order yang saya siapkan sebelum bulan puasa kot. Tak ingat sudah. =D



Alhamdulillah. =)

Sekian.

18 August 2012

Salam Aidilfitri ^^

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah, rasa kejap je Ramadhan berakhir. Moga-moga amalan kita diterima oleh-Nya & mudah-mudahan panjang umur jumpa lagi tahun depan.

Hampir 2 minggu saya tak update apa-apa sejak saya buat ole-ole (GA)...pemenangnya pun asben saya yang pilih dan umumkan sebab mata saya dah tak boleh nak tengok cahaya laptop, berair-air & merah. Ditambah pulak rezeki bulan Ramadhan kali ni mencurah-curah sampai tenaga pun flat. Syukur ke hadrat Allah sebab murahkan rezeki saya di bulan penuh barakah ni.

Dikesempatan ni jugak saya nak mohon maaf sekiranya ada kata-kata saya, perkhidmatan saya kurang memuaskan hati korang terutama sekali pelanggan saya. Saya pun manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan. =)

Saya ingat nak cuti lama sikitlah..uhuhu...janji saya untuk siapkan order customer yang nak sebelum raya Alhamdulilllah dapat saya tunaikan walaupun ada aje customer yang cancel di saat-saat akhir. Silap saya jugak sebab tak inform awal-awal.huhu..takpe takde rezeki saya dengan mereka. Dan sekarang ni saya tak boleh tarik nafas lega lagi sebab saya terima banyak tempahan keychain nama, beratus jugaklah kuantitinya. Memang muntah-muntahlah lepas ni. Bukan nak berlagak ye tapi saya nak cerita situasi saya je. Manalah tau nanti korang tengok status kat fb tak berupadate, blog tak berupdate. Kalau tak update lama tu memang busyyy giler2 la tu..heheh..

Oleh itu, saya nak beritahu semua saya akan bercuti dari mengambil tempahan online bermula 

CUTI
18 Ogos 2012 - 31 Ogos 2012.

InsyaAllah jika saya dapat selesaikan semua order sebelum tamat bulan Ogos akan saya update kemudian.
Terima Kasih.

Selamat Hari Raya. =)

02 August 2012

Tutup Kedai Sekejap Ye! ^^

Assalamualaikum =)

SEBARANG TEMPAHAN DITUTUP
SEMENTARA WAKTU


Baiklah, hari ni saya betul-betul tutup sebarang tempahan ye.
Dah tak boleh nak terima tempahan lagi dah. 
Mata, tangan, pinggang, errr punggung pun dah sakit-sakit.hihihi...

Saya tak taulah tempahan yang ada ni dapat siap sebelum raya ke tidak.
Cuakkk habis!

Giveaway tetap berjalan seperti yang dah saya rancang.
Hadiah tetap akan di pos. ;)
Dan di saat-saat akhir nanti mungkin ada giveaway besar-besaran. Tu pun kalau saya mampu siapkan hadiahnya.hihihi

Sekian.

01 August 2012

Ole-ole Ramadhan lagi.. :)

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, pemenang untuk ole-ole Ramadhan untuk pusingan pertama dan pun saya umumkan tengahari tadi. Harap yang lain tidak kecewa sebab petang ni ada lagi ole-ole tau! Jom join.


Klik SHARE di page Inspire Design okeh! ;)

InsyaAllah seorang lagi pemenang akan saya umumkan esok jam 3 petang.

Dalam perancangan, saya nak buat lagi sebelum raya ni. Wahhh best tak, best tak?? hehe.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^