18 August 2012

Salam Aidilfitri ^^

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah, rasa kejap je Ramadhan berakhir. Moga-moga amalan kita diterima oleh-Nya & mudah-mudahan panjang umur jumpa lagi tahun depan.

Hampir 2 minggu saya tak update apa-apa sejak saya buat ole-ole (GA)...pemenangnya pun asben saya yang pilih dan umumkan sebab mata saya dah tak boleh nak tengok cahaya laptop, berair-air & merah. Ditambah pulak rezeki bulan Ramadhan kali ni mencurah-curah sampai tenaga pun flat. Syukur ke hadrat Allah sebab murahkan rezeki saya di bulan penuh barakah ni.

Dikesempatan ni jugak saya nak mohon maaf sekiranya ada kata-kata saya, perkhidmatan saya kurang memuaskan hati korang terutama sekali pelanggan saya. Saya pun manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan. =)

Saya ingat nak cuti lama sikitlah..uhuhu...janji saya untuk siapkan order customer yang nak sebelum raya Alhamdulilllah dapat saya tunaikan walaupun ada aje customer yang cancel di saat-saat akhir. Silap saya jugak sebab tak inform awal-awal.huhu..takpe takde rezeki saya dengan mereka. Dan sekarang ni saya tak boleh tarik nafas lega lagi sebab saya terima banyak tempahan keychain nama, beratus jugaklah kuantitinya. Memang muntah-muntahlah lepas ni. Bukan nak berlagak ye tapi saya nak cerita situasi saya je. Manalah tau nanti korang tengok status kat fb tak berupadate, blog tak berupdate. Kalau tak update lama tu memang busyyy giler2 la tu..heheh..

Oleh itu, saya nak beritahu semua saya akan bercuti dari mengambil tempahan online bermula 

CUTI
18 Ogos 2012 - 31 Ogos 2012.

InsyaAllah jika saya dapat selesaikan semua order sebelum tamat bulan Ogos akan saya update kemudian.
Terima Kasih.

Selamat Hari Raya. =)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^