30 September 2012

Ehh Rama-Rama & Bunga Lagilahhh!!! ^o^

Assalamualaikum =)

Salam hujung minggu semua.
Tak tau nak cerita apa, kita tengok jele sekeping gambar yang telah saya tangkap hari tu. huhu


Ni adalah order dari seorang pelanggan. Tak ingat siapa tapi kalau tak silap pelanggan ni bukan order ni je, ada dua ke tiga jenis brooch lagi. Nape ntah saya ambik gambar ni je, pun tak ingat jugak.huhuhu...
Biasalah kalau gambar dah ambik berzaman tapi baru nak upload kat blog.

Yang pasti, bunga besar-besar tu saya pisahkan sebab ada 2 jenis. Yang kanan hair clip, yang belah kiri tu pin/brooch. =D

Oklah, itu aje. Nak siapkan beberapa lagi kerja sebelum keluar jalan-jalan dengan boypren. Yeaayyyy!!! Kekeke... Boypren Ku, Asben Ku. (merosakkan Bahasa Melayu, jangan orang Kementerian baca sudah...kui3)

Sekian.

28 September 2012

Rama-rama Berterbangan Di Blog ID ^^

Assalamualaikum =)

Minggu ni adalah minggu yang tak berapa produktif disebabkan saya kurang sihat.
Tapi adalah jugak hasil sikit-sikit, susah jugak kalau tak buat stok. Sikit-sikit pun jadilah kan.

Hari tu dalam entry DI SINI saya ada cerita tentang aktiviti saya. Saya rasa dah 2 minggu lepas.
Tapi output nya terlupa pulak nak upload walaupun kalau tengok gambar kat entry tu, orang dah dapat agak dah saya nak buat apa.huhuhu...

Gambar kat bawah ni adalah output nya...alhamdulillah.
Sebenarnya tak banyak mana pun. Tak kisahlah janji dapat buat jugak =D



Yang dalam plastik tu semestinya dah jadi milik orang. =D


27 September 2012

Keychain, Pin & Hair Clip Nama ^^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, kesihatan saya beransur pulih. Ada baki lagi sikit je yang tak sihatnya tu..huhu

Baiklah, macam biasa saya upload gambar order.
Masih lagi keychain nama yang saya upload. =D
Moga tidak jemu melihatnya ye.


Alhamdulillah.
Haaa...sebenarnya order sebelum-sebelum ni pun, tak semestinya felt nama ni dijadikan keychain tapi ada jugak yang nak letak pin & hair clip kat belakang. Yang baris tengah-tengah tu semuanya pin, yang baris paling kanan hair clip.

Tak taulah budak-budak ni nak letak kat mana nama-nama ni, tapi kata asben saya banyak dah nampak budak-budak ni letak nama kat beg sekolah & pencil case diorang.huhuhu...kalau yang perempuan tu nasib baik pakai tudung, kalau tidak mau dipakainya hair clip ni pegi sekolah. Ikot korang leerr..huhu...

Apapun terima kasih le sebab order & sabar menanti untuk disiapkan. ;)
Sekian.

23 September 2012

Dua Tiga Hari Ini... =S

Assalamualaikum =)

Saya kurang sihat sejak semalam.
Kalau servis kurang baik tu mintak maaflah ye. Bukannya apa, bila tak sihat ni nak pegang handphone pun malas apetah lagi bukak laptop.huhuhu...Orang takde tablet, ginilah gayanya. Padahal semua hujung jari je kan ^^

Takde gambar nak ditayangkan pagi ni. Esok-esok jela.huhu...
Pagi ni saja nak bagitau keadaan kesihatan saya yang kurang mengizinkan saya untuk aktif dari biasa. Tapi pagi-pagi tadi lepas subuh dah menggunting kain jugak. Rugi kalau tak digunakan masa yang ada. Tul tak? Tapi kalau dah kurang sihat ni, paham-paham jela macam mana gaya buat keje. Melepekkk jek. ^^

Sekian.

20 September 2012

Senarai Nama-nama Yang Telah Di Keychain kan ^^

Assalamualaikum =)

Walaupun rasa juling-juling biji mata nak siapkan keychain nama ni tapi digagahkan juga.huhuhu...
Ehh tapi ni order yang saya siapkan bulan Ramadhan hari tu. =D




Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.

19 September 2012

Tiada Yang Lain =D

Assalamualaikum =D

Sambungan dari cerita saya di entry INI

Sedikit hasil saya minggu lepas. Takde benda baru pun, tu yang tajuk entry pun "Tiada Yang Lain".huhuhu


Ohh ya, pada korang yang ada komen bawah entry tu mintak maaflah ye. Saya tak boleh reply, kenapa ntah. Taip bukan main panjang, bila nak publish terus hilang. Jadi kalau ada apa-apa pertanyaan, emel je saya ye.

Sekian.

17 September 2012

Aktiviti : Proses Gunting, Padan & Tampal ^^

Assalamualaikum =)

Selamat Pagi Isnin & Selamat Bercuti Semua!

Aktiviti saya hari ni...sebenarnya bukan hari ni je, 3 hari cuti 3 hari jugaklah perkara yang sama saya buat. Ohh bukan saya sorang, dibantu oleh pembantu setia yang tercinta. hehe...

Asben saya jadi pembantu setia sejak 2-3 bulan ni memandangkan buku rekod order saya masih banyak yang belum bertanda merah dengan perkataan "SETTLED". Sebenarnya asben saya ni dah resah, student dia order pastu tak siap-siap lagi. huhuhu...tu yang dia pun turun padang tu.




Dah cuba minimakan guna kain felt tapi tak boleh. Emm paling banyak pakai untuk buat keychain nama. Aaaa mintak-mintak kain sampai minggu ni. Dah stress ni...huhu.

Hasil untuk aktiviti saya hari ni akan di update kendian. Hari ni siaplah. Tapi gambar pertama & ketiga jek.. =D

Sekian.

16 September 2012

Lagi Flat Keychain Nama

Assalamualaikum =)

Lagi flat keychain nama yang telah disiapkan.


Terima kasih student SMKBE.
Alhamdulillah.

Perlu diingatkan sekali lagi kepada customer yang nak buat tempahan.
Sekarang ni stok kain felt saya dah tahap hujung-hujung nyawa.
Dah sebulan saya order dari supplier tapi masih belum dapat lagi kainnya.
Harap-harap sebelum hujung bulan ni dah dapat.
Sesungguhnya terlalu banyak projek & order yang tertangguh. Nasib baik paling ramai customernya student je. huhuhu...

Gambar order yang saya update beberapa minggu sekarang ni sebenarnya dah saya buat sebulan atau lebih yang lepas.
Sekarang ni saya memang meminimakan penggunaan kain felt sehingga betul-betul perlu saja. huhuhu...
Sedih betul!

Jadi, pada customer yang saya bagitau lambat siap harap dapat memahami situasi saya. Jangan paksa saya siapkan cepat-cepat ok! Kain takde macammana nak buat. Emmm...

Sekian.

10 September 2012

Car Charm...tutt tutt

Assalamualaikum =)

Hari tu ada kawan saya order car charm..dia kata tak kisah bentuk camne sekalipun, janji cantik.
Apa yang saya buat?
Haa gambar kat bawah ni jawapannya..

Tadaa....hehehe

ni stail car charm saya...kenapa talinya saya buat tak bersambung? sebab mudah untuk adjust kepanjangan car charm ni haa... :D


Haa ni dari dekat..nak kata cantik sangat tu idak le..tapi cute tu ada.hahaha...
Ahh kalau diri sendiri buat, kadang-kadang perasan lawa jugak. tul tak?huhuhu
Tapi secara jujurnya kepuasan saya pada car charm ni 85%. heee..nasib baiklah tuannya suke.

Sekian.

09 September 2012

Buat Pin Lagi ^^

Assalamualaikum =)

Kerja saya hari ni..


Erkk..ni je gambarnya. Di saat tengah rajin ambik gambar, ni jela hasil gambarnya.huhu
Ni gunting dengan tangan je, tak pakai big shot. Malas pulak nak menggelek-gelek badan.

Sebenarnya ni dalam proses nak buat pin bunga bulat & pin kemboja. Potong sikit-sikit..Kalau potong banyak-banyak harus bersepah kediaman saya. ^^

Sekian.

04 September 2012

Ku Belek-belek, Masih Warna-warni =D

Assalamualaikum ;)

Bertemu lagi di malam hari. Wahh hari ni 2 entry saya post.
Kalau blogger dah kira ciput ni. Kalau saya, ni dah kira terlebih rajin. hehe

Takde apa sangat pun nak dicerita macam petang tadi.
Nak upload gambar keychain nama yang saya buat kelmarin tapi tak tak edit lagi. Esok-esoklah pulak (padahal bukan susah mana pun letak watermark. tul tak?)
Yang dah tempek watermark ada gambar kat bawah ni je. Layankan ajelah ek.


Gambar ni sebenarnya untuk diberi kawan hubby. Dia nak tolong jual. Pandai tau dia ni nak komisyen. Hahaha....padahal mengajar satu sekolah dengan hubby saya tapi budak-budak tak tau pun yang ni barang saya. Yang diorang tau saya buat keychain nama je.

Tapi alhamdulillah, sama-sama membantu. Dia tolong jual barang saya, saya tolong dia dapatkan side income walaupun taklah banyak mana tapi rezeki jugak tu. Syukur. Diam tak diam dah 2-3 kali jugak saya tambah stok untuk kawan hubby saya ni. Amin. Gambar kat atas ni gambar stok pertama, yang tambahan seterusnya tu takde nya aku nak ambik gambar. kehkehkeh..gambar ni pun atas ehsan hubby yang rajin sesangat nak ambikkan gambar. Mekacehlah ye cik abang sayang. =D

1 Tips untuk crafter..mehla baca ^^

Assalamualaikum ;)

Emmm dah 2 hari relax dari meng'kraf'kan diri...malas betol! huhuhu...
Apa nak jadilah dengan nasimah ni...nak siapkan order tu dah satu hal, boleh pulak berangan nak buat itu ini. Bila malam tidur paling awal pulak tu. Cettt!!
Datuk Dr Fadzillah Kamsah kata, kalau 3 hari kita tak buat perubahan kita akan kekal dengan tabiat kita sekarang. Sob sob sob..jadi hari ni saya kena berubah!

Sebenarnya saya rajin jadi silent reader kat blog crafter lain. Bila tengok diorang update letak gambar setiap aktiviti yang diorang buat, terasa yang crafter tu memang rajin betul. Hari-hari ada je aktiviti yang dia buat. Memang tabik springlah!

Kalau saya nak ambik gambar setiap aktiviti memang jarang sekali. Nak kata pemalas, memang jugak kot. hihi...biasanya saya kalau dah siap buat sesuatu benda, barulah sibuk nak ambik gambar. Kadang-kadang lupa terus. Macam tulah jadinya kalau tak dijadikan kebiasaan, kan kan kan?

Sepatutnya kalau ada crafter lain yang baca post saya ni, korang pun kena buat benda yang sama. Ambik gambar apa aje aktiviti kraf korang supaya orang lain dapat tengok betapa sibuknya korang dengan kraf. Senang cakap nak meningkatkan lagi kepercayaan diorang kat korang.

Kalau takde gambar aktiviti, lepas tu kat entry siap cakap banyak order nak kena siapkan ni. Dah berderet customer menunggu order. Nanti orang macam tak percaya pulak, nanti keluarlah ayat "eleh tulis je lebih, hasilnya bukan ada. Macam tak percaya je". Macam sayalah, takde gambar lepas tu sibuk bagitau "ohhh betapa banyaknya order yang perlu disiapkan". cewahhh!!

Bagi saya yang memang crafter ni, saya dah sedia faham crafter seperti anda memang sibuk macam saya (ekcen le pulak!). Tapi jangan tak percaya, ada orang sedang memerhatikan korang. Sebenarnya diorang suka dengan hasil tangan korang tapi belum sampai seru je lagi diorang nak order. Haahhh apa lagi, mulai sekarang update apa saja aktiviti kraf korang.

Saya?? insyaAllah akan cuba. hihihi... Jangan sebut mim alif lam sin lagi hokeh!

Status crafting saya sekarang :
1. Kain felt dah tinggal ciput bebenor. Order keychain nama dari student kat sekolah hubby kena hold dulu sampai stok kain tiba. Lebih dari 100pcs keychain nama perlu disiapkan (Ini statement betul okeh!!..kehkehkeh)
2. Order dari blog & fb saya tutup sementara waktu. Mana yang tak memerlukan penggunaan kain felt yang banyak, boleh dipertimbangkan. =D
3. Hujung bulan 9 atau bulan 10 saya akan buat kelas felt craft di Kolej Komuniti Kota Tinggi. Jadi banyak persediaan perlu disiapkan.

Itu saje perkongsian saya untuk hari ini. Tajuk macam gempak sangat je nak bagi tips kan? hehe.
Sekian.

02 September 2012

Keychain Nama Versi Baru

Assalamualaikum =)

Pergi mana hujung minggu ni? Beraya lagi? Banyak open house?
Wahh kenyang le perut.Tak payah masakkan? huhu..

Kali ni saya update keychain nama menggunakan huruf baru.
Yang ni saya guna dies.


Ada banyak lagi gambar keychain nama yang akan di update.cewahh..
Hari ni pun kena siapkan lagi keychain nama.
Maklumlah budak-budak sekolah, bila sorang dah order makin ramailah yang order. =D
Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. 

01 September 2012

Lagi Keychain Nama Yang Leper ^^

Assalamualaikum ;)

Lagi flat keychain nama..
Yang ni saya buat sebelum raya & masa ni saya takde alphabet dies lagi...
Jadi huruf-huruf tu saya gunting sendiri je..
Tapi disebabkan kesuntukan masa bantuan dari dies sangat diperlukan..
Sekarang dah ada alphabet dies, kerja jadi lebih mudah. InsyaAllah. =D


Maceh semua. ^^

Jom LIKE Page Inspire Design ^^