04 September 2012

1 Tips untuk crafter..mehla baca ^^

Assalamualaikum ;)

Emmm dah 2 hari relax dari meng'kraf'kan diri...malas betol! huhuhu...
Apa nak jadilah dengan nasimah ni...nak siapkan order tu dah satu hal, boleh pulak berangan nak buat itu ini. Bila malam tidur paling awal pulak tu. Cettt!!
Datuk Dr Fadzillah Kamsah kata, kalau 3 hari kita tak buat perubahan kita akan kekal dengan tabiat kita sekarang. Sob sob sob..jadi hari ni saya kena berubah!

Sebenarnya saya rajin jadi silent reader kat blog crafter lain. Bila tengok diorang update letak gambar setiap aktiviti yang diorang buat, terasa yang crafter tu memang rajin betul. Hari-hari ada je aktiviti yang dia buat. Memang tabik springlah!

Kalau saya nak ambik gambar setiap aktiviti memang jarang sekali. Nak kata pemalas, memang jugak kot. hihi...biasanya saya kalau dah siap buat sesuatu benda, barulah sibuk nak ambik gambar. Kadang-kadang lupa terus. Macam tulah jadinya kalau tak dijadikan kebiasaan, kan kan kan?

Sepatutnya kalau ada crafter lain yang baca post saya ni, korang pun kena buat benda yang sama. Ambik gambar apa aje aktiviti kraf korang supaya orang lain dapat tengok betapa sibuknya korang dengan kraf. Senang cakap nak meningkatkan lagi kepercayaan diorang kat korang.

Kalau takde gambar aktiviti, lepas tu kat entry siap cakap banyak order nak kena siapkan ni. Dah berderet customer menunggu order. Nanti orang macam tak percaya pulak, nanti keluarlah ayat "eleh tulis je lebih, hasilnya bukan ada. Macam tak percaya je". Macam sayalah, takde gambar lepas tu sibuk bagitau "ohhh betapa banyaknya order yang perlu disiapkan". cewahhh!!

Bagi saya yang memang crafter ni, saya dah sedia faham crafter seperti anda memang sibuk macam saya (ekcen le pulak!). Tapi jangan tak percaya, ada orang sedang memerhatikan korang. Sebenarnya diorang suka dengan hasil tangan korang tapi belum sampai seru je lagi diorang nak order. Haahhh apa lagi, mulai sekarang update apa saja aktiviti kraf korang.

Saya?? insyaAllah akan cuba. hihihi... Jangan sebut mim alif lam sin lagi hokeh!

Status crafting saya sekarang :
1. Kain felt dah tinggal ciput bebenor. Order keychain nama dari student kat sekolah hubby kena hold dulu sampai stok kain tiba. Lebih dari 100pcs keychain nama perlu disiapkan (Ini statement betul okeh!!..kehkehkeh)
2. Order dari blog & fb saya tutup sementara waktu. Mana yang tak memerlukan penggunaan kain felt yang banyak, boleh dipertimbangkan. =D
3. Hujung bulan 9 atau bulan 10 saya akan buat kelas felt craft di Kolej Komuniti Kota Tinggi. Jadi banyak persediaan perlu disiapkan.

Itu saje perkongsian saya untuk hari ini. Tajuk macam gempak sangat je nak bagi tips kan? hehe.
Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^