04 September 2012

Ku Belek-belek, Masih Warna-warni =D

Assalamualaikum ;)

Bertemu lagi di malam hari. Wahh hari ni 2 entry saya post.
Kalau blogger dah kira ciput ni. Kalau saya, ni dah kira terlebih rajin. hehe

Takde apa sangat pun nak dicerita macam petang tadi.
Nak upload gambar keychain nama yang saya buat kelmarin tapi tak tak edit lagi. Esok-esoklah pulak (padahal bukan susah mana pun letak watermark. tul tak?)
Yang dah tempek watermark ada gambar kat bawah ni je. Layankan ajelah ek.


Gambar ni sebenarnya untuk diberi kawan hubby. Dia nak tolong jual. Pandai tau dia ni nak komisyen. Hahaha....padahal mengajar satu sekolah dengan hubby saya tapi budak-budak tak tau pun yang ni barang saya. Yang diorang tau saya buat keychain nama je.

Tapi alhamdulillah, sama-sama membantu. Dia tolong jual barang saya, saya tolong dia dapatkan side income walaupun taklah banyak mana tapi rezeki jugak tu. Syukur. Diam tak diam dah 2-3 kali jugak saya tambah stok untuk kawan hubby saya ni. Amin. Gambar kat atas ni gambar stok pertama, yang tambahan seterusnya tu takde nya aku nak ambik gambar. kehkehkeh..gambar ni pun atas ehsan hubby yang rajin sesangat nak ambikkan gambar. Mekacehlah ye cik abang sayang. =D

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^