29 October 2012

Apa-apa Saja, Janji Masyuk ^__^

Assalamualaikum =)
 
Gambar order yang dah terperam lama.
Sudi-sudi lah cuci mata. =D




Sekian.

18 October 2012

Cekak Lembut & Penggantung Kunci ^^

Assalamualaikum =)



Soft Headband tema pink. ;)


Macam biasa keychain nama yang sentiasa menjadi sambutan hangat.

Sekian.

17 October 2012

Nombor, Huruf & Bunga-bungaan Untuk DIY

Assalamualaikum =)

Seperti biasa order keychain nama yang tak pernah surut-surut. =D
Alhamdulillah, rezeki.


Ok, kat bawah ni barang kraf yang saya dah masukkan kat e-store.
Ada 3 jenis bentuk dalam kotak-kotak kat bawah ni iaitu huruf, nombor & bentuk bunga. Material nya ialah foam.



Contoh isinya macam kat atas ni. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Berminat??
Bolehlah tengok details kat e-store saya ye. =D

Sekian.

16 October 2012

Magnet Dah Ada Kat Inspire Design ^^

Assalamualaikum =)

Hari ni saya ada keluarkan round magnet bersaiz 1.2cm dan 1.8cm.
Alhamdulillah, sikit demi sedikit saya cuba tambah barang kraf untuk kemudahan crafter dan anda di luar sana. =D

Setakat ni, harga yang saya tawarkan untuk barang kraf hanyalah serendah RM6 untuk semua barang. Senang untuk saya sendiri ingat harga. Kadang-kadang saya ni lupa ingatan jugak.huhuhu...

Jika berminat, boleh segera order ye. =)
Sekian.

15 October 2012

Untuk Kesekian Kalinya.... Kecen Nama

Assalamualaikum =)

Takleh taip panjang-panjang. Tengah ada guruh + kilat + petir.uhuhu



Sekian.

14 October 2012

Lagi-lagi Keychain Nama ^__^

Assalamualaikum =)



Alhamdulillah.

Sekian. Hari ni takde nak taip panjang-panjang. =D

12 October 2012

Deretan Nama Yang Perlu Di Keychain kan

Assalamualaikum =D

Pejam celik kejap je dah Jumaat.
Alhamdulillah hari ni hati dah tak panas lagi, takde nak marah-marah dah.hehehe
Ok, kat bawah ni saje nak tunjuk deretan nama-nama yang telah di keychain kan.
Ni dua atau tiga minggu yang lepas punya kalau tak silap. Dah siap jadi keychain dah.





Alhamdulillah.
Sekian.

11 October 2012

Luahan hati saya ='(

Assalamualaikum

Tetiba hari ni post entry sampai 3 kali.huhuhu
Hari ni saya rasa tension plus nak marah je. Saya rasa semalam & hari ni kemuncak kemarahan saya.

Semalam saya dah tengking dan marah budak-budak. Memang marah sampai tahap menggigil-gigil. Mungkin saya ni kurang sabar. Bila berdepan dengan budak-budak yang malas nak belajar ni rasa nak pelangkong je.huhuhu...Minggu depan dah exam akhir tahun, kelam kabut nak habiskan silibus tapi biasalah budak-budak, bila kita laju je ajar mulalah dia malas nak dengar.

Hari ni pulak masuk kelas yang sama, saya tak cakap banyak terus tulis kat papan hitam suruh budak buat latihan tanpa melihat diorang pun. Lepas tu saya duduk buat kerja saya. Dah habis masa terus keluar. Saya keluar dan masuk kelas tu tanpa ada ucapan salam langsung. Hmm...jahat tak saya? huhuhu...

Dan saya rasa kemarahan saya tak henti pagi tadi, bersambung pulak melayan customer yang perangai pelik. Saya rasa saya dah jadi berani macam crafter Asma dari blog Asma Felt Box sebab meluahkan apa yang dilalui dan dirasai. Sory Asma, pinjam nama jap. huhuhu...beli barang sikit tapi nak free gift. Tapi bukan tu yang jadi punca kemarahan saya. Ada satu perkara yang buat saya hilang sabar. Semuanya gara-gara menggunakan SMS. Disebabkan kekangan yang tidak diketahui memaksa saya untuk send 3 kali mesej yang sama. Saya pelik kenapa dia kata tak dapat maklumat yang saya bagi tu. Allahuakbar, hati saya rasa nak meletop. Tuhan saja yang tahu macam mana saya rasa. Emmm tak dapatlah pulak nak cerita dengan jelas apa jalan ceritanya.heee...

Disebabkan itu, saya buat keputusan mulai hari ni tidak ada lagi urusan jual beli atau pertanyaan melalui SMS di handphone. Semuanya hanya guna Order Form, Emel atau Pm saya kat FB saja. Kalau SMS jugak, saya tak layan. Jahat kan saya? Sebenarnya saya nak mudahkan urusan jual beli ni. Bila jadi panjang berjela & timbul rasa tak puas hati, nanti jadi lain pulak. Contohnya servis saya jadi kurang mesra sebab hati saya dah mendidih.

Saya teringat kata-kata Prof Dr Muhaya masa saya join satu bengkel dengan Prof dulu. Prof ada cakap tentang didikan ayah beliau. Katanya ada beberapa perkara untuk menjadikan kita seorang yang berjaya, antara yang paling saya ingat "KALAU BELI BARANG DENGAN PENIAGA KECIL, JANGAN MINTAK TAWAR". Saya tak tanya pulak sebab apa tapi kita sendiri boleh fikirkan apa sebabnya. Dan sejak hari tu, saya tak pernah mintak diskaun kalau beli dari peniaga kecil. Saya bayar je walaupun saya rasa harga dia agak mahal sikit. huhuhu...

Dan saya juga salah seorang peniaga kecil yang untung tidaklah banyak mana. Tapi kadang-kadang mengenangkan kita masing-masing punya kemampuan yang berbeza, jadi kita pun dengan murah hati akan bagi diskaun.

Ya Allah, hanya Allah je yang tahu betapa saya lega bila dapat taip kat sini. heee...semoga catatan saya ni akan jadi panduan saya menempuh hari-hari mendatang dalam dunia bisnes ni. Semoga saya dapat perbaiki segala kelemahan yang ada dalam bisnes saya ni.

Sebenarnya saya masih dalam perancangan nak guna shopping cart, saya rasa itu cara mudah untuk customer dan saya sendiri. Tapi sekarang ni barang tak banyak lagi, ada kekurangan jugak di situ. Mudah-mudahan nanti saya dapat guna jugak shopping cart. hmmm...

Sekian segmen luahan hati dari saya. =(

Ready Stock Soft Headband

Assalamualaikum =)

Haaa....saya ada buat sikit ready stock soft headband kat e-store Inspire Design.
Baru je upload. Harga yang berpatutan.

Memandangkan sekarang ni saya tak terima sebarang tempahan custom made jadi saya kene buat ready stock untuk beberapa item. Memang kelam kabut jugaklah nak buat kan..huhuhu




Jika berminat boleh order ye.^ ^

Sekian.

Baby Soft Headband =)

Assalamualaikum =)

Letihnya hari ni.. ='(
Gambar headband kat bawah ni order dari rakan saya untuk anaknya yang berusia 3-4 bulan macam tu.


Alhamdulillah. =)
Saya ada stok untuk headband ni, nanti saya update di e-store k.

Sekian.

10 October 2012

Hair Clip Pastel Color ^^

Assalamualaikum =)

Saya ada upload hair clip kat e-store ID.
Semuanya color lembut-lembut je.



Simple je kan? heee....
Kalau berminat bolehlah order.
Sila jenguk ke e-store untuk maklumat lanjut k. Link ada di bahagian kiri blog ni.

Saya dalam proses nak siapkan mini bantal busuk sorang customer ni. Masuk ni dah 3 minggu dia order, maaf jadual saya betul-betul padat. huhuhu...insyaAllah segalanya akan saya selesaikan secepat yang boleh.
Kerja saya sejak petang tadi, dari pukul 5 petang sampai pukul 9 malam hanya edit gambar saja sebagai persediaan untuk update di blog (termasuk mandi & solat, makan je tak..ehehe). Tak taulah kalau lepas ni masih malas lagi nak update. kuikuikui...

Sekian.

09 October 2012

Saya Bukan Robot...heee ^^

Assalamualaikum =)

Masuk bulan 10 ni terlalu banyak kerja & perkara saya kena buat.
Sampai tak tau nak buat mana dulu.
Pening...pening...pening. huhuhu
Blog ni pun dah seminggu tak berupdate. Takde mood benor rasanya. kuikuikui..

Bila dah banyak benda nak kene setelkan ni, rasa satu saat betul-betul berharga kan?
Tapi masalahnya saya ni, bila dah tak tau nak mulakan yang mana, saya mulakan dengan tidur dulu..hahahaha... telinga ni memang dah biasa dah kena marah dengan asben. Kata kerja banyak tapi tidur je lebih...Nak buat macam mana, sebab tu badan ni macam di pam-pam.kekeke

Ehhh ehhh tapi kan, sejak 2 minggu yang lepas hari-hari ada latihan rumah sukan. Sampai rasa bosan giler nak pegi padang, budak-budak sukalah kan? Haa..tapi yang nak saya bagitau ni, berat badan saya turun tau. Hadiah yang saya dapat bila 2 minggu penat kat padang, nak tau apa? Ada pakej. Bukan pakej percutian tapi pakej kulit muka, tangan berbelang & berat turun. Tapi berat turun sikit je pon. Jadilah kan dari tak turun langsung. huaaaa... Sekarang ni kena giat cerahkan balik kulit yang dah sun burn ni.huhuhu...

Baiklah, rasanya hujung minggu lepas saya ada update barang kraf. Alaa tapi satu jenis je, jadilah buat permulaan. Sebenarnya saya beli bahan-bahan buat kraf ni banyak, jadi daripada tersimpan lama baik saya jual kan? Saya kalau beli memang jarang beli sikit-sikit, agak tamak di situ ye. Kadang-kadang benda yang saya tak guna pun saya beli jugak dalam kuantiti yang banyak. (Rasanya ni ikot perangai mak saya.hahahahha...)

InsyaAllah lepas ni saya keluarkan lagi bahan-bahan kraf yang lain. Harga insyaAllah tidaklah mahal mana pun.  Ohh ye, banyak pertanyaan tentang huruf-huruf yang siap dipotong. Sekarang saya tak sempat lagi nak update. Sabar ek!

Bulan 10 ni memang saya terlalu sibuk. Bukan main-main ye. Jadi pada yang ada SMS, emel & PM saya tu maaflah kalau saya reply lambat. Tapi kalau nak SMS pun agak-agaklah waktu ye, tengah saya berdengkur enak tu la mesej masuk tapi saya tak dengarlah kan, maklum tidur mati. Esok pagi-pagi nak pergi sekolah baru perasan ada mesej. Aiyakk pukul 2- 3 pagi pun boleh mesej. hehehe...lepas tu ada kelas lagi tambah keje itu ini, jadi makin bertambah lambatlah saya reply. Sabar ye kawan-kawan & adik-adik semua. Saya bukan robot. Ekekeke ^^

 ada kat e-store Inspire Design ^^
ada kat e-store Inspire Design ^^

Buat masa sekarang ni saya tak terima sebarang order custom made. Contoh macam mini bantal, keychain bulk order & beberapa item lagi. Sebolehnya saya nak sediakan ready stock untuk pin/ brooch supaya senang untuk customer nak tempah tapi masa sangat tak mengizinkan saya untuk buat stok. Jadi boleh hubungi saya sama ada saya sanggup atau tak terima order.hehehe..

Kesimpulannya, saya terima order untuk pin /brooch sahaja ye. Itupun tengok pada kesanggupan saya menerimanya sebab bulan ni memang dah terlalu padat order yang ada.

Sekian terima kasih atas perhatian semua. =D

Jom LIKE Page Inspire Design ^^