11 October 2012

Luahan hati saya ='(

Assalamualaikum

Tetiba hari ni post entry sampai 3 kali.huhuhu
Hari ni saya rasa tension plus nak marah je. Saya rasa semalam & hari ni kemuncak kemarahan saya.

Semalam saya dah tengking dan marah budak-budak. Memang marah sampai tahap menggigil-gigil. Mungkin saya ni kurang sabar. Bila berdepan dengan budak-budak yang malas nak belajar ni rasa nak pelangkong je.huhuhu...Minggu depan dah exam akhir tahun, kelam kabut nak habiskan silibus tapi biasalah budak-budak, bila kita laju je ajar mulalah dia malas nak dengar.

Hari ni pulak masuk kelas yang sama, saya tak cakap banyak terus tulis kat papan hitam suruh budak buat latihan tanpa melihat diorang pun. Lepas tu saya duduk buat kerja saya. Dah habis masa terus keluar. Saya keluar dan masuk kelas tu tanpa ada ucapan salam langsung. Hmm...jahat tak saya? huhuhu...

Dan saya rasa kemarahan saya tak henti pagi tadi, bersambung pulak melayan customer yang perangai pelik. Saya rasa saya dah jadi berani macam crafter Asma dari blog Asma Felt Box sebab meluahkan apa yang dilalui dan dirasai. Sory Asma, pinjam nama jap. huhuhu...beli barang sikit tapi nak free gift. Tapi bukan tu yang jadi punca kemarahan saya. Ada satu perkara yang buat saya hilang sabar. Semuanya gara-gara menggunakan SMS. Disebabkan kekangan yang tidak diketahui memaksa saya untuk send 3 kali mesej yang sama. Saya pelik kenapa dia kata tak dapat maklumat yang saya bagi tu. Allahuakbar, hati saya rasa nak meletop. Tuhan saja yang tahu macam mana saya rasa. Emmm tak dapatlah pulak nak cerita dengan jelas apa jalan ceritanya.heee...

Disebabkan itu, saya buat keputusan mulai hari ni tidak ada lagi urusan jual beli atau pertanyaan melalui SMS di handphone. Semuanya hanya guna Order Form, Emel atau Pm saya kat FB saja. Kalau SMS jugak, saya tak layan. Jahat kan saya? Sebenarnya saya nak mudahkan urusan jual beli ni. Bila jadi panjang berjela & timbul rasa tak puas hati, nanti jadi lain pulak. Contohnya servis saya jadi kurang mesra sebab hati saya dah mendidih.

Saya teringat kata-kata Prof Dr Muhaya masa saya join satu bengkel dengan Prof dulu. Prof ada cakap tentang didikan ayah beliau. Katanya ada beberapa perkara untuk menjadikan kita seorang yang berjaya, antara yang paling saya ingat "KALAU BELI BARANG DENGAN PENIAGA KECIL, JANGAN MINTAK TAWAR". Saya tak tanya pulak sebab apa tapi kita sendiri boleh fikirkan apa sebabnya. Dan sejak hari tu, saya tak pernah mintak diskaun kalau beli dari peniaga kecil. Saya bayar je walaupun saya rasa harga dia agak mahal sikit. huhuhu...

Dan saya juga salah seorang peniaga kecil yang untung tidaklah banyak mana. Tapi kadang-kadang mengenangkan kita masing-masing punya kemampuan yang berbeza, jadi kita pun dengan murah hati akan bagi diskaun.

Ya Allah, hanya Allah je yang tahu betapa saya lega bila dapat taip kat sini. heee...semoga catatan saya ni akan jadi panduan saya menempuh hari-hari mendatang dalam dunia bisnes ni. Semoga saya dapat perbaiki segala kelemahan yang ada dalam bisnes saya ni.

Sebenarnya saya masih dalam perancangan nak guna shopping cart, saya rasa itu cara mudah untuk customer dan saya sendiri. Tapi sekarang ni barang tak banyak lagi, ada kekurangan jugak di situ. Mudah-mudahan nanti saya dapat guna jugak shopping cart. hmmm...

Sekian segmen luahan hati dari saya. =(

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^