09 October 2012

Saya Bukan Robot...heee ^^

Assalamualaikum =)

Masuk bulan 10 ni terlalu banyak kerja & perkara saya kena buat.
Sampai tak tau nak buat mana dulu.
Pening...pening...pening. huhuhu
Blog ni pun dah seminggu tak berupdate. Takde mood benor rasanya. kuikuikui..

Bila dah banyak benda nak kene setelkan ni, rasa satu saat betul-betul berharga kan?
Tapi masalahnya saya ni, bila dah tak tau nak mulakan yang mana, saya mulakan dengan tidur dulu..hahahaha... telinga ni memang dah biasa dah kena marah dengan asben. Kata kerja banyak tapi tidur je lebih...Nak buat macam mana, sebab tu badan ni macam di pam-pam.kekeke

Ehhh ehhh tapi kan, sejak 2 minggu yang lepas hari-hari ada latihan rumah sukan. Sampai rasa bosan giler nak pegi padang, budak-budak sukalah kan? Haa..tapi yang nak saya bagitau ni, berat badan saya turun tau. Hadiah yang saya dapat bila 2 minggu penat kat padang, nak tau apa? Ada pakej. Bukan pakej percutian tapi pakej kulit muka, tangan berbelang & berat turun. Tapi berat turun sikit je pon. Jadilah kan dari tak turun langsung. huaaaa... Sekarang ni kena giat cerahkan balik kulit yang dah sun burn ni.huhuhu...

Baiklah, rasanya hujung minggu lepas saya ada update barang kraf. Alaa tapi satu jenis je, jadilah buat permulaan. Sebenarnya saya beli bahan-bahan buat kraf ni banyak, jadi daripada tersimpan lama baik saya jual kan? Saya kalau beli memang jarang beli sikit-sikit, agak tamak di situ ye. Kadang-kadang benda yang saya tak guna pun saya beli jugak dalam kuantiti yang banyak. (Rasanya ni ikot perangai mak saya.hahahahha...)

InsyaAllah lepas ni saya keluarkan lagi bahan-bahan kraf yang lain. Harga insyaAllah tidaklah mahal mana pun.  Ohh ye, banyak pertanyaan tentang huruf-huruf yang siap dipotong. Sekarang saya tak sempat lagi nak update. Sabar ek!

Bulan 10 ni memang saya terlalu sibuk. Bukan main-main ye. Jadi pada yang ada SMS, emel & PM saya tu maaflah kalau saya reply lambat. Tapi kalau nak SMS pun agak-agaklah waktu ye, tengah saya berdengkur enak tu la mesej masuk tapi saya tak dengarlah kan, maklum tidur mati. Esok pagi-pagi nak pergi sekolah baru perasan ada mesej. Aiyakk pukul 2- 3 pagi pun boleh mesej. hehehe...lepas tu ada kelas lagi tambah keje itu ini, jadi makin bertambah lambatlah saya reply. Sabar ye kawan-kawan & adik-adik semua. Saya bukan robot. Ekekeke ^^

 ada kat e-store Inspire Design ^^
ada kat e-store Inspire Design ^^

Buat masa sekarang ni saya tak terima sebarang order custom made. Contoh macam mini bantal, keychain bulk order & beberapa item lagi. Sebolehnya saya nak sediakan ready stock untuk pin/ brooch supaya senang untuk customer nak tempah tapi masa sangat tak mengizinkan saya untuk buat stok. Jadi boleh hubungi saya sama ada saya sanggup atau tak terima order.hehehe..

Kesimpulannya, saya terima order untuk pin /brooch sahaja ye. Itupun tengok pada kesanggupan saya menerimanya sebab bulan ni memang dah terlalu padat order yang ada.

Sekian terima kasih atas perhatian semua. =D

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^