24 November 2012

Inspire Design Bukak Kedai Semula ^^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, dah seminggu kot saya cuti. Cuti lah sangat kan...

[setelah 1 minit upload gambar]

Alamakkkk....quota gambar dah penoh!
takleh nak upload lagi...wah wah wah memang dia nak suruh kita ada domain sendiri ni...kuikuikui..
Takpe-takpe...mungkin impian saya nak ada domain  & hosting sendiri bakal tercapai..kekeke...

Ohh ye, sebenarnya saya nak upload gambar kain felt yang saya dah potong sebulan yang lepas kot, pastu tersadai je kat atas meja. Tu baru 1 trip kain felt, ada lagi 2 trip dari supplier saya tak potong lagi, bukak bungkusan pun belum. Sibuk sesangat kononnya. Boleh tahan jugak potong kain ni kan, nak muntah-muntah di buatnya. Saya belum ada update apa-apa lagi tentang jualan kain felt ni sebab tak tau nak mula camne. Nak buat code ke atau nak jual pakej. Tak sempat nak fikir sebab kerja & rezeki datang bertimpa-timpa. Syukran...

Hari tu saya nak cuti sebab ayahanda & bonda saya ajak ikut family day tempat keje ayahanda saya ke Langkawi. Dua hari sebelum pergi, saya cek result temuduga DPLI-SR JQAF. Alhamdulillah, saya dapat setelah 4 kali ambik mTest. Woww...kesiannya saya. hehehe...mana taknya sampai banyak kali, sebelum-sebelum ni dengan jujurnya saya takde study langsung untuk pergi mTest sebab saya salah beli buku masa mula-mula nak ambik mTest dulu & tiap kali nak test berikutnya tu saya tak dapat beli sebab buku kat kedai dah habis. Tapi kali ni, saya study sebab saya pergi carik buku tu awal-awal sebelum tawaran dibuka lagi, punyalah kan nak jadi cikgu. Dan turn saya untuk di interview pada hari Rabu lepas, 21 November 2012.

Jadi, disebabkan interview tu saya tambah cuti saya sampai hari Khamis kelmarin. Tapi disebabkan pending order saya melambak tak siap lagi, saya diamkan diri dulu. Hari ni update sebab dah edit gambar (tapi tak dapat upload pulak) walaupun ada 1 lagi order belum siap. Sebelum cuti, memang banyak tempahan saya terima dan saya terpaksa tolak sebab kesuntukan masa. Takpelah, takde rezeki saya dengan mereka. Dugaan.. Mintak maaf pada mereka-mereka tu ye =D

Berbalik pada cerita interview saya tadi....huhu. Sape ntah nak baca kan? Takpe, ni hanya sesi meluahkan perasaan saya je sebagai seorang Hamba Allah. hehe...Dua hari sebelum cuti, saya setelkan semua sijil-sijil yang perlu disahkan, sebenarnya bab ni banyak yang suami saya uruskan. Sijil apa yang perlu, fotostat, print dokumen. Kerja saya hanya pergi sahkan sijil.  Memang serabut giler masa ni sebab saya kena siapkan order jugak untuk di pos hari rabu, 14 november 2012 tu sedangkan malam tu saya dah nak berangkat (macam nak pegi mana je)... huhuhu...untuk taknak peningkan kepala saya, saya pergi sekolah yang baru-baru ni saya ganti, sambil nak hantar order akak-akak cikgu kat situ, kebetulan diorang ada meeting hari rabu tu. Saya pergi sahkan sijil dan pinjam mana-mana buku yang perlu untuk dibaca terutama bahasa Arab dan Jawi. Ada hikmahnya juga saya ganti di sekolah rendah baru-baru ni. Ramai sangat yang membantu dan beri sokongan sebab majoriti daripada diorang semuanya KPLI.

Masa cek result tu, saya hanya baca perkataan "ANDA LAYAK UNTUK MENDUDUKI TEMUDUGA....". Yang lain saya tak tengok sebab gembira yang amat. Tetiba suami saya cakap, ada ujian bertulis Bahasa Arab & Jawi. Errkkk....tak tertelan air liur rasanya. Bayangkan, saya bukan pelajar pengajian Islam. Harapkan ilmu sekolah agama je sampai darjah khas (sape orang johor taulah kot), itupun dah belasan tahun yang lepas.huhuhu... Interview saya di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Saya sampai dari Langkawi pukul 4 pagi hari Ahad, 18 November 2012. Saya tak sentuh langsung kain felt. Hari ahad tu pun saya tak buat apa-apa sebab penat belum hilang. Hari Isnin barulah saya start pegang buku dan tengok apa yang patut. Mengggigil tahap orang duduk kat tempat salji sebab saya rasa terlalu banyak benda saya kena baca dan kena tau. Dalam masa dua hari tu lah, saya pulun baca dan hafal apa yang perlu terutama bahasa arab. Masa kat hotel kat Langkawi tu saya sempat study salin surah al-fatihah dan beberapa surah lazim yang lain, tu pun siap terlungkup-terlungkup tertidur.

Dan tibalah hari yang didegap-degupkan, takde sape nak hantar saya. Suami saya kena jaga budak SPM, ayahanda saya pulak tetiba demam. Rancangan asal, ayahanda saya yang nak hantar, siap cuti lagi ayahanda saya tau. Saya tak boleh nak drive sendiri, ada kang tak nampak jalan, menggigil punya pasal...kekeke....nasib baik ada kakak saya yang kebetulan balik sekejap sebab nak ambik anak dia yang ikut kitorang gi bercuti. Jadi, pergilah saya tanpa ditemani suami di sisi. Sob sob sob...sedih jugak time ni. Sebelum ni ke mana saja saya pergi, suami saya mesti teman & tunggu walau berapa lama sekalipun.huhuhu

Sebagai kesimpulan daripada interview saya tu, amatlah saya kurang puas hati. kekeke...errr perkara biasa atau luar biasa? Yang pertama, masa ujian bertulis bahasa Arab & Jawi. Sepatah haram saya tak paham bahasa Arab, nak tulis nama kat mana pun tak tau. hahaha...Bila dah tak paham, apa lagi yang mampu saya buat melainkan salin balik soalan tu. Masa nak hantar saya siap ketawa dengan ustaz yang pungut kertas sebab ada ruang kosong & ustaz tu pun gelak habis..hahahaha....Untuk ujian Jawi, alhamdulillah boleh buat cuma tak pasti saya eja ikut jawi terkini atau jawi masa zaman sekolah dulu.

Masa ujian bahasa Arab berjalan, ada jugak sesekali saya tengok orang lain terutama yang ambik subjek sama dengan saya iaitu Pendidikan Khas Jqaf..Semua macam khusyuk je. Dan saya dah tak harap saya dapat sebab saya tak boleh buat bahasa Arab.

Bila dipanggil untuk sesi interview secara berkumpulan. Adalah sekejap kami dapat berbual, masa sessi tengahari kami hanya ada 6 orang saja yang ambik subjek Pendidikan Khas. Masing-masing tanya macam mana dengan ujian bahasa Arab tadi. Jawapannya semua sama, sepatah haram tak paham plus semua salin balik soalan. hahahahha...bila diselidik, 5 orang dari kami semuanya bidang IT dan sorang lagi lelaki ambik kos apa ntah, tak ingat tapi agak pelik jugak kos dia sebut tu.hehe...

Dan yang paling saya tak puas hati, masa interview individu. Penemuduga tu tak tanya apa sangat pun, tak sampai 10 minit dah keluar. Saya punyalah excited nak keluarkan segala ilmu di dada yang dah saya study 2 hari sebelum tu. kekeke.... Rasanya nak cakap je apa yang dah saya baca, hafal. huhu...

Bila dah selesai semuanya, saya tak berharap yang saya dapat jadi guru JQAF. Ermmm.... =(
Kalau dah memang ada tempat saya kat situ, alhamdulillah. Tapi kalau takde rezeki, saya redha dan akan terus berusaha lagi. Hampir 4 tahun saya jadi guru ganti lepas saya grad awal tahun 2009. Di mana ada peluang, di situ ada saya..hehe. Bukan saya takde cari keje lain tapi jiwa saya tetap ke arah nak jadi cikgu. Disebabkan tu, saya terus jadi guru ganti dan ramai dah kenalan saya sana-sini. Dari situ saya jumpa ramai yang senasib dengan saya. Lagilah diorang belum kawin, lagi pening kan? Sekurang-kurangnya saya ada bisnes walaupun kecil-kecilan, dapat jugak saya income dari Inspire Design ni. Semuanya kuasa Allah, yang penting saya kena berusaha, berusaha dan terus berusaha tanpa jemu. Sesungguhnya saya sayang sangat dengan bisnes saya ni dan semua yang telah menyokong saya di sebalik nama Inspire Design ni. ^___^
Terima kasih Ya Allah kerana telah menjuruskan saya ke bidang perniagaan ini.

Sebelum saya akhiri bebelan saya, mesti ada yang cakap kenapa tak bisnes je kan? Dah ramai yang cakap kat saya, "Ko dah tak payah ngajarlah Nasimah, baik ko berniaga je. Lagi banyak dapatkan". hehe... Sebenarnya, kalau saya kejarkan duit semata-mata takdelah saya fikirkan tentang cita-cita saya. Hakikatnya dari saya kecil, cita-cita saya nak jadi CIKGU. Sejujurnya kalau boleh memang saya nak jadi cikgu subjek yang saya minat, apalagi kalau bukan MATEMATIK. Tapi saya rasa rezeki untuk ke situ, mungkin agak susah tapi tak mustahil. Jadi apa saja peluang untuk jadi cikgu, mesti saya cuba. Saya pun tak tau kenapa, mungkin jugak atas faktor ayahanda dan ibunda saya bekas guru. Saya tak kisah apa orang nak cakap, selagi saya mampu akan saya usahakan supaya matlamat, impian dan cita-cita saya akan tercapai. ^___^

Panjang betul entry saya hari ni kan. hehe...
Bebelan terakhir sebelum saya ada hosting sendiri.hahaha...bila lah tu agaknya, account bank dah kering dah. ihihihi...

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^