26 December 2012

Eyeballs & Kod Warna

Assalamualaikum =)

Saya dah upload kod felt untuk dijual, bola mata 0.8cm kat e-store.




Sekian.

23 December 2012

Barang Baru, Magnetic Sheet

Assalamualaikum =)

Saya ada upload barang baru kat e-store.
Antara yang paling menarik bagi saya ialah magnetic sheet. Sebenarnya saya memang cari benda ni, alang-alang dah dapat saya beli banyak, err takdelah banyak mana pun..hehe. Lepas ni entah ada lagi ke tak, tak pasti lagi.
Jadi dapatkan segera kalau tak mau terlepas k.

Apa yang menarik, korang boleh gunting magnetic sheet ini ikut kesesuaian saiz yang korang nak.
Saya dah try lekatkan kat  peti sejuk, memang lekat. Jangan khuatir. heee... kat belakang magnetic sheet ni ada sticker. Jadi kalau nak lekatkan kat foam ke, plastik ke bolehlah.


Walaupun saya memang cari magnetic sheet ni tapi nak buatnya entah bila lah...takpe, kumpul je dulu semua bahan-bahan. Ada masa kita buat erkk!

Haa..gambar kat bawah bukan stok baru sampai pun tapi baru nak potong.huhuhu
Ehhh bukan baru nak potong ye, sedang potong. Rasanya baru siap 1/4.
Nanti dah siap code, senang le sikit.


Aktiviti saya hari ni, packing barang yang saya baru upload kat e-store tu jer. Tengahari tadi, saya membuta jer. Entah kenapa, penat giler badan ni. Mata pun layu...

22 December 2012

Alphabet Brooch In da House ^^

Assalamualaikum =)

Saya ingat nak buat sale hujung tahun ni tapi entah sempat ke tidaklah kan. Tinggal seminggu je pun.
Tengok orang lain buat rasa macam nak buat jugak. Hehhh..nyibuk je tiru orang.
Tapi berangan je lebih saya ni.

Hari tu, cakap kat asben nak buat special item sempena krismas tapi dah nak dekat krismas baru nak buat. Dah kene sound ngan asben. Orang tu dah nak raya, baru ngada-ngada nak buat. Patutnya buat sebulan awal ke..huhuhu. Betul jugak tu...hihihi. Jadi kira cancel la plan saya yang tuh.

Oklah, kat bawah ni pin huruf mini bulat.


Sekian untuk hari sabtu yang indah ni. =)


20 December 2012

Warna-warni Yang Memukau ^^

Assalamualaikum =)

Memukau lah sangat kan tajuk kat atas tu.keke
Alhamdulillah, bulan lepas saya telah siapkan bulk order.
Banyak sangat halangan nak siapkan order customer ni. Saya siap cuti lagi hari tu. huhuhu...
Nasib baiklah dia sangat sabar orangnya.


Kat bawah ni close up order beliau. =)





Terima kasih. Jangan serik order lagi ye. hee...

18 December 2012

Sarung Telefon Sedia Untuk Menelan Telefon Anda ^^

Assalamualaikum =D

Sambil siapkan tempahan, saya ambil masa sikit untuk siapkan ready stock sarung telefon.
Simple je macam yang saya update sebelum ni. Boleh tengok kat e-store yekk!


Alhamdulillah, selama lebih kurang seminggu saya pakai sarung telefon baru saya tu, semuanya baik-baik belaka. Tak jadi lembik pun walau dicampak begitu saja ke dalam handbag. heeee....Nampak simple tapi ada rahsia disebalik pembuatannya. cewahhhh!! Rahsia lah sangat kan..huhuhu....

Saiz yang saya buat ni sama je semua sebab saya ambik saiz yang agak besar untuk telefon biasa. Tak tau lah muat ke tak kalau pakai smartphone. Saya tak pernah pakai pun telefon canggih-canggih gitu, saiz pun saya google je...keke...malu nak ambik gambar contoh telefon dan sarung telefon ni sebab telefon saya murah..wawawawa....

Jadi sebelum order, pastikan korang tau saiz telefon korang yerk! =D

17 December 2012

Ibu & Anak Yang Serasi Bersama Bantal Mini...hekkk!

Assalamualaikum =D

Order dari rakan di SKDIS, Kak Maznah.
Kak Maznah ni memang suka pakai brooch besar gedabak pastu bling bling. heheh..


Mini bantal...sekarang mini bantal dah togel, takde piping tepi dah sebab saya jahit tak kemas piping nya..saya kalau jahit guna mesin mesti ada je tak kena. Tu yang malas nak jahit baju sendiri tu, semua mak saya je yang jahitkan. ish ish ish..

Tapi jahit simple cam bantal kat bawah ni, bolehlah. heeee..


Sekian.

16 December 2012

Getah Rambut & Huruf Warna-warni

Assalamualaikum =)

Saya ada upload item baru kat kedai saya.
Getah rambut ada 2 saiz. Saiz kecil & saiz sederhana.


Satu lagi huruf felt yang biasa saya guna untuk buat keychain dan produk ID yang lain.
Harap dapat membantu anda menyelesaikan masalah memotong huruf dengan tangan. =)


Sekian.

15 December 2012

Bantal vs Kicen

Assalamualaikum =)

Lagi gambar yang lama terperam.



Biasanya saya memang upload order yang dah lama buat.
Tak tau bila nak habis gambar-gambar lama ni.
Tak best kalau upload semua gambar dalam satu post. hehe...

Kalau dah habis, bolehlah saya update gambar setiap kali siap buat dan pos. Kan?

Sekian.

14 December 2012

Hp Case & Pakej Kain Felt

Assalamualaikum =)

Ok, ni sambungan dari entry sebelum ni.
Order dari kawan saya, Kak Faza.
Yang ni saiznya dah betul, tak kecik.huhu...



Kat bawah ni pulak, pakej kain felt yang saya upload kat e-store. Sesiapa yang berminat bolehlah order ye.
Untuk loose order, saya tak buat code lagi.
Banyak rupanya kerja-kerja saya bila dikeluarkan. Dari pagi tadi duk packing barang tak siap-siap.



Buat masa ni saya buat 3 set je dulu. Ada 81 color setiap set.
Sekian.

13 December 2012

Ini Saya Punya =D

Assalamualaikum =D

Kelmarin saya buat sarung telefon ni untuk hp saya.
Yang saya cerita dalam entry saya sebelum ni, saya dah buang pun.huhuhu...
Dan kini telefon saya berbaju baru. heee...


Saya buat 2, color coklat saya punya. Color kelabu tu sebenarnya order dari kawan, Kak Faza.
Tapi bila dah siap buat, terkecik la pulak. Bila dah terkecik tu, apa lagi ada ajelah orang yang nak.
Sapa lagi kalau bukan anak buah saya tu ha..tengok tu, siap letak keychain yang dia buat hari tu.
Bahagian belakang mestilah letak nama saya, ye tak? heee...



Itu saje untuk hari ni. Daaa ;D

12 December 2012

Hp Case dan Keychain

Assalamualaikum =D

Order hp case dari kawan-kawan. Kak Fizah & Kak Min.
Saya tak pernah lagi ambik order buat hp case ni.
Sebelum ni saya buat untuk diri sendiri tapi versi lebih kurang je, jenis yang tak payah cabut-cabut. Kira macam casing yang selalu jual kat kedai tu la. Serabai sikitlah sebab sambil jahit sambil balut telepon saya tu.
Asal telepon saya berbungkus.huhuhu.

Orait, balik pada hp case kat bawah ni. Dalam satu malam saya siap kan dua-dua ni sebab masa tu dah nak habis sekolah. Kang lepas tu dah susah nak jumpa diorang pulak. Rasa macam terer gile saya malam tu..kihkihkih.

Kak Min order hp case je. Kak Fizah order dengan keychain nama sekali.



Masih dalam peringkat percubaan kot ni.
Semalam saya buat untuk diri sendiri pulak. Asyik pegang hp jelah sejak ada sarung telepon baru ni walaupun takde sape nak mesej.kehkehkeh..

Semalam jugak saya dah potong untuk 6 bijik hp case. Tadi baru dapat jahit 3 bijik. Konon-konon nak buat ready stock la. Best pulak jahit sarung telepon ni kan.

Sekian.

11 December 2012

Aktiviti Selingan ^^

Assalamualaikum =)

Hari ahad lepas saya melayan kerenah anak-anak buah saya.
Sibuk sangat nak keychain, nak keychain.
Ngacau je orang nak buat keje. kuikuikui...
Jadi, ambik masa sikit layan diorang.


Aksesori diorang pilih sendiri. Yang si kecik tu, kalau tak kena dengan citarasa dia mau nangis kang. Biar dia pilih dan susun sendiri, tu pun dia tak puas hati jugak.
Siap cakap, kenapa adik punya panjang, akak punya pendek.
Kenapa adik punya lekuk-lekuk?
Aduiii laa...tapi nasib baik tak nangis. huhu..


Ok, hasil akhir. Dah siap untuk 3 beradik ni. Boleh letak kat beg sekolah baru bila dah naik sekolah nanti.


Pagi tadi, saya ada buat hp case. Dah siap 2 bijik.
Rajin pulak hari ni kan.
Sekian.


09 December 2012

Koleksi Bentuk Cekak Rambut

Assalamualaikum =)

Kat bawah ni adalah order yang saya terima masa bulan Ramadhan yang lepas. Lama kan dah terperam?
Saya agak customer ni berniaga kat bazar ramadhan kot time tu. =D
Customer ni mintak buat pelbagai bentuk.


Headband bunga layer. saya dah tak buat lagi headband bunga layer ni tau.

Kat bawah ni pelbagai bentuk headband dari kain felt.









Esok sekali lagi hari yang penuh debaran buat saya. huhuhu
Walau rasa macam tak dapat je DPLI tu tapi dalam hati berharap jugak. kuikuikui
Jantung saya dah berdegup-degup ni. Emmm...apakah keputusannya?
Rasa macam taknak sampai je hari esok. Errr...

Ohh ya, malam semalam dengan peliknya saya rajin sikit nak tukar template blog.
Dah lama rasanya saya guna template yang dulu tu.
Nak buat cantik-cantik macam blogger lain, tak pandai. kekeke..Nak upah pulak, tak tau nak design blog camne. Jenuh jugak pikir, tapi takde idea langsung. Senang cite, ambik jela template apa pun yang free.huhu..

Ok, sekian dulu.

08 December 2012

Laminate Keychain ^^

Assalamualaikum =)

Entry sejak akhir-akhir ni, semua saya post tentang order sebelum cuti sekolah hari tu.huhuhu...
Kat bawah ni order dari kawan masa saya mengajar di SKDIS hari tu.
Kak Uji mintak buatkan keychain untuk anak muridnya yang dah tamat tahun 6 .
Disebabkan masa tu, saya agak kesuntukkan masa jadi Kak Uji taip, print out dan laminate sendiri nama-nama budak-budak dia.
Lepas tu, saya tinggal potong dan buat rumahnya. Buat yang simple dan sesempat yang boleh.

Kicen untuk pelajar 6 Yakin.






Kicen untuk pelajar 6 Rajin.




Saya takde mesin laminate pun.
Jadi order ni hanya sekadar nak tunjuk jela. hehe..
Kalau saya dah ada mesin laminate, saya boleh bukak order untuk kicen macam ni ok.
Kesimpulannya, saya tak dapat nak terima order laminate keychain camni lagi buat masa ni melainkan korang sendiri nak print, laminate dan pos kat saya. ^^

Saya masih TUTUP TEMPAHAN lagi ye.
Nak setelkan beberapa kerja yang dah terbengkalai dulu.

Sekian.

07 December 2012

Si Bulat, Si Bantal dan Si Kemboja ^^

Assalamualaikum =)

Layan gambar jela ek. huhuhu




Sekian di pagi hari Jumaat yang tenang ini.

06 December 2012

Soft Headband & Bunga Rosette

Assalamualaikum =)

Soft headband order dari seorang rakan guru di SKDIS untuk anak perempuannya sebelum cuti sekolah hari tu.


Terima kasih ya Ustaz Muslaidi.
Sebelum ni, ustaz Mus beli tanpa nama.

Gambar kat bawah ni pulak, bunga rozet. Saya buat khusus untuk VIP masa majlis kat sekolah sebelum cuti hari tu.

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^