12 December 2012

Hp Case dan Keychain

Assalamualaikum =D

Order hp case dari kawan-kawan. Kak Fizah & Kak Min.
Saya tak pernah lagi ambik order buat hp case ni.
Sebelum ni saya buat untuk diri sendiri tapi versi lebih kurang je, jenis yang tak payah cabut-cabut. Kira macam casing yang selalu jual kat kedai tu la. Serabai sikitlah sebab sambil jahit sambil balut telepon saya tu.
Asal telepon saya berbungkus.huhuhu.

Orait, balik pada hp case kat bawah ni. Dalam satu malam saya siap kan dua-dua ni sebab masa tu dah nak habis sekolah. Kang lepas tu dah susah nak jumpa diorang pulak. Rasa macam terer gile saya malam tu..kihkihkih.

Kak Min order hp case je. Kak Fizah order dengan keychain nama sekali.



Masih dalam peringkat percubaan kot ni.
Semalam saya buat untuk diri sendiri pulak. Asyik pegang hp jelah sejak ada sarung telepon baru ni walaupun takde sape nak mesej.kehkehkeh..

Semalam jugak saya dah potong untuk 6 bijik hp case. Tadi baru dapat jahit 3 bijik. Konon-konon nak buat ready stock la. Best pulak jahit sarung telepon ni kan.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^