03 December 2012

Inspire Design Untuk Anda ^__^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, sekarang saya dah ada domain sendiri.
wah wah wah, dulu link nye tak best sangat inspidesign.blogspot.com
sekarang best sikitlah. hehe... cer tengok kat atas tu, haa... kan kan kan.

Rasanya dari semalam dah bertukar jadi .com kot, tapi baru hari ni teringat nak tengok blog sendiri.
Ni semuanya gara-gara nak siapkan urgent order seorang customer.
Kalau tidak, mesti saya asyik refresh blog je. Biasalah rasa teruja perlu ada kan?

Sepatutnya memang saya tak terima urgent order.
Tapi saya cabar diri saya sendiri untuk siapkan order yang sangat banyak ni.
Akibatnya, dua kali saya rasa badan nak demam.
Kalau diikutkan badan ni, memang demam terus agaknya tapi digagahkan jugak.
Kalau tak, tak siap-siap le tempahan ni.

Sebenarnya dah lama saya berangan-angan nak buat stok dengan jumlah yang sangat-sangat banyak. Tapi impian ni tak tercapai lagi. Sebab apa tau, sebab kebanyakkan customer suka kalau dah ada ready stock. Hari ni order, esok dapat. Tul tak?
Tapi tu la, tangan saya ni ada dua je. Masa pun ada 24 jam je. Setiap kali order dah clear dan saya mula nak buat stok tetiba ada order lain masuk. Memang gitu lah selalunya.huhu..

Emmm..nampaknya tahun depan kena ada jadual yang teratur dan fleksibel untuk saya buat stok, kerja-kerja lain dan lain-lain. hak hak hak.

Sekarang saya masih tutup tempahan ye.

TEMPAHAN DITUTUP!!!!!

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^