18 December 2012

Sarung Telefon Sedia Untuk Menelan Telefon Anda ^^

Assalamualaikum =D

Sambil siapkan tempahan, saya ambil masa sikit untuk siapkan ready stock sarung telefon.
Simple je macam yang saya update sebelum ni. Boleh tengok kat e-store yekk!


Alhamdulillah, selama lebih kurang seminggu saya pakai sarung telefon baru saya tu, semuanya baik-baik belaka. Tak jadi lembik pun walau dicampak begitu saja ke dalam handbag. heeee....Nampak simple tapi ada rahsia disebalik pembuatannya. cewahhhh!! Rahsia lah sangat kan..huhuhu....

Saiz yang saya buat ni sama je semua sebab saya ambik saiz yang agak besar untuk telefon biasa. Tak tau lah muat ke tak kalau pakai smartphone. Saya tak pernah pakai pun telefon canggih-canggih gitu, saiz pun saya google je...keke...malu nak ambik gambar contoh telefon dan sarung telefon ni sebab telefon saya murah..wawawawa....

Jadi sebelum order, pastikan korang tau saiz telefon korang yerk! =D

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^