18 January 2013

Cabaran Soft Book..ngeee

Assalamualaikum =D

Salam hari Jumaat yang penuh barakah.
Sebenarnya saya ada gambar nak upload tapi pikir punya pikir rasa macam takut pulak nak upload.hihihi...

Gambar ni sebenarnya gambar order dari kawan.
Dia mintak saya buatkan soft book untuk anak dia dan sorang lagi kawan saya.
Sebenarnya saya kenal diorang ni masa saya jadi guru ganti kat sekolah suami saya mengajar. heee...

Nak tau bila kawan saya ni order?
Haaa...ni yang takut nak cerita ni. Dia order bulan Jun 2012.
Nak tau bila siapnya?
Haaa...siapnya Disember 2012.
hahaha...terukkan! Kesian kawan saya menanti. Saya panggil Kak Jannah ok. ^^
Masa Kak Jannah order merupakan minggu terakhir dia kat sekolah tu sebab dia nak pindah ke Rawang.
Jadi saya kata takpelah, nanti saya pos. Kak Jannah ni order dua bijik, satu untuk anak dia dan satu lagi untuk anak cikgu lagi sorang, Farizan. Kononnya jadi present sempena dia nak pindahlah. Buat punya buat, tangguh punya tangguh sampailah bulan November.
Tup tup, si Farizan tu pun dapat pindah ke Terengganu pulak. Bayangkan dua-dua dah pindah, order yang ciput tu pun tak siap-siap.hihihi.. Ehhh sebelum tu, Kak Jannah ni order tanpa pengetahuan Farizan dan saya pun senyapkan jela.

Setelah banyak halangan dan rintangan, akhirnya selama lebih kurang 6 bulan saya dapat jugak siapkan. heee... saya buat sikit-sikit, bukan buat last minute tau. ;)

Mari-mari tengok gambar.
Untuk pengetahuan, masa order Kak Jannah bagi saya gambar bantal yang dah siap print out.
Saya tak tau nak kredit macam mana kat crafter tu sebab saya tak tau link dia.
Kak Jannah berkenan dengan design crafter tu kot. Mintak maaflah ye, kalau crafter tu tengok ni design dia. huhu..Tapi taklah 100% sama. Adalah pengubahsuaian sikit.

Ni buku nombor-nombor ye.
Mencabar le buat soft book ni.
Jadi gambar ni sekadar nak pamerkan sajelah.
Belum ready nak ambik tempahan. heee...
Yela, customer yang order bukan kenal saya pun.
Buatnya nanti siapnya lambat, mau kena marah saya 24/7 ...heeeee...
Crafter lain, bolehlah dapat ilham serba sikit dari soft book saya ni ye. ;)




Sikit jela ye. Gambar dalam tak payah tengoklah ek.
Dari segi kepuasan hati, 90%. eheheh

Okey, sekali lagi.

BUAT MASA NI SAYA TAK AMBIL TEMPAHAN UNTUK SOFT BOOK YA!

Daaa....

8 comments:

Karisma Izzah said...

Memang mencabar...saya nak buat flash card pun tak mulakan lagi langkah pertama sebab kekangan masa melunaskan tanggungjwab yang lebih penting...huhu... tak pe...mende2 macam ni menjadi bermakna kalau kita buat untuk seseorang yang sangat kita sayang (anak kecil kite la terutamanya sebab diorang tak pandai komplen) muahaha...

satu cabaran ni, ade masa nanti nak buat juga..

Nak tanya la...kulit dan pages tu isi fiber ke?

Karisma Izzah said...

tetiba timbul lagi satu soalan...

sepenuhnya felt ke? jenis acrylic atau polyester?

manis said...

Karisma Izzah:

Mencabar sebab byk sangat nak dijahit sampai muak dibuatnya. =D

saya guna sepenuhnya polyester felt.
kalau nak tau isi dalam tu apa, kena emel. tu rahsia saya..ekekeke.

ann said...

email kt saya juga isi buku tu leh? kih3 nk wt tok my baby <3 ann.koishi@gmail.com

nor asikin jusoh said...

sy nk jugak. tlg email kt saya sekali. shikin.jusoh@yahoo.com

muslimah said...

Blh emel sy isi dlm?
Ni jahit tgn sepenuhnya ya?

Nur Saadah said...

Polyester felt tu nak beli kat mana ya? Kena jahit tangan atau mesin?nak lekatkan tepi tu mcm mana ya? Email saya saadahnur02@gmail.com.terima kasih.

Nur Saadah said...

Beli polyester felt tu kat mana ya? Jahit tangan sepenuhnya ka?nak lekatkan penutup tepi tu mcm mana? Email saya : saadahnur02@gmail.com.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^