08 January 2013

Kembali di Tahun 2013 ;D

Assalamualaikum =)

Waahhhh nampaknya dah masuk hari ke-8 tahun 2013, dan ini adalah entry pertama saya. ish ish ish ....
Saya jadi malas nak update blog. huhuhu...
Sebab apa tau, hari tu saya beli 3 buah novel. Ohhh saya ni kaki novel okeh! Jadi, nak menghabiskan baca la kononnya.
Tapi setiap hari dapat baca sikit jer. Masa selebihnya buat kerja rumah & siapkan order.

Order dari regular customer kali ni memang mencabar betul. Sakit-sakit dah tangan ni menggunting. Kalaulah dah ada mesin potong kain yang macam printer tu kan best. Risau betul customer marah sebab lambat sangat siap. huhuhu. Maaf sangat-sangat.

ok, kat bawah ni saje nak tempek gambar ready stock huruf felt. berminat bolehlah order ye ;)


Berbalik pasal novel tadi. Disebabkan saya ni kaki novel saya pun berkeinginan nak menulis novel sendiri. Percaya tak saya telah menyiapkan karya saya sendiri tak silap saya masa baru grad dulu kot, tahun 2009. Lepas tu saya try hantar kat publisher, setahun kemudian dapat jawapan. Kene rejected!!! hahaha...

Masa sekolah, saya rajin menulis cerpen & pernah sekali tu tersiar kat akhbar apa ntah. Tak ingat dah. Masa tersiar tu, saya tak beli pun tetiba kawan-kawan dan cikgu saya pulak yang sibuk tunjuk cerita saya masuk paper. huhuhu..pastu dapat duit poket. kekeke...seronok! Lepas tu saya tulis lagi cerita-cerita pendek dan ada sekali saya hantar kat majalah Keluarga untuk slot yang kelakar tu. Ehh terpilihlah. Masa tu cover depan gambar wardinah safiyyah kalau tak silap. Haa yang ni pulak, makcik-makcik saya yang sibuk. kekeke...diorang tanya dapat apa? Emmm...tak dapat apa-apa pun. Tapi seronok sebab cerita saya dipilih. huhuhu...Kalau ikutkan dah berapa banyak saya cuba siapkan novel, semuanya tergantung sebab sibuklah konon. Itu jelah satu yang siap penuh. huhuhu...

Emm takde apa yang menarik pun pasal pengalaman menulis ni. huhu.. Cuma tiap-tiap bulan saya akan pastikan saya beli sekurang-kurangnya 1 novel. Kalau ter miss bulan tu, saya cover bulan depan. Dapat suami pulak sporting, kalau kita tak beli bulan tu. Nanti dia tanyalah, tak beli novel ke? hikkkk...suke suke suke.

Ehh melalut panjang pulak kan..ntah pape je.

Sekarang saya tengah baca novel "PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH".
Jujur saya katakan, saya rekemen lah korang yang kaki novel beli novel ni. Best sangat! Kadang-kadang saya membayangkan penulis pun seorang "PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH". Tambah lagi sorang penulis feveret saya. Sebelum ni Siti Rosmizah. huhuhu...

Itu saje untuk hari ni, Selamat Tahun Baru 2013.

1 comment:

Anonymous said...

Tak perlu membayangkan penulis itu bagaimana, cuba bayangkan diri sendiri adalah Perempuan Lindungan Kaabah itu... ;-)

Semuga watak Hanan menjadi pemangkin semangat!
- Hana Ilhami

Jom LIKE Page Inspire Design ^^