14 January 2013

Paparan Tempahan & Keterujaan ^^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, setelah beberapa hari saya mendiamkan diri, malam ni saya update blog semula. huhu...
Beberapa kerja dah siap, novel pun dah habis baca.heee

Planning seterusnya konon nak siapkan website baru saya, www.inspiredesign.com.my tu tapi dah dapat order baru pulak. Err, terpaksa menangguhkan lagilah nampaknya.huhuhu...nak upah orang siapkan website, kedekut fulus pulak.hihihi...pikir 10 ke 20kali jugaklah nak upah orang buatkan website. Bukannya apa, rasa macam boleh belajar buat je walaupun tak tau pape(berlagak sikit). Masa study dulu, mana ade belajar buat website dalam hosting yang dah tersedia ada semuanya. Dulu belajar kena buat coding sendiri. Entah apa bentuk coding pun dah lupa dah. Juling-juling biji mata kalau banyak error. Yang ni entahlah, nak kena study ni. huhu...

Oklah, sebelum saya mulakan dengan paparan gambar tempahan. Di sini dengan rasa teruja nya saya ingin memberitahu kepada korang semua, dalam entry saya sebelum ini iaitu Kembali di Tahun 2013 ;D saya telah menerima satu komen dari seorang penulis novel yang baru saya jatuh cinta dengan penulisannya (err...tak tau nak susun ayat camne). Hana Ilhami. Penulis novel Perempuan Lindungan Kaabah. Woww...terkezuttt + teruja mak! Blushing...suke suke suke

Baik, sambung-sambung...
Kat bawah ni gambar order hujung tahun 2012. Jom cuci mata.

Yang ni gambar keseluruhan. cewahh! =D


Mari kita tengok apa yang di order...
1. Sepit Rambut



2. Kerongsang


3. Soft Headband


4. Bookmark


Sekian. Itu saja untuk malam ini.
Mungkin saya akan mendiamkan diri lagi buat beberapa ketika. hehe...

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^