30 January 2013

Ready Stock Uzma Soft Headband

Assalamualaikum =)

Kejap je dah hujung bulan Januari kan?
Bulan depan dah genap 3 tahun saya bisnes online.

Oklah, bukan nak membebel cuma sekadar nak hapdate belog je.
Kesian blog ni. Tuannya dah datang penyakit "Mim". Ohhh tidakkk!!!
Setiap kali saya "Mim" , saya mesti ingat kata-kata Datuk Dr Fadzhilah Kamsah.

"Kita perlu berubah setiap 3 hari, kalau tak berubah jugak maka kita akan kekal dengan sikap sedemikian".

Lebih kurang ginilah, bukan bulat-bulat kata-katanya. Janji point sampai. heee...
Sudah, sudah!

Sekarang saya nak bagitau, adalah sikit saya buat ready stock item yang dah lama saya keluarkan tapi alhamdulillah ada je permintaan. Memotong dah lama tapi baru semalam siapkan.


Saya buat 2 dozen je. Sebenarnya dah potong untuk 4 dozen tiba-tiba stok headbandnya habisshhhh!!!
Dah terbantut...
Saya tukar nama soft headband ni jugak. Dulu main bantai je letak nama tapi bila nak buat bentuk lain dah tak tau nak bagi nama apa. Alaaa bukan kena saman pun tukar nama so tukar jela kan. hihihihi...

Daripada kata taknak membebel tiba-tiba rasa nak membebel pulak. Saya nak sambung sikitlah.
Pagi tadi suami saya pegi perjumpaan untuk pegawai bertugas masa pilihanraya nanti. Macam biasalah suami saya ni, balik rumah je pot pet pot pet mulut dia cerita dari A sampai Z. hihihi...

Masa suami saya pot pet pot pet tu, dalam kepala saya teringat pilihanraya sebelum ni tahun 2008 kan kalau tak silap? Tu la kali pertama saya mengundi sebagai rakyat Malaysia. Cewahh! Tapi ada jugak kebengongannya masa tu. Bila diingat balik, aishhhh kelakar+malu pun ada. Orang lepas pangkah terus lipat kat meja tertutup tu kan? Tapi saya, dah pangkah terus bawak kertas tu sambil jalan sambil lipat, sampai depan tong tu baru siap lipat...tak ke haru. Memang laju jela proses saya memangkah masa tu. Dahlah pulak kat dalam tu cikgu-cikgu sekolah saya pulak tu. Ok, pada korang mungkin biasa. Tapi undi tu kan rahsia. Kalau sambil jalan sambil lipat sah-sah lah pemerhati nampak kan. hakhakhak...azam saya pilihanraya tahun ni, nak lipat kat meja.hahahaha..boleh gitu?

Tu belum teringat mengundi masa kat U, mana nak kenal orang-orang yang tercalon tu kan. Jadi macammana nak pilih? Senang je, pilih nama paling sedap. hahahaha...takpun kalau kenal muka, tengok muka paling hensem. Setel! kikikiki...aje kene bebel kalau laki saya baca entry ni.

Oklah, oklah...saya nak g jenjalanlah petang ni. Boring la, dah bape hari duk umah je. hukhukhuk....

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^