24 January 2013

Sambungan : Cabaran Soft Book

Assalamualaikum =)

Entry ni merupakan sambungan dari entry ni Cabaran Soft Book..ngeee
Sejak saya post entry ni, saya dapat beberapa feedback di emel. Di bahagian komen ada juga.
Ada yang nak tengok page dalam dan beberapa lagi soalan lain. huhu...
Mula-mula rasa macam kelakarlah pulak sebab soft book saya ni biasa je dan takde pape keistimewaan pun. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya korang yang nak try buat soft book untuk anak-anak bolehlah cuba cara saya ni ye. ;)

Sebenarnya soft book saya ni boleh dijadikan flash card juga.
Penat juga fikir macam mana nak jadikannya kemas.
Saya pernah tengok seorang crafter buat soft book.
Dia jahitkan bahagian tepi untuk cantumkan kesemua kulit dan pages.
Kelihatan tidak berapa cantik di bahagian jahitan tu dan saya masih tak jumpa lagi tips untuk bagi dia bercantum terus (dalam bayangan dah ada cuma belum cuba). Akhirnya fikir punya fikir, saya jadikan flash card jela. Itu paling simple dan paling mudah nak difikirkan. Betul tak?




Bahagian kulit saya buat sambungan cerita. hee..
Ok, rasanya tengok gambar pun korang dah dapat bayangan nak buat kan?
Malas rasanya nak mengulas sebab telinga tengah sumbat headfon dengar lagu Tasha Manshahar, Be Mine. ekekeke...
Maaf kalau ayat entry ni sedikit carca-marba. ;)

SALAM MAULIDUR RASUL.
Sekian.


1 comment:

Anonymous said...

Salam sis, sy bminat sgt nk buat softbook utk bby sy.. harap sis boleh tlg ajarkn.. ni email sy, noramieraisa@gmail.com

Jom LIKE Page Inspire Design ^^