16 January 2013

Segmen Membebel =D



Assalamualaikum =)

Hari ni takde nak update gambar.
Cuma nak membebel sikit. hee..

Kisah 1
Sejak akhir-akhir ni, ramai yang isi order form kat e-store untuk order barang. Bila saya reply, takde respon pun dari pembeli. Contoh dalam 10 orang, hanya sorang dua je yang reply. Yang lain senyap. Kenapa ye? korang tak cek emel ke? atau sebenarnya tak tau  bila saya reply, akan masuk ke emel korang? huhu....

Jadi, beberapa hari lepas saya ubah sikit order form tu. Bahagian last sekali saya suruh tick untuk cek emel.hihihi...macam paksa pulak. Yela, manalah tau, 1st time nak beli online ada yang tak tau sebenarnya kena cek emel lepas order. Mudah-mudahan setel pasal tu.

Kisah 2
Malam tadi saya try la jenguk kat website saya tu. Saya try klik sana-sini untuk buat apa yang patut. Try n error lah katakan. Bila tak tau saya google. Adalah dalam 5 minit saya godek-godek tiba-tiba saya diserang migrain dan sampai sekarang tak hilang lagi migrain. Fuhh...bila dah migrain gini memang takleh nak buat apa-apalah. Nak nangis rasanya, bilalah boleh siap website tu.huhuhu..bukan kedekut nak upah orang tapi jimat duit.hihihi.

Dah lama rasanya tak migrain. Kalau banyak berfikir, saya mesti kena migrain. Tapi migrain saya tak seteruk ayah saya. Ayah saya sampai muntah-muntah, masa zaman dia muda dulu lah. Saya setakat rasa nak muntah je. Sapa yang ada migrain mesti tau rasanya camne kan? Nak tunduk ke, sujud ke...pehhh macam nak terkeluar biji mata.

Dulu saya pernah cek, doc cakap migrain akan hilang sendiri bila usia dah meningkat ke 30an. Wahh lama lagi tu...Bayangkan saya kena migrain umur saya 13 tahun. Sekarang dah tutt tahun..hihi.. Kiranya dah belasan tahun saya berkawan dengan migrain. 

Saya masih lagi godek-godek website tu. Takpelah, pelan-pelan. ;)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^