26 February 2013

Mini Bantal 'Couple'

Assalamualaikum =)

Mata berpinar-pinar macam tak cukup tidur ni (padahal terlebih tidur..ahakk)
Malas nak mengomel.
Biar gambar jela yang berbicara.
Nak kata Wordless Wednesday, hari ni baru Selasa.
Kira Speechless Selasa la. ekekeke..





Order dari Athirah.
Macehhh. ^^

23 February 2013

Promo Blog Inspire Design Closet ^^

Assalamualaikum =)

Hari Khamis kelmarin saya ada buat satu blog baru khas untuk baju, tudung dan barang-barang selain kraf. Bukannya apa, bila upload kat facebook saya rasa macam semak je. huhu...
Bila dah letak kat blog ni, nampak kemas & senang nak tengok. Itu bagi saya lah, mudah-mudahan senang jugak untuk customer tengok.


Bagi anda yang tercari-tercari pakaian dan aksesori lain selain kraf, bolehlah jenguk blog Inspire Design Closet.
Kalau nak tengok bahan kraf dan produk kraf boleh ke Inspire Design E-store.
Link saya dah letak di side bar kanan.

Banyak bebenor blognya kan? Takpelah. Jangan saya yang pening nanti dah.
Website www.inspiredesign.com.my sebenarnya dah hampir siap cuma hari tu bila saya masukkan barang, ada problem sikit kat bahagian order. Nampaknya perlu ditangguhkan lagi launching. heee...

Sekian, itu saja dari saya hari ni.

21 February 2013

Keychain Nama Special Edition Part 2

Assalalamualaikum =)

Keychain nama special edition.



Sekian.

19 February 2013

Mini Bantal Busuk New Version

Assalamualaikum =D

Ini adalah sambungan daripada entry saya sebelum ni.
Sila klik SINI untuk baca entry sebelum ni.

Mari kita tengok apa yang saya buat hari tu.

Tadaaaa....hehehe.

Biasa je pun >.<
Tak kiralah biasa ke luar biasa ke, janji saya suka. ahakk...
Ehh ada lagi sekeping.

Lalala....
Lagi sekeping....

Dan lagi sekeping...


Sekeping + sekeping + sekeping + sekeping = 4 keping.
Sebenarnya ini adalah order dari customer.
Sekian.

15 February 2013

Buddies ^^

Assalamualaikum =)

Aktiviti saya petang Jumaat ni.


Apa ni???
Dah siap nanti saya update. ^^

Sekian dahulu.

13 February 2013

Mini Order

Assalamualaikum =)

Ini adalah Mini order.
Gambar diambil pada penghujung tahun lepas. =D
Antara gambar yang tercicir ye kawan-kawan.












Saya nak bagitau, saya ada jual baju dan tudung di facebook.
Memandangkan gambar terlalu banyak, jadi saya hanya update di Page saya saja.
Pelbagai design peplum, baju terhangat masa kini ada di page saya.
Shawl halfmoon pelbagai color dan corak juga ada.
Jubah juga ada, jubah yang diimport dari timur tengah. cewahh!
Meh tengok-tengok dulu ya, kalau berkenan boleh order. =D

Sekian.
**Tiada bebelan hari ni. ^^

05 February 2013

Rajinnya Buat Stok...Ye Saya Memang Rajin =D

Assalamualaikum =)

Bersua lagi kita di rancangan ...... ohhh silap. Bukan rancangan tapi bebelan.
Nampaknya saya semakin "M" untuk update blog ye. Nakal sangat!

Saya tak pasti disebabkan "M" atau tidak, baru-baru ni saya kehilangan beberapa file dan gambar-gambar.
Sedih...sob sob sob.
"Tu lah, cerdik sangat simpan dalam pendrive sape suruh" bak kata suami saya.
"Dari dulu lagi, pendrive bukan tempat selamat nak simpan file. Padanlah muka" tambah beliau.

Ohhh nak menangis pun tiada guna. hekkk...
Saya ada external harddisk, dah buruk dah pun maklum zaman belajar. Sampai tak ingat nak guna. Bila external suami saya dah penuh dengan movie yang dia rajin donlod tu, dia tanya saya punya pulak. Ohhh dengan baik hati saya bagi kat suami. Ada dua partition kat dalam external harddisk saya, 1 dah tentu jadi milik suami. Tinggal 1 lagi beliau tinggalkan untuk saya. Dalam fikiran saya 'Ahhh, malaslah saya nak guna, simpan dalam pendrive je pun ok'. Tak disangka-sangka hari tu hilang pulak, punyalah saya nak marah suami masa mintak dia tolong printkan template yang saya dah simpan kat dalam tu. Tetiba cari-cari "Ehhh, takde! Alaaa hilang...mencik" .

"Kenapa tak simpan dalam laptop je?" suami saya tanya lagi. Saya dengan rendah diri jawab, ni kan laptop abah. Takkan nak simpan dalam ni. Oppsss kantoi!!! hahaha...Okeh saya pinjam laptop ayah saya okeh! Tapi pinjam punya pinjam dekat 3 tahun dah. hahahah..buruk perangai. Saya tak simpan sebab kadang-kadang ayah saya nak bawak pegi meeting kat Nusajaya nun, laptop orang buat cara laptop orang ye tak? Tapi dah macam rete sendiri pulak. kihkihkih...

Saya takde laptop ke? Kesian kan? Ada tapi dah lembap, dah tak mampu nak menyokong software yang ada sekarang. Errr keluaran tahun 2006. Lama kan? Dah 3 tahun jugaklah saya tak membukaknya. Laptop pemberian mak dan ayah saya masa semester 2. heeee...Nak dijadikan alasan, charger laptop tu dah rosak. Saya beli universal charger, pulak tu charger laptop suami saya pulak rosak & dia ngada-ngada pinjam charger saya pulak sampai rosak lagi. Dah tu nak bukak camne, takde charger. hahaha...Okeh, itu alasan semata. Takpelah, buat koleksi. Tapi sekarang saya dah jarang guna laptop ayah saya ni sebab saya rajin bukak guna tab. Cuma lecehlah nak edit gambar nak update blog. Sesekali je sekarang ni saya guna laptop ni. Ada rezeki nanti saya belilah laptop pulak. heee... Sekarang mood dah malas nak pikir gambar dan file yang hilang tu. Huhhh...majuk!

Panjang sudah entry ni.

Sebenarnya tujuan utama, nak update gambar ready stock beberapa item je. Adalah sikit saya buat supaya senang di kemudian hari. hik...




Sekian.
Ehh nak kena masak dah, nak masak apa ye?
Nak tau tak, sekarang suami saya kuat makan. Perut dia dah muncit, badan kurus perut muncit. Kelakar, kelakar, kelakar.
Sekarang ni dalam kepala asyik fikir nak sediakan makanan apa je. Penat ek pikir nak masak apa?

Jom LIKE Page Inspire Design ^^