05 February 2013

Rajinnya Buat Stok...Ye Saya Memang Rajin =D

Assalamualaikum =)

Bersua lagi kita di rancangan ...... ohhh silap. Bukan rancangan tapi bebelan.
Nampaknya saya semakin "M" untuk update blog ye. Nakal sangat!

Saya tak pasti disebabkan "M" atau tidak, baru-baru ni saya kehilangan beberapa file dan gambar-gambar.
Sedih...sob sob sob.
"Tu lah, cerdik sangat simpan dalam pendrive sape suruh" bak kata suami saya.
"Dari dulu lagi, pendrive bukan tempat selamat nak simpan file. Padanlah muka" tambah beliau.

Ohhh nak menangis pun tiada guna. hekkk...
Saya ada external harddisk, dah buruk dah pun maklum zaman belajar. Sampai tak ingat nak guna. Bila external suami saya dah penuh dengan movie yang dia rajin donlod tu, dia tanya saya punya pulak. Ohhh dengan baik hati saya bagi kat suami. Ada dua partition kat dalam external harddisk saya, 1 dah tentu jadi milik suami. Tinggal 1 lagi beliau tinggalkan untuk saya. Dalam fikiran saya 'Ahhh, malaslah saya nak guna, simpan dalam pendrive je pun ok'. Tak disangka-sangka hari tu hilang pulak, punyalah saya nak marah suami masa mintak dia tolong printkan template yang saya dah simpan kat dalam tu. Tetiba cari-cari "Ehhh, takde! Alaaa hilang...mencik" .

"Kenapa tak simpan dalam laptop je?" suami saya tanya lagi. Saya dengan rendah diri jawab, ni kan laptop abah. Takkan nak simpan dalam ni. Oppsss kantoi!!! hahaha...Okeh saya pinjam laptop ayah saya okeh! Tapi pinjam punya pinjam dekat 3 tahun dah. hahahah..buruk perangai. Saya tak simpan sebab kadang-kadang ayah saya nak bawak pegi meeting kat Nusajaya nun, laptop orang buat cara laptop orang ye tak? Tapi dah macam rete sendiri pulak. kihkihkih...

Saya takde laptop ke? Kesian kan? Ada tapi dah lembap, dah tak mampu nak menyokong software yang ada sekarang. Errr keluaran tahun 2006. Lama kan? Dah 3 tahun jugaklah saya tak membukaknya. Laptop pemberian mak dan ayah saya masa semester 2. heeee...Nak dijadikan alasan, charger laptop tu dah rosak. Saya beli universal charger, pulak tu charger laptop suami saya pulak rosak & dia ngada-ngada pinjam charger saya pulak sampai rosak lagi. Dah tu nak bukak camne, takde charger. hahaha...Okeh, itu alasan semata. Takpelah, buat koleksi. Tapi sekarang saya dah jarang guna laptop ayah saya ni sebab saya rajin bukak guna tab. Cuma lecehlah nak edit gambar nak update blog. Sesekali je sekarang ni saya guna laptop ni. Ada rezeki nanti saya belilah laptop pulak. heee... Sekarang mood dah malas nak pikir gambar dan file yang hilang tu. Huhhh...majuk!

Panjang sudah entry ni.

Sebenarnya tujuan utama, nak update gambar ready stock beberapa item je. Adalah sikit saya buat supaya senang di kemudian hari. hik...




Sekian.
Ehh nak kena masak dah, nak masak apa ye?
Nak tau tak, sekarang suami saya kuat makan. Perut dia dah muncit, badan kurus perut muncit. Kelakar, kelakar, kelakar.
Sekarang ni dalam kepala asyik fikir nak sediakan makanan apa je. Penat ek pikir nak masak apa?

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^