28 March 2013

Kicen Senget-benget

Assalamualaikum =)

Enam hari tanpa update.
Perkara biasa di blog saya. ^^

Hari ni kondisi badan tak berapa best.
Dengan mata yang cepat sangat berair dalam seminggu dua ni.
Pasal tu la tak dapat nak ngadap lappy lama-lama. >.<
Nak menjahit pun, aduii la...sampai boleh menangis.


Mula-mula rasa macam takde nak cakap pape dan nak habiskan terus entry ni tapi tetibe teringat satu kejadian pulak. hihi

Saya dapat mesej di fb dari seorang customer, biasalah nak order kan.
Dia bahasakan saya kakak. Saya sebenarnya tak kisah pun tapi saya tengok profile picture dia, anak dah besor weiii..pastu saya skodeng kejap. Dia takde letak tahun kelahiran cuma letak tarikh besday je. Then saya skodeng fb suami dia...arkkkk...lahir tahun 1968. okehh, saya terdiam kejap.

Tiba-tiba keluar awan-awan kat atas kepala.
Adakah dia sepatutnya memanggil saya kakak atau adik atau gunakan saya awak sahaja? hehehe..
Kadang-kadang saya terfikir, orang perempuan ni memang susah nak mengaku tua kan? (sesetengah jela kot)

Saya bukan nak cakap saya ni jenis sedar diri..haha.. tapi memang patut pun kita sedar diri pun kan.ekekeke..actually bukan sorang ni je, ada dua tiga orang lagi. Tapi saya sangka baik ajela, mungkin diorang lebih muda daripada saya ataupun panggilan kakak itu adalah sebagai satu penghormatan. Itu lebih baik daripada kita guna heyy dan seangkatan dengannya. betul tak? hehe..

Ok, sebenarnya saya pun susah nak mengaku umur. >.<
Apalah yang ada pada angka jika hendak dibandingkan dengan iman di dada.

Maceh.

22 March 2013

Mini Bantal Couple Part 2

Assalamualaikum =)




Tempahan oleh izza untuk dirinya bersama suami yang dicintai. ^^

Ingin menghadiahkan sesuatu yang indah untuk rakan-rakan, keluarga, pasangan anda atau untuk diri sendiri?
Bantal ini juga sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam kereta, di atas meja belajar atau di mana saja.
Jom dapatkan mini bantal dengan harga yang saaaangat berpatutan. =D
Emel atau inbox saya di fb untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih.

Sekian.

21 March 2013

Cekak Rambut Kosong

Assalamualaikum =)

Nak tonjolkan balik bahan-bahan kraf yang ada =D

Cekak rambut kosong warna-warni

Cekak rambut kosong warna hitam

Cekak rambut besi bersalut kain

Kesemua cekak ni mudah melentur dengan lembut.
Belum jumpa lagi saiz besar yang material dia best.
Cantik memang cantik tapi keras.huhu...
Semua details ada di Inspire Design E-store yep.

Sekian.

20 March 2013

Kicen Hati

Assalamualaikum =)

Saya dah lama tak buat kicen.
Pada saya yang tak berapa mahir nak buat laju-laju ni, saya rasa nak buat kicen mengambil masa yang agak lama juga (agaknya lah) ataupun cara saya yang lain membuatkan proses menyiapkan jadi lambat.
Jadi saya dah tak ambil order kicen gemuk-gemuk ni lagi. =)

Minggu lepas ada customer order 2 biji kicen bentuk love.
Satu lagi untuk bf nye la kot. heh... (alaa pangkat adik-adik aje customer ni)
Sebab dah lama tak buat, jadi teringinlah pulak.
Lagipun 2 biji je, bolehlah.







Saya buat saiz besar. 
Nak jahit huruf tu, adoii la kena test kat kain lain dulu.
Test kat kain lain, buruk betul. Dalam hati, macam manalah saya nak buat ni sebab dah siap-siap gunting semua bentuk love tu.(budget boleh jahit cantik)

Sebenarnya kain lain yang saya maksudkan tu ialah bentuk love dah siap potong.huhu
Bila tengok buruk je, saya relax kejap. Baring-baring sambil fikir. Pastu try potong felt color hitam membentuk huruf kecik-kecik. Ahh dah kaku pulak nak potong kecik-kecik ni. Jalan akhir kena jahit jugak.

Potong lagi kain jadi bentuk love dan terus jahit. Ehhh macam cantiklah pulak (perasan!)
Kira oklah tu. heh...Asal jelas namanya. (sesuka je kan?)
Alhamdulillah, empunya diri pun kata cantik. Kira dah syukur sangatlah.

Sebelum ni saya pernah dapat order keychain beratus-ratus biji tapi saya terpaksa tolak. huuu...
Dia bagi seminggu je untuk siapkan. Sila bayangkan. @-@


Sekian.

19 March 2013

Bahan Kraf

Assalamualaikum =)

Update bahan kraf. ngee..

Alligator Clip
Key Ring

Split Ring
Brooch pin

Untuk maklumat lanjut boleh ke link ini ye Bahan Kraf

Mekaseh!

18 March 2013

Mini Bantal Family Version

Assalamualaikum =)







Berminat untuk order?
Boleh emel atau PM di fb ye. =)
Proses untuk siapkan order bergantung pada kesibukan saya.
Sekarang ni tahap kebizian adalah 70% (ehh sesukati je letak, ekeke)
Jadi, kesabaran anda untuk menanti tempahan disiapkan adalah amat saya hargai. ;)

Sekian.
Terima kasih.

16 March 2013

Butang-butang

Assalamualaikum =)

Hee...semalam update butang konon nak pakai sendiri.
Tapi gatal jugak nak masukkan ke kedai.
Dan tadi pagi dah siap packing sikit untuk stok.
Jual sikit-sikit je, takde borong.



Sedikit butang untuk dimasukkan ke dalam kedai.


Boleh tengok details di Inspire Design E-store ye. =)

Sekian. Maceh!

15 March 2013

Penanda Buku

Assalamualaikum =)

Bookmark pelbagai bentuk.
Tak ingat sape yang order. huhu


Ngeee...butang butang..
Ada 2 bentuk butang baru yang saya tak pernah guna lagi. Bear dan kereta.
Tengah pikir nak buat apa dengan butang bear tu. Suka sangat. ^^


Sekian.

13 March 2013

Mini Bantal Tema Ungu

Assalamualaikum =)

Lagi order mini bantal.
Kebiasaannya kalau customer order, diorang tak kisah color apa.
Haii saya pun pening, kalau ikutkan hati semua saya buat color pink.heh...
Tapi nak kena tanya dulu, bantal ni untuk lelaki atau perempuan.
Kalau lelaki tak payahlah letak color pink, segan pulak orang lelaki karang.

Kali ni saya try buat color purple.
Asyik pink je..
Purple pun sweet color jugak kan.



Kalau nak request color pun boleh, takde masalah. =)

Haaa nak cerita sikit...sejak akhir-akhir ni saya dah terjatuh hati baca novel online. Tapi tu lah, tak semua habis. Kalau nak cerita habis kena baca cerpen la jawabnya.
Masa awal-awal baca, saya fikir taknak baca banyak-banyak novel nanti tak ingat jalan cerita bila tiap kali writer update. Tapi bila dah seminggu lambat pulak writer update, kenalah cari novel lain. Sekarang ni dalam otak saya dah tonggang terbalik, ada yang watak A dalam novel A, aku masukkan dalam novel B..huhu..pasni kalau baca sambungan novel tu, kene ulangkajilah.huhu.

Kelebihan baca novel secara online walaupun novel tu tak habis sebab telah dibukukan ialah, kita dapat pilih novel yang betul-betul berkualiti untuk dibeli. Saya dah banyak kali tertipu dengan sinopsis. Sinopsis memang best giler tapi bila baca isi, sampai tahap saya selak-selak je. Huwarghhh!!!


Keburukan saya bila baca novel, saya akan jadi orang yang sangat kuat berangan sebab terlalu suka dengan watak hero dalam tu. Mulalah gatal membayangkan diri jadi heroin, terbawak-bawak sampai dunia realiti. Sampai lupa laki ada sebelah. hahaha..

Sekian.

11 March 2013

Bunga Kemboja, Cekak Lembut & Kicen Nama

Assalamualaikum =)

Order, order, order...




Tak silap ni antara order bulan Januari.
Alhamdulillah.

Sekian.

07 March 2013

Kad Ucapan Dari Felt

Assalamualaikum =)







Sebenarnya ni permintaan dari rakan sekerja suami saya.
Mula-mula saya pun tak tau dia nak guna untuk apa, jadi saya buat ala-ala kad ucapan. (gambar yang atas ye). Dia nak ada gambar kereta.
Gambar yang bawah tu teacher nurul nak buat cover untuk note book dia kut. Saya pun tak tau.hehehe...dah dia mintak gitu, saya pun buat jela.

Ok, saya ada nak cerita something yang pada saya agak menyentuh perasaan. heee...
Adalah sejak dua tiga menjak ni, seorang hamba Allah tanya pada saya. Kat mana saya dapatkan felt yang siap dipotong contohnya bentuk-bentuk bunga dan yang agak susah nak potong. Sebelum ni pun ada jugak yang tanya tapi taklah dijadikan isu.

Dengan jujur saya cakap, saya gunting pakai tangan je. Dan saya rasa hampir semua crafter gunting pakai tangan melainkan ada sesetengahnya yang memang menggunakan sepenuhnya khidmat dari pembantu peribadi, apalagi kalau bukan mesin comel tu kan. Bukan saya tak suka guna PA saya tu tapi bentuk yang sangat terhad dan kos agak tinggi kalau nak beli banyak-banyak sedangkan saya nak buat macam-macam bentuk dan ada juga bentuk yang saya nak tapi takde. Oleh itu, saya terpaksa berjimat di situ untuk kurangkan kos..cewah!

Kalau saya beli atau ambil dari supplier sekalipun, wajarkah saya beritahu siapa supplier saya?
Itu adalah hak privasi seorang peniaga. Tak kiralah jual apa-pun. Betul tak?
Tak kisahlah orang nak kata kedekut sekalipun. Tapi pada saya apa sahaja yang kita nak, usahalah sendiri walaupun hanya setitik peluh. Lagi banyak peluh, lagilah bagus. Tak perlulah meminta sana-sini untuk dapatkan dengan cara yang mudah. Senang cerita macam nak ambil exam, kalau takde usaha dapatkan kita lulus dengan baik? Ini hanyalah pendapat saya, jika korang rasa patut beritahu daripada mana korang dapat stok barang itu adalah hak masing-masing.

Apa yang saya terkilan, hamba Allah ni tak percaya yang saya potong pakai tangan. Senang cerita, saya tipu dia. Hati saya rasa terusik. Speechless! Apa lagi yang boleh saya kata?
Saya akui, masa mula-mula saya buat kraf dari felt, hasilnya memang buruk. Tangan tak stabil dan kain pun jadi berbiku-biku kalau potong bentuk bunga terutama bahagian bulatan tapi alhamdulillah "Practise Makes Perfect".

Banyak yang saya baca dari internet, ada sesetengah orang yang dah berjaya tidak menceritakan bagaimana mereka boleh berjaya sehingga tahap yang dia sendiri tidak pernah sangka. Terdetik di hati saya bahawa mereka ini tidak mahu orang lain menjadikan diri mereka sebagai contoh atas sebab sikap mereka yang tidak mahu berkongsi pengalaman atau teknik untuk berjaya. Bila saya fikir semula, segala pengalaman yang kita dapat adalah terlalu mahal untuk dikongsi sebab bila kita bermula dari bawah, kita dapat lihat apa yang dah kita lalui dan kita jadikan panduan untuk mengubah perjalanan kita yang seterusnya. Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Bukanlah saya nak kata, saya ni dah berjaya. Saya pun masih merangkak. Pendapatan bulanan dari bisnes online ni pun masih lagi sangkut-sangkut.

Ok, saya dah melalut merepek meraban. Nak cerita pasal satu hal je tapi melencong. whoaaa....
Apa yang saya nak sampaikan ni, bukanlah nak malukan hamba Allah tu. Cuma saya harap dia lebih menghormati orang lain. Bila tak percaya terus kata kita menipu. Ohhh...terguris hati.


Sekian.

06 March 2013

Felt Polyester ^^

Assalamualaikum =)

Ok, felt untuk dijual.
Untuk maklumat lanjut sila ke e-store / katalog yep.
 


Saje je gatal-gatal nak upload gambar kain.
Gambar diambil secara tak ikhlas. Ekk...ada gitu?
Tak boleh upload gambar takde tujuan banyak-banyak, nanti penuh picasa album tu.hihi..
hari tu dah terajin delete gambar-gambar sejak dari mula buat blog. Banyak lagi space. yuhuuu...
Alaa..gambar dah takde guna, buang jela. cewahhh!

Sekian.

04 March 2013

Bunga & Nama

Assalamualaikum =)


Gambar terakhir yang terselit dalam album dah edit tahun lepas.
Ada satu lagi album tahun lepas tak edit. Malasss ngat aihhh!! huhuhu
Tapi album lama tu kalau dah edit, tinggal bape keping je. kihkihkih...
Dalam 50keping mungkin 10 keping je yang dipakainya.

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^