07 March 2013

Kad Ucapan Dari Felt

Assalamualaikum =)







Sebenarnya ni permintaan dari rakan sekerja suami saya.
Mula-mula saya pun tak tau dia nak guna untuk apa, jadi saya buat ala-ala kad ucapan. (gambar yang atas ye). Dia nak ada gambar kereta.
Gambar yang bawah tu teacher nurul nak buat cover untuk note book dia kut. Saya pun tak tau.hehehe...dah dia mintak gitu, saya pun buat jela.

Ok, saya ada nak cerita something yang pada saya agak menyentuh perasaan. heee...
Adalah sejak dua tiga menjak ni, seorang hamba Allah tanya pada saya. Kat mana saya dapatkan felt yang siap dipotong contohnya bentuk-bentuk bunga dan yang agak susah nak potong. Sebelum ni pun ada jugak yang tanya tapi taklah dijadikan isu.

Dengan jujur saya cakap, saya gunting pakai tangan je. Dan saya rasa hampir semua crafter gunting pakai tangan melainkan ada sesetengahnya yang memang menggunakan sepenuhnya khidmat dari pembantu peribadi, apalagi kalau bukan mesin comel tu kan. Bukan saya tak suka guna PA saya tu tapi bentuk yang sangat terhad dan kos agak tinggi kalau nak beli banyak-banyak sedangkan saya nak buat macam-macam bentuk dan ada juga bentuk yang saya nak tapi takde. Oleh itu, saya terpaksa berjimat di situ untuk kurangkan kos..cewah!

Kalau saya beli atau ambil dari supplier sekalipun, wajarkah saya beritahu siapa supplier saya?
Itu adalah hak privasi seorang peniaga. Tak kiralah jual apa-pun. Betul tak?
Tak kisahlah orang nak kata kedekut sekalipun. Tapi pada saya apa sahaja yang kita nak, usahalah sendiri walaupun hanya setitik peluh. Lagi banyak peluh, lagilah bagus. Tak perlulah meminta sana-sini untuk dapatkan dengan cara yang mudah. Senang cerita macam nak ambil exam, kalau takde usaha dapatkan kita lulus dengan baik? Ini hanyalah pendapat saya, jika korang rasa patut beritahu daripada mana korang dapat stok barang itu adalah hak masing-masing.

Apa yang saya terkilan, hamba Allah ni tak percaya yang saya potong pakai tangan. Senang cerita, saya tipu dia. Hati saya rasa terusik. Speechless! Apa lagi yang boleh saya kata?
Saya akui, masa mula-mula saya buat kraf dari felt, hasilnya memang buruk. Tangan tak stabil dan kain pun jadi berbiku-biku kalau potong bentuk bunga terutama bahagian bulatan tapi alhamdulillah "Practise Makes Perfect".

Banyak yang saya baca dari internet, ada sesetengah orang yang dah berjaya tidak menceritakan bagaimana mereka boleh berjaya sehingga tahap yang dia sendiri tidak pernah sangka. Terdetik di hati saya bahawa mereka ini tidak mahu orang lain menjadikan diri mereka sebagai contoh atas sebab sikap mereka yang tidak mahu berkongsi pengalaman atau teknik untuk berjaya. Bila saya fikir semula, segala pengalaman yang kita dapat adalah terlalu mahal untuk dikongsi sebab bila kita bermula dari bawah, kita dapat lihat apa yang dah kita lalui dan kita jadikan panduan untuk mengubah perjalanan kita yang seterusnya. Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Bukanlah saya nak kata, saya ni dah berjaya. Saya pun masih merangkak. Pendapatan bulanan dari bisnes online ni pun masih lagi sangkut-sangkut.

Ok, saya dah melalut merepek meraban. Nak cerita pasal satu hal je tapi melencong. whoaaa....
Apa yang saya nak sampaikan ni, bukanlah nak malukan hamba Allah tu. Cuma saya harap dia lebih menghormati orang lain. Bila tak percaya terus kata kita menipu. Ohhh...terguris hati.


Sekian.

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dia taknk percaya biarkan dia kak..

tp siyes, cntik kad felt ni..kiut gtu.

manis said...

nuyui : kan? biarkan jela. :D

thnx nuyui.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^